Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH, syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dengan berkat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W, dengan berkat guru-guru dan dengan hikmah serta karamah kedua ibu bapa, kita kini sedang berada dan menjalani ibadat puasa di bulan yang mulia ini
Kali ini berpuasa di perantauan buat kali ketiga. Istimewa Ramadan kali ini juga jatuh pada Ogos 11 bersamaan degan hari kelahiran yg pertama buat cahaya mata sulung kami, Nurul Iman Abdul Hafiz. Saya sekeluarga mengambil kesempatan di bulan yg Mulia ini untuk mengucapkan "Salam Ramadan" buat kedua ibu bapa saya di Pulau Pinang, ayah dan ibu metua di Kelantan, adik-adik saya,embah, tok, kakak ipar, adik-adik ipar, mak dan ayah sedara, anak sedara, sahabat taulan dan juga buat ibu-ibu "MOM BLOGGERS" mewakili untuk 'wife' saya yang tidak sihat sejak beberapa minggu ini. Tidak dilupakan juga buat guru-guru saya, staff dan rakan- rakan seperjuangan dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM.
Disamping itu tidak dilupakan buat YM Guru Utama PSSCM, tenaga- tenaga pengajar PSSCMUSM, serta rakan-rakan seperjuangan dr PSSCM, PSSCMPP dan PSSCMUSM.
Ramadan kali ini juga disambut tanpa arwah nenek yg tercinta yang telah pergi pada Ogos 2, 2010 yang lalu. Semoga rohnya berada dikalangan mereka yang beriman.
Semoga kita dapat meningkatkan lagi amalan ibadah kita di bulan Ramadan kali ini dan mendapat keberkatan drNYA..
Salam Ramadan dari sy sekeluarga,
Abdul Hafiz,Nurul Izza & Nurul Iman
UNL, Lincoln,Nebraska, U.S.A
PEMBANGUNAN INSANIAH MISDEV13
10 years ago
3 comments:
Selamat berpuasa Izza sekeluarga.Take care :)
buat Izza & keluarga,
selamat menyambut ramadhan & hepi 1st besday buat Iman...
selamat berpuasa sis sekeluara
P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!
Post a Comment