Bismillahirahmanirahim
Orang sibuk nak ambil gambar dia, dia pun sibuk nak buka barang-barang tok ma bagi.
p.s: terima kasih daun keladi ya tokma, cik ki dan uncle jo. lain tahun pos lagi.kuikuikui..kiss kiss untuk semua
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Bismillahirahmanirahim
Bismillahirahmanirahim
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH, syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dengan berkat kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W, dengan berkat guru-guru dan dengan hikmah serta karamah kedua ibu bapa, kita kini sedang berada dan menjalani ibadat puasa di bulan yang mulia ini
Kali ini berpuasa di perantauan buat kali ketiga. Istimewa Ramadan kali ini juga jatuh pada Ogos 11 bersamaan degan hari kelahiran yg pertama buat cahaya mata sulung kami, Nurul Iman Abdul Hafiz. Saya sekeluarga mengambil kesempatan di bulan yg Mulia ini untuk mengucapkan "Salam Ramadan" buat kedua ibu bapa saya di Pulau Pinang, ayah dan ibu metua di Kelantan, adik-adik saya,embah, tok, kakak ipar, adik-adik ipar, mak dan ayah sedara, anak sedara, sahabat taulan dan juga buat ibu-ibu "MOM BLOGGERS" mewakili untuk 'wife' saya yang tidak sihat sejak beberapa minggu ini. Tidak dilupakan juga buat guru-guru saya, staff dan rakan- rakan seperjuangan dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM.
Disamping itu tidak dilupakan buat YM Guru Utama PSSCM, tenaga- tenaga pengajar PSSCMUSM, serta rakan-rakan seperjuangan dr PSSCM, PSSCMPP dan PSSCMUSM.
Ramadan kali ini juga disambut tanpa arwah nenek yg tercinta yang telah pergi pada Ogos 2, 2010 yang lalu. Semoga rohnya berada dikalangan mereka yang beriman.
Semoga kita dapat meningkatkan lagi amalan ibadah kita di bulan Ramadan kali ini dan mendapat keberkatan drNYA..
Salam Ramadan dari sy sekeluarga,
Abdul Hafiz,Nurul Izza & Nurul Iman
UNL, Lincoln,Nebraska, U.S.A
Bismillahirahmanirahim
Lama betul saya tak update blog ni, saya memang tak sihat. Dan tak sempat... nak blog walking pun sama..
Saya cuma nak share tentang makanan fast food. Tadi memang dah nak tidur, tapi mashed potato yang saya buat untuk Iman belum pun empuk lagi, jadi saya google je mono and digliseride. Rata-rata orang sini cakap itu animal base, tapi setahu saya, masa saya duk belajar chemical masa 1st year dulu (paper asas penglitup) , mono and digliseride ni memang fat tapi tak semestinya animal fat. Dan dengan jelasnya memang mono and di- ni tak semestinya animal base. Apa-apapun selalu kena hati-hati..
Untuk McD, berhati-hati jika makan french fries esp yang berada di US ni, nama je french fries tapi ada pulak diletaknya beef! Hadoi... saya banyak kali juga makan friesnya tu tapi sekarang dah tak la... More info sila ke sini.
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan