Bismillahirahmanirahim
Ada sesiapa tengok Al kuliyyah 7 Mei lepas tak? Kalau tak sempat, meh kita sama-sama kupas apa isi dan tajuk dia. (hehe..sharing is caring).
Ahli panel : Ustaz Shahran Shafie - AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).
Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan..
Susuk: (kamus dewan)- pasak atau baji
: (istilah) - memasukkan emas atau berlian,atau seumpamanya ke dalam muka untuk cantik
: (sharie) - memasukkan bahan-bahan bendasing ke dalam muka anak adam dengan syarat-sayarat tertentu dan tujuan tertentu.
Jenis susuk :
1- Biasa : -emas, berlian, timah
2- Luar biasa : emas (dan seangkatan dengannya) beserta penghuni iaitu khadam ke dalam tubuh bertujuan menarik muka, untuk jadi cantik.
Kebetulan, pada waktu yang sama ustaz Shahran membuang susuk seorang perempuan yang memakai susuk dengan menggunakan air zam zam. Bila tonton, saya teringat drama Susuk yang pernah saya ikuti ketika berada di Malaysia. Macam-macam pula perkara manusia buat hanya untuk menarik perhatian orang-orang sekeliling.
Ustaz Shahran juga menghuraikan kesan pemakai susuk, antaranya :
i - mengalami mimpi ngeri : kita harus peka kepada 3 mimpi dibawah :
a) mimpi jatuh dari tempat tinggi
b) mimpi dipatuk ular
c) mimpi bayi terutamanya bayi datang menyusu dengan kita.
Jika pernah mimpi salah satu antara mimpi tersebut berhati-hatilah, kerana mungkin kita telah dimasuki sihir terutamanya, mimpi bayi datang menyusu.. Bila saya tonton rancangan ni, terus saya duk teringat pernah ke mimpi ketiga-tiga mimpi di atas. Tapi, manala kita nak ingat mimpi-mimpi kita..
ii - Memiliki khadam secara tak langsung -
Kata perempuan yang dibuang susuk tadi, hidupnya tak tenteram sebab dia memang merasakan ada je yang mengikutinya, ada yang tidur bersamanya. Ish.. meremang bulu roma saya. Huhu...
iii - terpaksa melalui pantang tertentu.
Kata ustaz, orang yang pakai susuk tak boleh makan sate (sebab bila makan, terasa lidi tu mencucuk-cucuk mukanya), tak boleh makan buah-buah yang berbulu halus, bukan rambutan. Contohnya buah kiwi, terung (bulu halus ada di tangkai). Katanya jika makan, akan menjadi bisa.
iv - Susah untuk mendapatkan anak
Kata ustaz, anak yang terbentuk sentiasa gugur. Kata ustaz, ianya disebabkan jin yang sentiasa duk berjalan dalam darah.
v - Orang yang memakai susuk, payah nak masuk pesawat. Yang ni part lucu tapi benar. Yela, bila imigresen duk scan.. mesti bunyila benda alat scan tu sebab ada emas dalam badan kan. Bila cek-cek, tak ada apapun.
Kata ustaz, orang yang memakai susuk hatinya gelisah bila mana terdengar azan. Yang ni saya duk risau sebabnya, sini memang jarang dengar azan. Almaklumla mana ada masjid. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dijauhkan perbuatan syirik ni.
pic : google
p.s: Untuk mengetahui lebih lanjut, sila menonton di
www.tv3.com.my