Atas permintaan semua orang, Kak EJa, Hakim, Dik Nor, Kakiza rakam shower snow. Sebenarnya tak lebat lagi. Dah lebat kakiza update. Video dirakam dalam rumah. Malas nak keluar. Ada masa kakiza keluar ya. Nanti kakiza update. Sekarang, abgfiz sibuk sangat. Dah habis final exam nanti, kami keluar.
Layan..
Custard Raisin Bread Pudding
Apple Pie & bakso
International Bazar at Union Hall, UNL
Bertempat di Union Hall, City Campus UNL jam 11 am - 2 pm semalam, terdapat banyak gerai makanan dijual mengikut negara masing-masing. China, Africa, Korea, Rusia, Europe, Thailand, Turki, Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia etc.
Thanksgiving Showdown!!
Inilah rancangan yang biasa menemani diri ini hujung minggu. Tapi, tadi khas untuk Thanks Giving. Terdiri dari Iron Chef Bobby Flay, Simon, Masaharu Morimoto, Mario Batali dan Cat Cora (satu-satunya chef wanita), rancangan ini mempunyai 'secret ingredient' tersendiri setiap minggu. Hanya 60 minit masa diberi untuk menyiapkan 5 jenis makanan termasuk dessert dan cocktail (sejenis minuman campuran arak bersama buah).
Untuk Thanks Giving Showdown, dua kumpulan Iron Chef berganding untuk merebut kemenangan, Iron Chef Bobby Flay bersama Iron Chef Simon, VS Iron Chef Morimoto bersama Iron Chef Cat. Secret ingredient - duck, turkey, leek, green onion, lobster, salmon etc. Yang tak tahan tu, itik sekor yang belum dibuang bulu.. hahaha..terkedek-kedek Chef Simon dan Chef Morimoto membuang bulu dan memasak.
Markah dikira berdasarkan taste, originality dan performance. Dari mata ini menilai, performance pasangan Chef Cat lebih aku suka kerana segalanya seperti berada di restoran Jepun. Dengan makanan dihias dengan bunga, ditambah dengan alat-alat pinggan mangkuk dari buluh, sungguh menarik. Tapi mungkin kerana taste pasangan Chef Bobby lebih enak, jadi pasangan Chef Bobby bersama Chef Simon dikira pemenang. Namun perbezaaan markah kedua pasangan tadi hanya sedikit, 1 markah sahaja bezanya.
Diikutkan aku lebih menggemari Chef Bobby Flay, kerana biasanya Chef Bobby menitik beratkan kesihatan dalam menyediakan makanan. Ini dilihat setelah lama menonton rancangan yang dikendali di Food Network. Chef yang lainnya aku tidak pernah pula menonton rancangan mereka selain Iron Chef Amerika.
Yang seronoknya rancangan Iron Chef ni, masing-masing sibuk memasak, berlari-lari, berkejar-kejaran, masa 60 minit memang tak cukup untuk siapkan 5 jenis makanan. Juga makanan itu bukanlah calang-calang makanan. Dengan pelbagai sos lagi.. terfikir oleh aku sebentar tadi.. "kalaulah aku masuk masak nasi kerabu + nasi dagang..agak-agak menang tak.."wakaka..suka hati jek aku ni..
Sedap!!!!!!
Lupe..
Winter : Part 1
Maghrib jam 512 pm, Subuh jam 554 am.. Oh begitu lama masa malamku di musim sejuk ini.. Antara kesan-kesan musim sejuk..
- Kulit kering
- Kulit sentiasa gatal
- Kulit mengelupas
- Selsema ( yang ini belum kena lagi, minta dijauhkan.. Daku memang susah nak kena selsema, tapi once dah kena susah mau berhenti..seksa badan..)
-Malam makin panjang (tak berapa nak suka kerana aktiviti siang terganggu)
- ni yang paling penting... SENTIASA LAPAR>> tak tahu la pasal ape..asyek lapar je..dan roti satu bundle tu boleh habis dalam masa 1 hari je...ajaib kan..hihi..(bertambah gemukla diriku ini..)
- hah satu lagi, musim sejuk-sejuk ini suka sangat makan SARDIN.. apakah penyebabnya masih tidak diketahui lagi.. Bila dah terbau sardin, masyaAllah perut mesti berkeroncong aka menari dan menyanyi minta diisi.. Bila dah makan..masyaAllah..nikmatnya amatlah......
Itulah antara beberapa perkara pelik berlaku ketika permulaan winter ini..Hukhuk..
p/s: makin beratlah diriku ini, makin chubbylah pipiku ini..
Winter : >>I'm coming..
Department Entomology International Dinner
Tiada pengisian dibuat selain menjamu selera dan menjawab sedikit soalan berkaitan serangga dan pelajar asing. Sempat aku berkenalan dengan anak keluarga Iraq tadi (kerana mak dia tidak fasih berbahasa Inggeris) dan sepasang suami isteri American.
Watch Out
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan