RSS

Kenapa Cemburu Menguasai Diriku??

Terkejut kerana mendengar berita dari suamiku, sahabat barunya disini mau pulang ke Malaysia. Dalam hati sudah berkira-kira mahu mengirimkan barang dari Malaysia. Tapi apabila abgfiz menceritakan, dia tak akan pulang ke US lagi... cemburu menguasai diriku. Cemburu kerana dia pulang ke Malaysia.

Adakah kerana kesihatan diriku menyebabkan aku cemburu, lantas rindu pada keluarga. Mungkin kerana kesihatan diriku yang menginginkan keluarga menemani, atau rindu pada masakan mama? atau rindu pada adik-adik? atau rindu pada adik-adik ipar? atau rindu pada suasana hari Jumaat di Kelantan? atau rindu pada lauk yang dimasak oleh mama pada hari Jumaat? atau rindu pada Ika? atau rindu pada masakan mak? lawak diknor? rindu nak bersembang dengan lina? rindu untuk bercerita dengan mak??Ohh..semuanya dirindui..

Apa-apapun, semuanya perlu melalui 4 tahun di negara orang, jauh beribu-ribu batu dari Malaysia. Tunggulah semuanya, 4 tahun lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

LadyBie said...

heuheuheu..jangan nanges~ take care~

cahaya_srikandi said...

lame xdgr crite izza.. dun be sad.. hidup memerlukan pengorbanan. take da chance there to grab as much experience as possible. miss you dear fren!!

za said...

kak wan: huhuhu..bila berjauhan dan xsihat sgt ni mmg perlukan org2 menemani..

hafsah: long time no news.dh balik kt pelantar ke..miss u...

ainzoo said...

kejam la kalo aku kata aku xwindu...wel, kita telan aje lah..bkorban demi masa depan...slain dr family&kwn2, aku windu tang makan...kalau kt KB, aku windu kat roti tempayan blkg HRPZ(II)...sedap tul......slruppppp//kuah kari mamak tu aku hirup smpi ke titisan yg trakhir.xle lawan kari mamak Png woo..

za said...

kak ain: kalu bab makan xleh nk cakap..sbb xterkira byknye daku rindu..hah roti tempayan tu selalu makan lepas balik skolah dgn papa masa skolah menengah dulu..ade lagi ke skg??hahah..lama xbalik.last balik seminggu b4 mai sini..hohoho..rindu!!!!!!!!!!!!
sekarang ni dok teringat je nasi kandar subaidah usm dan sup pelita..perghhhhhh..dengan ayam goreng rempah mamak..oiii sume rindu..pastu kt kelantan rindu dengan segala jenis ikan..huishhhhh..nak makan ikan!!!!!!!huhu hr jumaat mama selalu masak ikan bakar xpun ikan percik, ayam percik.ikan bakar cicah air asam..perghhhh..rindu..ahahhhhhhhhhhhhhhhhh rindu!!!!!!!!!!!!!!!

maryam izza said...

just thinking all of ur lovers always by ur side my dear hehe... 4 thn tuh sat ja nanti sayang oiii

pergghhhhh nasi kandaq eh ??? ngidam ker ??? nak kak ija poskan ke LOL !!!

take care urself take care and take care ... miss u za muah !!!

za said...

kak eja:sungguh rs homesick..mgkn sebab cuaca sejuk memanjang,xtau kenapa rs rindu je malaysia.huahuahua..

kalau akak nk poskan, aduh dialu2kan sgt la kak..

mish yu jugak

maryam izza said...

lor tak boleh pos za nanti basi dong... nanti balik mkan puas puas k

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan