RSS

Hitam Jumaat ^.^

Bismillahirahmanirahim

Hitam Jumaat atau Black Friday...

Black Friday is the day following Thanksgiving Day in the United States, traditionally the beginning of the Christmas shopping season. On this day, most major retailers open extremely early, often at 4 a.m., or earlier, and offer promotional sales to kick off the shopping season, similar to Boxing Day sales in many Commonwealth Nations. selebihnya baca disini~~

Waktu Black friday ni sejurus selepas Thanksgiving.. Harga barang-barang terutamanya eletronik dan eletrik memang sangat merundum. Tapi kena bersesak dan beraturla... Ada yang dah buat khemah pun depan store tu. Selama 3 tahun duk sini, kali ni baru abgfiz rasa nak shopping, bukan shopping apa sangat pun, nak beli printer je. Asal harga printer tu tak pasti pulak tapi , BLACKFRIDAY punya pasal dapat $19.90. Tapi sale ni start jam 12 tgh malam Khamis tu. Abgfiz ke Walmart bawa adik-adik... saya?? tak kuasa saya nak ke tempat orang ramai bersesak-sesak semata-mata nak beli belah. Lagi bagus saya layan drama korea dari saya pengsan di tempat sesak-sesak! Pernah sekali saya ke PC Fair, dah la ramai orang.. nak berjalan pun saya pegang abgfiz. Balik tu, terus saya mabuk, muntah-muntah. Saya ni memangla... kalau keluar jalan ke shopping ke, limit 2 jam je. Lebih dari tu, saya akan pening, asyik menguap, pandangan mata kabur, tanda-tanda saya nak pitam! 

Ok,  hari Jumaat tu abgfiz bawa saya ke Bath and Body Works, tu pun sebab saya nak beli sangat handsoap. Saya memang suka dengan handsoap BBW. Dapatla 6 btol $20 dan free lip balm. 




Tengahari tu, kami lunch di restorak Sushi.. eeh... Teppanyaki Grill & Sushi nama sebenar dia. Makanan berasaskan seafood, tapi ada jugakla ayam daging. Ini pun sebab adaik-adik bagitau, makan 'buffet'.


 Ini antara makanan kami : Nasi goreng , mee goreng, seafood soup, mushroom seafood, stir fry bean, teppanyaki.
Teppanyaki tu ...."Teppan"  means "iron sheet" and "Yaki" means grill.  When combining together, it becomes grill on iron sheet.  It is one of traditional Japanese cooking style.  Also one of most fabulous cooking in Japan.  Customers not only can enjoy all fresh food cooked, also watch how the chef turn all fresh meats and vegetables into artistic dishes.  It is the combination of taste of luxury and glutting your eyes.  


Makanan untuk teppanyaki ni kita boleh pilih, pilih makanan yang mentah - bagi pada tukang masak - dia masakkan untuk kita- Saya pilih ; baby corn, calm, squid, shrimp, brocolli, mushroom, red and green pepper. *gambar bawah belah kanan*


Ini pula sushi yang saya makan. Banyak vegetarian puan sushi ni. Pada keseluruhannya, memang sedap dan murah dengan harga $7 , makan sepuas-puasnya semua + pencuci mulut (aiskrim pun termasuk..)..

Murah tak??


ThanksGiving


Kali ni Roz saje buat makan-makan sempena Thanksgiving, dan yang menariknya.. ada turkey!!! Turkey tu abgfiz belanja sebab dapat award hari tu kan. Cara masak nya.. memang seperti cara masak untuk thanksgiving. Oh, antara hidangan wajib Thanksgiving... ;turkey with stuffing, mashed potato with gravy, cranberry sauce, corn cake, pumkin pie.. Roz dan Bon (suami Roz) memang dah lama duk US dan pernah menetap lebih 10 tahun di US, jadi mereka memang pandai masak turkey; thanksgiving turkey =). Boleh tengok cara masak turkey di sini


 Inilah rupanya turkey tu... besar tu...

 antara dessert : saya bawakan strawbery and blueberry shortcake je. 









Menu kami hari tu, nasi dagang + kari tuna + acar  (Roz's), adik-adik bawa popia, kari ayam, pavlova, roti canai dan kari (pun ada), nak senaraikan banyak pulak. Saya sendiri tak sempat nak makan yang adik-adik bawa. *sigh*..dessert pun banyak.. pun tak termakan =(





 Antara adik-adik...


Boleh pulak Muizz tertidur.. dengan ummi tak nak tidur. Hah... nampak tak selimut Muizz tu? Selimut ajaib tu, kalau nangis ke, nak tidur ke, kalau tak ada selimut tu memang tak sah~ ! NAngis teruk mana, kalau jumpa selimut tu boleh sengih-sengih dengan tiba-tiba. Nak tidur pun sama, hatta nak menyusu pun, nak selimut tu. Kalau tak ada, memang tak boleh tidur. Ekekke.. Muizz Muizz.

Nak tidur dah.. till then~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Nora Dahlal said...

Mek..
Banyak crita awak update. Saja curi-curi masa tengok blog awak. Sibuk sangat sekarang ni. Rindu nak jumpa awak.. cepatla balik sini! huhu

light 0F happiness said...

cepatnya masa berlalu.. muiz dah besar ;) comel sangat tak boleh pisah dengan selimut

yatie chomeyl said...

selimut busuk muizz ko tu izza? hehehe

Aleyn said...

Pernah juga dengar ader perayaan Black Friday..tapi no clue apa kebendanyer..hehe

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan