Bismillahirahmanirahim
Entah kenapa tahun ni, saya rasakan Ramadhan ini dan Syawal yang akan datang berbeza dengan yang sebelumnya. Kami TERlalu, TERlalu, rindukan Malaysia. Setiap hari abgfiz duk cakap hal Malaysia, bazar Ramadhan, makanan di bazar Ramadhan. Rasanya dia dah tak tahan sangat dah, rindukan Malaysia. Masuk kali ini , kali ke5 kami berpuasa di US.
Puasa tahun ni jatuh pada pertengahan musim panas. Sabarlah wahai adik-adik yang ambil kelas, ada kelas, pergi kelas. Dahaga jangan ditanya, lapar tak perlu kita tahu. Itu sememangnya. InsyaAllah ada hikmah Allah nak bagi tu. Pahala insyaAllah banyak.
Kehadiran Ramadhan di Malaysia dan di Lincoln sangat beza. Di Malaysia, rata-rata di media ataupun di surau, masjid-masjid, ada je program yang melibatkan pengisian rohani. Secara tak langsung, roh Ramadhan tu sudah tersemat di jiwa. Nak ibadat atau tak aja, nak pergi atau tak aja, nak dengar atau tak aja. Di sini, usahkan pengisian rohani, mula ramadhan pun perlu buka website. Kalau tak dibuka dan tak ke masjid, memang langsung tak tahu entah boleh puasa atau tidak, entah hari puasa atau besok.
Apa-apapun, saya masih bersyukur diberi peluang berada di sini, berpuasa di sini, beraya di sini. Semuanya ada hikmah.
p.s: Boleh tak nak jadi Doraemon sekejap, nak pinjam pintu /mesin masa tu? Nak balik beraya sat kat Malaysia. ^^
p.s: My dear Hasanah, selamat hari lahir. semoga Allah melimpahkan rahmat dan berkat kepadamu, semoga Iman dan taqwa meningkat seiring dengan usia. Semoga doa untuk arwah ummi tak putus, semoga doa untuk adik-adiik dan keluarga tak pernah dilupakan. Semoga menjadi insan , hari ini lebih baik dr semalam. Semoga *ehem* impian untuk menjdi isteri solehah dimakbulkan. Usaha ke arah itu. Hwaiting!

3 comments:
terima kasih banyak2 kakiza & abg hafiz satu family..InsyaAllah ameennnnn ;) hanya Allah shj mampu mmbalas segalanya..sedap sangat kek kakiza buat tu :D
salam izza.. Salam ramadan yer.. cari2 fb izza dah tak dok dah :( rindu izza. nasib baik blog ada lagi..
erk..za...delete doh ko fb?huhu..rindu..ko mek..za..kak Nooraini Abdullah bakal kawin!hihi..walimahnya 23 ogos ni..
Post a Comment