RSS

Shaken Baby Syndrome


Semalam kami berdua menghadiri parenting class yang mana mempunyai 7 slot untuk 7 minggu. Slot minggu ini adalah tentang helath and safety for baby. Kelas yang mengambil masa 1 1/2 jam ini menerangkan tentang keselamatan untuk bayi dan anak-anak ketika dirumah dan setiap peralatan bayi itu harus mempunyai ciri-ciri keselamatan. Kelas sebegini sangat berguna pada kami yang mempunyai kosong pengatahuan tentang penjagaan keselamatan bayi.

Pada akhir slot, kami diberi pendedahan tentang Shaken baby syndrome. Sebetulnya, aku pernah membaca tentang sydrome ini ketika melayari blog Ummusaif. Di dalam video yang ditayangkan semalam, terdapat beberapa kes yang menyebabkan bayi dari normal kepada tak normal hanya kerana kesilapan ibu bapa. Sangat kasihan!






Shaken baby syndrome (SBS) occurs when a frustrated caregiver 'shakes' or 'slams' achild, usually to stop her/him from crying. Thousands of child each year are victims of this form of abusive head trauma. SBS typically occurs when a young child is shaken back and forth and/or slammed tp either a soft or gard sueface. During the shaking incident, veins over the brain tear and bleed causing a subdural hermatoma (bleeding over the brain). In addition to this bleeding, brain tissue is sheared or torn during the shaking. This result in injury to the brain that causes cerebral edema (brain swelling). As the damaged brain begins to swell, the resulting pressure pushes down on the brainstem, which control vital function such as heart rate and breathing.







Kebanyakan ibu bapa apabila bayi menangis, bayi didukung, ditimang, diangkat dan digerakkan badan supaya bayi berhanti menangis.. Hal ini yang menyebabkan otak bayi tergegar, bergoncang dan akhirnya menyebabkan SBS. Sama seperti buaian yang mempunyai spring (rata-rata di Malaysia masih menggunakan buaian ini), ayunan dan gerakan buaian itu boleh mengakibatkan SBS! Di US, buaian berbentuk bouncer sudah diharamkan.

Akhir-akhir ini, berita di akhbar tempatan mendedahkan tentang 2 bapa yang menyebabkan kematian anak mereka kerana SBS ini sekarang berada di dalam penjara. Video semalam juga merakamkan keadaan bayi yang diirawat do hospital akibat SBS ini. Kepala berbalut, mulut terherot, semuanya seolah-olah bayi tersebut adalah bayi down sydrome walhal bayi tersebut normal pada awal kelahiran.

Di akhir kelas semalam, dinasihatkan jika bayi asyik menangis dan kita sebagai ibu bapa sudah tidak mampu untuk meredakan tangisan itu, biarkan bayi menangis sehingga tangisannya berhenti dengan sendiri kerana tangisan bayi bukanlah sesuatu yang menyakitkan bayi. Cuma sebagai penjaga kita mungkin akan tertekan, stress dengan tangisan itu. Juga.. jauhkan diri dari bayi sekiranya kita berada didalam keadaan yang tertekan atau stress.




Kesan SBS


more information visit this and this

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Nida n' Hanafi said...

Jiran Mak Su dulu, anak dia pun kena syndrome ni.. nak tahu sebabnya .. sebab masa tu raya, dia balik dari kuantan ke kedah..so doktor syak mungkin perjlanan yg jauh menyebabkan berlaku gegaran semasa dlm pjalanan

annie said...

terime kasih mama za! satu info yang sgt berguna

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

thanks for the info izza, selama ni tak tau pung..huhu..bahaya nye..dah kawen nanti taknak beli buaian tu..

za said...

mak su: selama ni xtau pon..dtg sini br tau.bahaya utk baby kan.hr tu di kelas depa cakap..pertumbuhan otak manusia bermula dari newborn till umo 18 tahun.jd dalam ms tu kalau ada gegaran mmg bahaya..

ani:yup ani..when u married dun forget bout this! ;p

ros: ros..mmg bahaya ros..so sebar2kanlah pd kawn2 kite tuh..mane tau thn depan rmi yg nk bernikah..;p

Lady said...

adeih haih..banyak nak blajar kan before jadi parents ni.. hurm..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan