Happy Birthday!!
Yumm-moo..
Setelah solat maghrib, turun dapur. Belek-belek freeze ade strawberi.. Yeeehaaaa!!!! Suke sangat. Bagus suami aku ni.. macam tau-tau je kegemaran isteri dia.. Dah lama tak jumpa stok strawberi kat market. Agaknya winter ni tak berbuahla kot. Yang ini dari California tak silap. Sebetulnya masih ade stok strawberi dalam freeze. Sebab bila letak dalam peti biasa.. buah ni cepat buruk. Kat rumah ni abgfiz tak makan buah ni. Tak tahula kenapa. (Bagus juga..boleh melantak sorang-sorang..)Tapi yang dia belikan ni memang manis....merah dan juicy..Ya Alllah...sedap sgt!! Nak dibandingkan strawberi Cameron Highland memang tak tertanding. Kat sana masam dan kecik2.. (tak payahla nak banding..dah Malaysia tu negara khatulistiwa.. kehkehkeh)
Merah dan besarkan...sedap ini..huuuuu
Dok khayal sorang-sorang nak gi plucking strawberi. Cek-cek internet, bulan June baru boleh. Bulan Mei untuk state di South. Pelik kan.. padahal masa tu summer dan panas. Terus dok janji dengan abgfiz supaya bawa ke tempat plucking. Strawberi ini abgfiz beli dalam 1lb = 2.48 USD. Murah la tu..(tapi jgn convert ke RM). Kalau pluck sendiri 99sen per lb. Murahkan?? Bolehla buat stok banyak2 dalam freeze..
Oh... ini pula kari buatan suami tercinta saat aku meloya teruk-teruk dulu. Sian sangat dia kan.. dah ke kelas, dengan assignment, quiz dan exam, kena masak lagi. Tapi alhamdulillah penuh kesabaran dan ketabahan dia mengharungi ujian hidup disini. Semoga sem ni dapat 4.0. amiiin..
p/s: gambar strawberi ni saje je nak tunjuk pada adik-adikku jauh di Malaysia. Jeles tak??? =D
Snowman..yeah!!!!
Ribut salji...huhu..tebalkan??
Semalam dek kerana ribut salji.. dari pagi hingga jam 3 pm (tak silap akula..).. Tengok-tengok salji dah tebal 4-6" dah.. Jadi tak tahula ape kena dengan jejaka melayu terakhir disini..nak buat dan main snowman la pulak...
Jejaka yang makin berupa kanak-kanak =)
Uhhh..berusaha mencantumkan salji-salji itu..
Nak tak nak kenala amik bahagian juga..tapi bahagian camerawoman jela. Itupun sekejap masuk rumah sekejap keluar..sejukkkkkk.. tangan pula macam dah jadi ais. Jejaka-jejaka itu dah biasa dengan suhu..setiap hari keluar ke kelas. Aku ni..suhu atas 10 degree baru nak keluar. Itupun jika Ifa datang bawa Amira ke taman belakang rumah. Susah juga nak buat snowman. Mungkin sebab salji halus-halus.. mudah berderai. Tak jadi sangat tapi adalah rupa snowman tu..hihihi...
Sejukkk ni..tahan ajelaa..
Jejaka melayu terakhir.. [ abgfiz sedap je landing..]
Ribut Salji
Namaku..
Hadiah dari Kak Hani
Hadiah ni dari Kak Hani di Yokohama nun.. tak malu betul gi amik rumah die..tapi serius..cantik sungguh sakura (sakura ke kak hani??) itu..ni kak hani snap sendiri ni..memang bleh jadi photographer la.. Apa-apapun terima kasih kak hani.
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan