RSS

Kisah Potty Training Iman #3

Bismillahirahmanirahim


Kisah potty training #1
Kisah potty training #2

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

Ada sebab saya latih Iman pada bulan puasa. Satu sebab saya tak perlu sibuk di dapur, hanya fokus pada Iman. Kedua, ianya bulan kesabaran walaupun berapa kali air mata saya keluar. Ketiga, hujung bulan puasa saya nak masukkan Iman ke sekolah. Untuk hantar Iman ke sekolah, Iman perlu diaper - free.

Alhamdulillah sejak kejayaan saya di Potty Training #2, Iman tak lagi memakai DD pada waktu siang tapi memakai pada waktu malam. TETAPI, sejak dia dah pandai pee/poo di tandas, walaupun pakai DD pada waktu malam, DD Iman kering. Dan Iman akan kejutkan saya pada tengah malam jika dia nak ke tandas. Disebabkan itu, saya tak pakaikan Iman DD. ALhamdulillah sampai sekarang masih belum ada accident.

Kerana baru je Iman dilatih, masih ada accident yang tak dapat dielakkan terutama jika :

1- Iman terlalu ralit apabila bermain sampai terlupa nak bagitau dia ke tandas.
2- Pergi/melawat tempat baru/ rumah orang.

Tapi kalau ke tempat membeli belah, Iman akan bagitau ayah/saya jika dia nak ke tandas. Alhamdulillah, dia masih ingat.

Minggu ini Iman mula ke sekolah. Saya memilih 2 hari seminggu dan 2 jam sehari. Hanya untuk Iman bertemu dengan rakan dan melalui proses tanpa ummi/ayah. ^^. Entah macam mana nanti, moga dia tak menangis.


Kerana kejayaan Iman, kami ke mall dan kami biarkan Iman sendiri memilih seluar dalam untuk big kids. Ada dua pilihan yang Iman suka, DOra atau Princess tapi Iman memilih Dora.

Saya buat reward stickers hinga minggu ketiga sahaja. Saya dah malas nak korek-korek stickers dan Iman pun asyik lupa nak minta stickers. Sebelum ni, setiap kali dia poo/pee, Iman mesti meminta dipuji..

'mom, good job?' dan lepas tu.. 'mom, stickers! I did it' itulah yang sentiasa Iman cakap apabila dia selesai.

Dah masuk minggu ketiga - juga minggu ketiga puasa, Iman dah lupa dan mungkin dia dah biasa.

Alhamdulillah, selesai anak pertama. Giliran anak kedua pula,,... entah bila... ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Aleyn said...

Atta Girl Iman!!!

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan