RSS

Terkini

Iman senyum entah pada siapa....


Bismillahirrahmanirahimm

Lama betul tak update blog.. sebenarnya angin malas bertambah-tambah tambahan pula dengan kesihatan tak mengizinkan. Tak terasa ramadhan dah ke angka pertengahan kan?? Cepat betol masa berlalu.. Alhamdulillah Iman pon dah dekat sebulan.. yeay..anak ummi dah nak besar..hehe. http://www.emocutez.com

Ramadhan berlalu begitu sahaja. Tanpa ibadat yang sepatutnya. jika di Malaysia penuh masjid-masjid. Setiap hari ada je tadarus di tv. Sini, apa yang ada? Hanya puasa semata-mata.. ohh rindunya nak puasa di Malaysia. Tak puasa pon rindu sangat nak merasa ramadhan di Malaysia. Tapi apakan daya..


Alhamdulillah berat Iman dah 8.8 lb. Pipi pun dah tembam.. cuma dugaan betul menjadi ibu bapa ni. Minggu pertama alhamdulillah Iman tak banyak kerenah. Hanya tidur dan menangis menyusu sahaja. Tapi dah masuk minggu ke2 dan ke3 ni..dan kebetulan abgfiz dah start kelas..memang mencabar sungguh. Abgfiz sibuk kelas, saya masih dalam pantang dan tak kuat, dengan Iman berjaga setiap malam.. Adehh.. dugaan sungguh. Setiap kali telefon keluarga mesti menangis terasa kesedihan dan terasa diri memerlukan keluarga disisi. Apa-apapun mesti kuatkan hati. Jangan fikirkan masalah tapi cuba selesaikan masalah. Minggu kedua saya dah mula memasak- sibukkan diri di dapur. Alhamdulillah, walaupun masih sakit tapi Allah kuatkan diri memasak untuk suami dan diri sendiri. Alhamdulillah juga, saya hanya memasak dan menjaga Iman. Lain kerja.. laundry, lipat baju, jemur kain, change diaper Iman, semua abgfiz yang buat. Kadang kesian + sedih mengenangkan suami yang buat semua. Namun, alhamdulillah masuk minggu ke3 ni, rasa diri sedikit kuat untuk meneruskan kerja sebagai surirumah dan memasak untuk suami http://www.emocutez.com


Cuaca sekarang ni, tak menentu.. kengkadang sejuk kengkadang panas. Cuaca tak menentu menyebabkan abgfiz diserang selsema, terasa diri juga turut terjangkit. Risau jika Iman turut sama jangkit, susahla nanti. Bayikan..kalau sakit tahu menangis aja. Moga-moga Iman kuat dan tak berjangkit. Berat abgfiz pon dah kurang.. berat diri juga kurang. Bayangkan semasa mengandung, berat naik sehingga 30lb ~ hampir 15 kg. Sekarang berat turun mendadak hampir 30lb.. Aduh..dah cengkung gamaknya.. Sekarang tengah berusaha nak naikkan balik..

Terasa kekosongan bila mana ramadhan ini tak terisi dengan bacaan Quran. Setiap kali ramadhan saya berusaha untuk menghabiskan satu buku Quran itu tapi apakan daya, semua tak terbuat. Namun alhamdulillah sebelum berbuka puasa, abgfiz bacakan quran untuk saya dan Iman. Dan setiap malam abgfiz memasang Quran Explorer-sangat menyentuh perasaan mendengar bacaan di website itu.

Semoga aidilfitri yang bakal menjelang nanti, dapatlah kami meraikan dengan jayanya. Tak seperti tahun lepas, kami beraya jam 10 pg kerana tidak mengetahui hari itu adalah hari raya! Sedihkan.. apakan daya. Itulah suka duka berada dinegara orang. http://www.emocutez.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

~ BUTIK TINI ~ said...

Salam.

K.tini takada apa nak cakap, melainkan doa utk izza & hafiz n the baby...semoga kuat + tabah. "WHEN THE GOING GETS TOUGH, THE TOUGH GETS GOING"

lina said...

Iman jgn nangis2 tau...
iman jd anak solehah ye...
sayang iman...=)

NURUL IZZA said...

kak tini: terima kasih atas doa kak tini..mg2 doa itu juga kembali buat akak sekeluarga..

lina: ye mak ude..iman nangis lapar dan xsedap badan.hehe..moga2 doa mak uda dimakbulkan ye..xsabar nak jumpa mak uda ;p

Ummi Shira (AshAnas) said...

siaanya berpantang sendiri di perantauan... akak berpantang kat umah mak, segala pantang larang kena jaga... takpe, tu sume pengalaman kan...

NURUL IZZA said...

AshANas: aah berpantang sume sendiri..jd xde pantang larang sgt..makan pon bese2 je..hehe.sakit xsakit kena masuk dapur k=jugak.awal2 mmg xleh jalan sbb bila bgn je sakit je...sbb jahit banyak..huhuhuhu.nk wat cane..redha insaAllah..setiap dugaan ygdiberi Dia tahu kt mmg leh hadapikan..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan