RSS

1 Syawal 1430H


Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah..dapat juga beraya seperti raya di Malaysia. Telefon mama kat Kelantan katanya raya jatuh pada hari Ahad. Lincoln pulak..tak sure jatuh pada hari apa. Doa-doa supaya jatuh pada Ahad sebabnya - weekend then abgfiz tak pi kelas. Jadi boleh beraya bersama. Tak seperti tahun lepas, udahla beraya lewat, pagi tu abgfiz ada exam lagi (kalau tak silaplaa).



Kesemua Melayu di Lincoln + Sek Yee




Persiapan raya pada tahun ni - agak BERSIAP. Mana taknya, biskut dah buat 2-3 jenis (itupon sebab cornflakes punya banyak dalam closet, tak termakan) dan almond london-request dari abgfiz. kebetulan semua barang-barang buat kueh dan biskut kat sini memang murah (tak convert ke RM ye). Almond boleh dapat 1lb dalam 5 usd. Tapi bisa kami beli tak sampi 1lb. Jadi murahla. Gula dan tepung of course murah. Satu paket yang 2.2 kg tu dalam 1USD lebih je. Murahla tu.




Ini biskut cornflakes campak ye.. Buat banyak adunan then divide bebrapa adunan dan masuk je semua yang ada-kismis ke, cornflakes ke..almond ke. Janji nampak biskut raya.. Okla tu kan.??



Hah.. saja nak tunjuk.. Ni almond london lincoln ye. Yang sebelah kanan tu versi kak nadiah- cantik gituh..yang sebelah kiri tu versi orang yang agak malas dan tak berapa pandai buat biskut..




Gambar kami bertiga..Iman asyik lena je..sleeping beauty sungguh!


Pagi Syawal tu buat open house - menu lontong + rendang + nasi impit + mihun goreng. Aduhh terasa kepenatan. Sehari sebelum tu, dah berada di dapur sehingga malam menjelma. Itupon duk doa mengharap Ahad esoknya raya. Nasi impit pulak, antara jadi dengan tak je. Maafla para tamu ye.. lembik sikit. Mungkin beras ke macam mana tak pasti (ecece..salahkan beras pulak..;p) Lepas solat raya, semua Malay yang ada disini termasuk Sek Yee datang makan di rumah kami.



Tengah hari tu pula Bon dan keluarga menjemput makan Nasi dagang Terengganu di rumahnya. (gambar rumah Bon tak sempat nak amik.. rumah kak nadiah pon) Sedapppp sangat. Entah kenapa ya saya dengan lidah Kelantan ni suka nasi dagang Terengganu berbanding Kelantan. Yang Kelantan mungkin berlemak sedikit kot. Pada petang itu pula, kak Nadiah menjemput menjamu soto dirumahnya.. Yang bestnye..ada ketupat daun palas terbang khas dari skill Zaki -yang tak tahan tu..daun palas diganti dengan daun pisang! Punya kreatif Zaki nih..




Ketupat daun palas..best ooo..kredit to zaki..ecece..lain kali wat lagi ye..



Malam tu, sejurus pulang dari rumah Kak Nadiah- lepas uruskan Iman tengok-tengok dapur dah licin- kemas oleh abgfiz..Ya Allah suka sangat..hilang penat memasak. Terima kasihhhhh banyak banyak banyak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

annie said...

baju za, cantikkk!! ^_^

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan