RSS

Winter oh winter =(

Perggh..sejuk benor malam ni. Suhu -16. Tak menahan diriku ini.. Pagi tadi tengok weather channel, berdasarkan ketelitian mereka, memang dah start sejuk dah. Mana-mana state pun sama.. adoiii..sejuk-sejuk ni banyak kerja yang menyulitkan.. Nak masak jadi malas, nak bangun awal-awal jadi terasa sedap je berselimut. Memang betollah kata ulama..bukan senang untuk menjadi umat yang sentiasa bangun malam beribadah. Terimbas kembali summer lepas, subuh jam 430 pg. Jam 330 pg dah boleh celik mata dan bangun awal. Mungkin sebab cuaca panas. Namun, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran ciptaan yang Maha Kaya dengan mengurniakan cuaca empat musim ini. Sesungguhnya, apabila turunnya salji, terasa kerdilnya diri, terasa betapa Hebatnya Dia, Agungnya Dia, Kayanya Dia..

Dulu masa datang sini, punyalah excited sebab sejuk. Dah sejuk ni nak panas pulak. Bayangkan bila keluar, walaupun pakai winter jaket, glove..tapi tangan ni still membeku, sakit..kulit pulak tak payah ceritalah..kering, bersisik... Masa duk Malaysia losyen ibarat kata nak tak nak aje pakai. Datang sini, jadi teman setia. Tapi losyen pun tak jadi jugak.Lastly, pakai baby oil kat seluruh badan. Macam orang minyak pun ada..

Apa-apa pun Malaysia memang yang terbaik. Itulah nikmat negara sendiri. Memang kena banyak bersyukur tinggal di Malaysia.. Cuaca yang nyaman walaupun panas, tapi masih dapat merasai sejuk. Sini, kalau sejuk, sejuk sangat, panas panas sangat pulak.. Masa winter ni mulalah pakaian tebal setebalnya bila keluar. Pun bermasalah..sebab susah nak gerak. Dah baju biasa pakai sampai 3 lapis, pakai pulak jaket tebal tu kat luar. Adoii..memang sukar untuk bergerak. Ditambah mufler lagi..glove lagi..

Penyakit winter juga bertambah-tambah. Flu, hidung berdarah, hidung berair, demam. Kalau di Malaysia, flu aka selsema dianggap biasa. Tapi di sini, flu boleh menyebabkan kematian. Alhamdulillah, setakat ini tak pernah kena lagi selsema walaupun ada sejarah penyakit asma (penyakit keturunan). Suamiku juga belum pernah kena. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Kulit pula, kering sampai berdarah. Diriku memang jenis malas memakai losyen, jadi apabila bahagian kaki terdapat kulit kering, melecet, merah-merah seperti pecah darah,ish keadaan kaki memang terok masa tu. Dah jadi barulah mencari losyen, baby oil, untuk mengubati kulit ini.. alhamdullillah ianya kembali seperti biasa walaupun terdapat bekas kekeringan itu..

Winter oh winter..

p/s : semoga Allah mempermudahkan urusan suami yang sedang tekun mengulangkaji untuk Final Exam besok.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Anonymous said...

Salam Bro and Izza;

Goodluck for final Bro! kawe dah merdeheka.. yahooo (melompat2 katak atas kerusi) hahhaha

Well must take care for your self during this winter season! Dont miss to have a losyen on ur skin eventhough you guys stay in your room! if not you will got scar! and make sure drink A LOT of plain water...

Anonymous said...

Salam Iza, take care..berhiduplah dengan tenang disamping losyen sebagai teman yang setia (ofkos selain Haifz tu..)

Hafiz, All the best!! Semoga cecepat jadi pakar anai-anai~ =D

Anonymous said...

Kopiah senget :senget sagt ke kopiah tu ..=) nasihat yg berguna..akan dpakai,..

kak wan : kakwan, kdg iza g gak lab abgfiz..tgkla segala jenis lalat..adoii..ingt kwan ms tu..sbb lalat kwan bau satu lab..hahah..hr ni papaer insect id.hoh sume segala jenis insect kena hafal..adoii.abgfiz tido kol 10 mlm td.bgn kol 3..sian je tgk study teruk2..surela prof abu bangga dgn dia..ms prof us hr tu, siap pesan lg..hyafiz, cuti ni kena study banyak2 apa yg akn dtg..hahah..dia rindu betol prof abu..

Anonymous said...

haa..inilah winter di states..pg td mmg sejuk gile..feels like -32 C..nak tercabut telinga..

Anonymous said...

za bila baca apa yg za tulis ni akk rasa akk pun mungkin macam za... excited sgt nak rasa duduk di negara orang yer lah ada salji musim sejuk tapi kenyataan nya apa yg kita ada di negara kita sudah terlalu baik utk kita kan hehe... ape pun ini lah pengalaman kan za... cukup dok stok losyen tuh haha

gud luck for Hafiz ... insyaAllah binnajah =)

Anonymous said...

kak eja:guess what??pagi td suhu -20 C.sejuknye..abgfiz ckp ms keluar g exam..beku dalam hidung.amik ms 15 minute nk warm balik.adoiii..terok2..ni xterok lg..kwn abgfiz ckp leh mencecah -40.can u imagine that..adoii..sejuk2...xtahan..huhuhu..

ainzoo said...

apis&za:
Ni aku cuma copy paste komen aku dr blog encek Kopiah Senget..ehe..basically..sama jer...cuma aku mmg x excited dg sejuk2 nih sdari awal..elegik sejukkk..kikiki -->Mcm Shima nyanyi...ku rasa apa yg ko rasa...read my previous post (feb08&nov 25th )..i cant imagine myself in a place which is below than -10cel (aku ni elegik sejuk)...kalo kat Msia, idung aku bdarah kalo tgok pakwe ensem...kat sni, xtgok pakwe ensem pun ble bdarah..wakaka ;-)

Anonymous said...

kak ain:amboiii...dasyat tuh.tgk pakwe ensem leh berdarah hidung..tp series..xtahan la sejuk ni..nak balik msia je..huhuhu.well..sementara nikmat winter ni dilalui, jd syukurlah seadanya..sebab balik msia nnt mane ade salji..wakaka..so..mmg byk syukur..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan