Alhamdulillah, sejak mengandung ini.. rezeki makanan sentiasa bertambah. Ini makanan yang diperoleh dari program WIC (woman, infant and children). Setiap bulan akan diberi kupon free untuk memperoleh makanan ini. Ianya berupa susu, cheese, 100% jus, telur, 100% wheat grain cereal, kekacang mentah.
Makanan
Macam-macam
Spring : I'm coming!!
Yummy>> cream cheese in the outside and inside.. tapi manis sangat.. tapi sedap!! (buat penggemar cheescake)
Makanan
Winter sudah kepergian dan spring akan kedatangan (bahasa tunggang terbalik..)..yea...suke sangat. Alhamdulillah kandungan masuk bulan ke 5, almost 21st week. Perut walaupun tak berapa nak selera makan tapi makan je. Cuma sekarang ni berat dah naik ke 47 kg. (suke sangat walaupun naik skit).
Selera sekarang adalah makanan tradisional melayu. Haha. teruk betul perut asyik nak makan makanan melayu je. Pernah sekali buat ayam masak lemak cili padi, 15 biji cili padi duk bubuh.. rasnya tak la pedas sangat mgkn sebab cili padi tu tak pedas.. Tak dela menjadi sangat tapi okla kalau nak makan. Siap duk hirup kuah lagi. Sepatutnya tak boleh makan makanan berlemak dan pedas, takut heartburn. Tapi aku belasah je..
Setiap pagi dan petang pula duk buat kueh tradisional. Korek-korek resepi dari internet. apa yang ada yang tu jela yang buat. Nak makan punya pasal. Kalau duk Msia ni senang je kan.. keluar je rumah ke pasar malam ke , pasar tani ke, pasar kinggu ke,, mesti ada kueh mueh ni. Nak makan roti jala, sibuk je duk tebuk tin susu. Nasibla duk di US ni..apa nak makan kena buat sendiri.
Abgfiz tak ada ni mulala rasa malas nak masak, tak ada semangat nak masak. Nanti sape nak makan. Semalam ke supersaver dengan Ifa, ade nectarine, plum, peach. Dok pk nak buat kek ke, pai ke tapi kalu buat sape nak makan? Yela tukang try makanan tak ada..gamaknya makanan tak termakan la.. Pastu semalam duk pk-pk nak beli cantelope tapi tunggula abgfiz balik. Banyak betul mak budak nak makan. Nafs betul.. Perut ni cepat lapar dan cepat kenyang. Kalau lapar makan roti sekeping dah kenyang. Mana nak habis makanan??
Kalau duk rumah mama, mesti banyak dapat makan kueh-mueh.. Kalau mek (nenek) ada lagila haru.. setiap petang buat kueh, paling sedap kueh putu mayam.. Memang tak tertanding dengan putu mayam sesiapa kalau mek buat. sedap sangat.. Siap mek kait kelapa sebelah rumah lagi. Oiii sedap sangat.. Tahan ajalah...
Bertuahnya..
Terfikir sejenak.. kalau di Malaysia, segala perubatan free, ubat-ubatan free.. vitamin dan segala jenis supplement boleh dapat dengan free lagi. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia. Jadi sekalian alam, bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Tapi itulah kan.. segala yang terjadi semua ada hikmah tersendiri..
p/s: sedih.. abgfiz ke Missouri selama 4 hari. Tinggal daku seorang diri ditemani oleh baby dan Ifa..
Malaysian Night
Tarian yang menggunakan buluh yang dipersembahkan dari bumi kenyalang
Pn Rohana bergambar bersama para pelakon dan penari yang berjaya memukau hati penonton
Sempat bergambar bersama MSD Chicago dan NUMSA's advisor Ryan Lim
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan