RSS

Pregnancy Class

Semalam kami ke kelas Newborn care, sebenarnya malas nak ke kelas macam ni. Sebab sebelum ni semuanya berbayar dan mahal-mahal pulak tu. Ditambah abgfiz sibuk memanjang. Entah berapa kali midwife duk pesan supaya daftar kelas, daftar kelas. Kebetulan nurse yang selalu datang rumah tu, bawa pamplet Deliver Class dan Newborn Care class. Free pulak tu. Tapi lama jugak terperap pamplet tu, maklumlah abgfiz sibuk dengan kelas dan exam. Jadi KIV dululaa..

Minggu lepas kami ke kelas Deliver baby tu, bagus sangat kelas dia. Banyak benda yang diajar. Kebetulan yang hadir ke kelas tu semuanya orang asing, rata-rata student UNL. Yang bagusnya, minggu lepas hanya 5 pasangan je. Jadi pengajaran sangat bagus, kami cepat mesra dan rapat. Tenaga pengajar juga sangat bagus, berpengalaman 30 tahun dalam bidang ini.

Semalam pula, kelas Newborn Care class. Satu-satu ditunjuk bayi dari mula lahir. Satu-satu ditunjuk cara mandikan bayi, sign bayi sakit, breastfeed, bottle feed, car seat dan sebagainya. Yang menariknya, bayi lelaki disini setelah lahir di KHITAN kan. Tapi kami rata-rata semalam bayi yang bakal lahir semuanya perempuan, jadi pengajar tidak menyentuh secara mendalam tentang KHITAN tu. Car seat untuk bayi disini sangatlah dijaga, siap ada expired lagi. Memang tak rugi ke kelas semalam. Banyak ilmu pengatahuan tentang bayi, dan ianya sangatlah berguna untuk orang yang duk jauh dari keluarga ni. Semalam juga banyak dapat barang free. Suka laaa kan... Yela, macam blanket bayi tu, dah nak dekat bersalin ni, banyak sangat persediaan yang masih belum dibuat. Masih dalam keadaan bingung.. hanya 10 helai baju bayi dalam almari tu. Moga-moga dipermudahkan segala urusan..





Antara barang yang dapat semalam.. ice pack for breastfeed juga ada.



--> alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan disini. Segala dugaan dan cabaran yang diberi insyaAllah kita mampu menghadapi kerana Allah tidak akan membebankan hambaNya, cuma kita harus bersabar dan tabah dalam menghadapi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

annie said...

syukur alhamdulillah....take care za! =)

semoga dipermudahkan segala urusan...

NURUL IZZA said...

ani!!!!!!!!!!!!mane gmbr kawan2 kawin??=)

Makeover360 Beauty Academy said...

salam..
izza, ya Allah..dah pregnant, dh nk deliver pon xlame lg..mintak maaf sbb lame xupdate psl izza... terkejut sgt...xsangka plak rs kawan sy ni dh nk jd ummi xlame lg.... take care sll untuk ummi n baby juge!!

NURUL IZZA said...

salam hafsah!!! tuleee.. wak bz memanjang...bulan depan insyaALlah keluar serikandi..hiii rindu pulak kat awak..awakla sepi jeeee..
tq 4 everything..

annie said...

ups!!
ummi za....sowi lame tak menjenguk kesini,nak kate sibuk pn tak sibuk mane...kesedihan serta kekecewaan berlaku semasa majlis diorang sume....ani tak dapat g pn majlis diorang.nak tau za? boleh ani terlupa tarikh majlis ada!..dush!!mmg terukla ani ni.dia siap tanya ani jadi dtg ke tak,,,adoiii...tak ingat sgt2!..actually,pagi tu plan nak g mah kak sara ngn tuan amirul tu la.....tapi.... tunggu punye tunggu...=( dia takleh oting pulak, so ani pn bersenang lenangla kat umah,ingat majlis ada minggu depan.ani tak check pulak......ish..mmgla ani ni.lagipn dia bg kad yg majlis umah dia je, majlis yg kat subang dia bg thru emel...tu yg terlupe tu...dahla ani tak tgk lgsg laptop kalau kat umah....sorila za...ani dah suruh ada uplod gamba dia kat frenster tp tak lg nampaknye...busy kot.

kla za, suda bersedia kah?..hehe...semoga dipermudahkan segala urusan...... "(^_^)V~

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan