Bismillahirahmanirahim
Asyik bercerita pasal Iman je.. pasal Muizz langsung tak ada. Bukan tak nak bercerita.. tapi Muizz tak banyak kerenah.. Sama ada tidur, bangun menyusu, da sekarang dah pandai tego-tego dan gelak-gelak. Yang tu kendianla saya cite..
Iman dan puting :
Pada awalnya kami saje je beli puting (saje gatal nak beli. maklumla ank sulung kan..) Ditakdirkan lepas lahir je, Iman asyik menangis je. Susah betul waktu tu, abgfiz pun tak tidur sebab terjaga-jaga dengar Iman menangis. Untuk men'diam'kan Iman tu, kami sumbat puting. Dan alhamdulillah memang dia tidur dengan lena dan diam je lepas tu.
Tapi kerana tu juga, lama-kelamaan puting tu dah jadi habit dia waktu nak tidur. Haaaa satu lagi kain washcloth dia tu. Pada asalnya dia suka duk tarik-tarik kain, dah tu saya bagi jela washcloth dia. Eeehhhhh... suka pula dia main dengan washcloth tu. Lama-kelamaan washcloth tu pun jadi habit dia.. mesti nak ada waktu tidur. Sampai sekarang, washcloth dan puting tu setia betul buat teman dia. Kadang-kadang tu tak mampu saya nak layan sebab bila dia nak, bising duk minta 'ti ting..'(maksud : puting dan washcloth tulaa). Walaupun washcloth tu bersih ke, kotor ke, tetap nak benda tu. Bila nak mula nak mencari, tapi bila dia tak nak duk buang merata-rata. Pernah sekali saya terbasuh semua washcloth dia, lepas tu duk minta dan menangis-nangis sebab tak ada washcloth tu. Waktu tu juga, saya cepat-cepat pergi ke laundry nak dry kan kain yang dibasuh.. bila Iman nampak wshcloth tu, terus diambil. Lembap pun tak kisah, terus tertidur dalam keadaan berdiri di laundry tu! Hai.. payah betul. Yang tak tahan tu, bagi washcloth Muizz langsung tak nak, nak yang tu juga!!
Masalahnya, kalau tak jumpa puting tu, jenuhla kami nak cari.. Kadang Iman suka hati buang entah kemana, nak tidur mulala cari puting. Bukan nak tidur je, kalau dia menangis, merajuk mesti nak puting tu la.. Sabar jela.. kadang naik marah sebab tak tahu mana nak cari puting dia. Menyesal bagi puting awal-awal hari tu..
yang ni le rupanya (satu set) washcloth aka 'ti ting' Iman.. (source: google).
Nak dipendekkan cerita, (dah panjang dah pun..) saya terperasan yang puting Iman koyak.. Waktu tu teringat cerita kakniza (kawan kami di Kansas City) yang anak dia pun duk puting je tapi katanya bila puting tu koyak, anak dia terus berhenti. Saya pun biarkan Iman dan puting yang terkoyak tu dengan harapan dia dah tak nak puting. Tapi bila abgfiz belikan utk Muizz, eh dia pulak yang pakainya. Minggu lepas puting Iman tu dah nyawa-nyawa ikan dah.. tapi masih dia nak hisap juga. Risau dia tertelan, kami bagi jela puting adik dia.. Dan sekarang berputing dengan puting Muizz la...
Dah nyawa-nyawa ikan dah..
Puting Muizz : abgfiz beli sebab murah, dalam 2usd ++ je, jenama Avent
Lebih kurang la rupa dia.. (saya nak highlightkan bentuk puting tu : source: google)
Kes Muizz pulak, saya dah awal-awal tak nak bagi puting tapi hari kedua Muizz, dia bersunat, asyik fussy je. Terus saya call nursery minta puting. Nurse bagi puting sebijik macam puting atas tu. Tapi, Muizz bukan nak sangat puting. Kalau duk dengan saya, suap puting tu pun duk muntah-muntah puting tu sebab tak nak. Alahamdulillah.. selamat~~
Lebih kurang gini la puting baru Muizz yang kakak dia ambik..
Pernah saya bertanya pada megan, nak stop puting Iman. dia cakap, american memang suka bagi puting pada bayi. Hatta dia sendiri sampai umur 5 tahun dan dia stop sebab nenek dia sorok puting tu. Serata dia mencari puting tu, dalam balang, dalam kotak, celah-celah almari tapi tak juga jumpa. Kata megan, jangan bagi puting.. tapi kalau tak bagi Iman menangis. Kata dia biaarkan dia menangis.. masalahnya dia menangis melalak : suara kuat pulak tu. Satu bangunan dengar suara dia. Payah betul nak stopkan puting tu. Kata orang, gigi jadi tak elok.. tapi Megan cakap tak de research yang buktikan gigi tak elok sebab puting. Kalau hisap jari dan minum botol susu, memang ya. tapi kalau berputing, tak de lagila.. takat ni tengok gigi Iman pun takdela jongang/ke depan pun.. Entahlaaa bila Iman nak berhenti berputing. Huhuhu
Sekarang pun kalau Muizz nangis, dia yang tolong sumbat puting dan tepuk-tepuk paha Muizz, konon nak bagi diam. Tapi Muizz lagi melalak sebab tak nak puting tu~~
Kat bawah ni, video Iman pujuk Muizz dan video Iman solat. adik-adikku, sila tengok.. Asyik duk request video Iman je..
p.s: ahhh~~~ saya rindukan Iman waktu kecik-kecik dulu.. saya rindukan suara dia, pipi tembam dia. hukhuk
12 comments:
first !?
omelnye diaaaa ~
iman bc aper tu ja?
anak saya memang tak suka puting sedari kecik. dulu pernah juga sumbat puting dlm mulut dia, tapi dia muntahkan semula....
ohhohohohohohho..imn yg tome....gere wes...heheheheheh
haha..mek
macam kenai ja telekong iman pakai tu..pandai sunggoh dia solat..anak sapa la ni? :)
Anak I pun tak guna puting kopek....hehhe...sajer tak nak bg...kang sampai sekolah nak bawak..hehe
ololooooo...cerdiknyer nak solat lak
sama macam kauthar ada kain busuk jugak...xtau la bila dia nak berhenti pakai kain busuk tu huhu....kain lampin adik dia pun dia kira yg dia juga..
sama lar dgn danish tu iza..lau dia dapat bantal busyuk danish mesti isap jari..betul lar iza gg danish dah kedepan sket..camner iza nak berhenti danish dari terus isap jari..?
salam izza,
kak fa10 dah miss blog izza rupanya, maklum la akak pun sedikit sibuk dan bloglist makin panjang.
Tahniah atas kehadiran Muizz
neuro : wa, sila komen sentiasa
kahiriyah huliana: untie wan, iman baca la..bacaan solat ;p
abahyie n ummi na: tula..bgsnya kalau iman gitu.tp salah kami jugak =)
atienanurin: supo ummi diola
mya el qayreena adzryn : hehe maceh untie
esfarizam : kakes, kauthar ada kain busuk juga eh? mcm tula nak2 kan? hehe
alynnz: alin, iza dulu hisap jari sampi darjah 2, tak ke depan pun gigi ;p xleh pakai juga teori tu..
fa10: kakfa10..salam..iza pun lama sngt xjenguk blog akak.xsmpt huhu =((
Post a Comment