RSS

3rd Birthday Party

Bismillahirahmanirahim

(entry permintaan adik saya)

Bukanlaaa party sangat pun, saja saya nak raikan befday anak dara saya. Awalnya langsung tak nak jemput orang, nak sambut dengan keluarga je. Tapi saya fikir, tahun ni dan kali ni kali terakhir Iman sambut dengan kakak-kakak kat sini. Jadi saya jemput semua anak dara dan keluarga Irfan je memandangkan Iman agak rapat dengan Irfan.










Kek ni saya buat German Chocolate Cake. Tengah tu buttercream chocolate frosting dan atas tu french frosting. Kelakar. Saya Tak pandai nak menghias lawo-lawo. Setakat untuk ada warna warni dan Iman suka sudaaaaa ;p. Iya, warna banyak purple dan pink sebab tu warna kegemaran dia. Kalau bagi hadiah/baju/buku, Iman pilih warna purple dan pink dulu..


Kebetulan hari lahir Iman jatuh pada hari konvokesyen Irfan dan Fatin. Alang-alang jemput, saya buatkan kek karamel pelangi. Saya buat kek ni pun sebab saya tahu fatin teringin nak makan. Sebelum ni pernah dia datang rumah saya dan tolong saya buat kek ni. Tapi keputusan tak memberansangkan. Kek tak jadi dan tak cantik.huhu. Lilin tu dari lilin kek Iman. PErmintaan Fatin, dia nak lilin atas kek graduation dia juga...




Kami menghadiahkan Iman basikal. Dah lama Iman nak basikal sebenarnya .. tapi saya asyik 'hold' dulu. Tapi saya janji kalau Iman penuhkan 'stickers potty training', ayah akan belikan basikal. Alhamdulillah, dalam 2 minggu je Iman dah boleh penuhkan stickers. 





Menu malam tu, juga menu buka puasa kami, saya masakan laksa johor dan abgfiz masakan nasi beriani dan gulai kambing. Haaa jangan tak tahu gulai abgfiz tersangatlah sedap! Potato salad tu saya buat last minute. Dengan pertolongan Hidayah (dari Iowa City) dan Fatin.


Antara tetamu kami. 

p.s: Tak ghajin nak cerita banyak .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan