RSS

Kami

Bismillahirahmanirahim..

Sedar tak sedar cepatnya masa berlalu, dah akhir tahun 2011 dah, teringat lagi saya, duk usung perut bawa Muizz pindah rumah baru ni. Tak sangka dah hampir setahun dah saya duk sini. Cepatnyaaa masa berlalu, rasa sangat masa cepat berlalu bilamana keempat-empat musim berjalan macam roda. Waktu pindah sini musim sejuk, lepas tu saya bersalin, masuk musim bunga, tup tup musim panas, puasa dan raya, masuk pulak musim luruh, dan sekarang dah nak masuk musim sejuk balik. Muizz pun dah besar.

Masuk ke fasa umur 2 tahun ni, banyaknya akai.. adeh... pandai merajuk, tapi akan cepat terpujuk kalau peluk dia, paling tak tahan, selalu je 'copy cat'. Apa yang saya cakap dan buat, semuanya di tiru. Betulla anak-anak ni kanvas puteh, kitalah yang mencoraknya. Bila saya dodoikan Muizz, dengan tiba-tiba Iman dodoikan babydoll dia atau dodoikan froggy besar dia tu. Froggy tu adik-adik yang hadiahkan sempena hari lahir Iman yang pertama dulu. 

Bagusnya, Muizz dan Iman dah jadi kawan baik. Kalau sorang bangun tido, mesti dia kejutkan sorang lagi Biasanya Muizz bangun awal, awal tu memang awal. Pukul 4-5 dah sedar, sedar dia tu terus pi kacau kakak dia tidur. Yang kakaknya pula, dengar je suara adik, terus bangun duk sengih-sengih. Adehh yang feninya ummi la.. Tapi jam 2 petang semua akan tidor, ummi pun ambil port sama la duk tidur sama-sama. Kalau ada sesiapa datang waktu tu memang minta maafla, pintu kunci.. ^.^

Muizz pulak, adehh cepat betul perkembangan dia. Dah berdiri tanpa pegang, lepas tu cepaaaatttt sangat ke sana ke sini. Kalau buka peti ais tu, cepattt sangat tangan dah masuk dalam peti ais, sama seperti buka pintu toilet, cepat je meluru masuk. Nasib baik yang basahnya toilet ni dalam bath tub je... 

Bagsnya Muizz, tidur awal. Jam 730 dah masuk tidur dah.. Tapi tula bangunnya awal sangat. =))  Menyusu? menyusu pun kerap.. sebab tula badan berketul-ketul..








Heheh.. ni ummi tak de kerja. Sebenarnya kakak yang beria-ia nak pakaikan kt Muizz, tapi asyik jatuh je. Bila jatuh, bisingla mulut soh ummi pakaikan.. Eekek... nampak girlish pulak.. hishhh..

 Best friend~!


Tengokla tangan tu... buat BBQ kenyang tu..



 Rambut pun dah panjang sangat dah. Saya perasan rambut Muizz ni cepat panjang dan lebat. Hm.. keturunan belah abgfiz ni. Tak berani saya nk potong, sebab tak duk diam. Kalau nak pakaikan pampers dan baju tu, memang kena buka silat ape semua baru boleh. Abgfiz sendiri tak mampu, tak duk diam. adehhh~~




Aishh dh nak jalan ke? tunggula dulu.. leh jalan satg memang atlit lah ummi @_@


Minggu lepas abgfiz ke Reno, Nevada hadiri conference dan ESA Meeting (Entomology Society of America).. Kami bertiga? kami duk rumah je. kalau dipaksa pun saya tak nak pergi.. Bukannya boleh buat apa, dah tu jauh.. malas sungguh saya nak berjalan. Kali ni abgfiz terima student award dan bentangkan paper.. 


Antara yang hadir..



 Abgfiz bersama advisor, Dr Shripat Kamble..

  Bersama Dr Kamble dan Tim Husen



Jumpala dengan Malaysian, Kak Tini yang ada kat Florida dan Kak Faeza yang jauhh di Sydney, Australia.

Nak cite panjang-panjang tak reti sebab saya tak pergi. LOL

p/s: cite saya> eheee.. saya tak terupdate.. tak berkembang. Muekekek~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

lina said...

ada pun crite pasal iman n muizz..hehe...

Chik Na said...

cute tul muiz pakai cekak minnie mouse tu :)

kamilah said...

wah.. da lama tak dengar berita..rindunya nak baca update dr kak izza....=p

Lin said...

Comelnyer dengan cekak minnie mouse tu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan