RSS

Tenang

Bismillahirahmanirahim

Kok~~kok..

Bunyi ayam berkokok, melihat jam di bawah bantal tertera jam 430 pagi. Terus bangun mandi, walaupun sejuk menggigil. Ambil wuduk, terus ke ruang solat. Di sana, embah sedang menunaikan solat sunat. Bersama embah, kami tunaikan solat sunat. Kedengaran bunyi air di bilik mandi di luar rumah, di hadapan rumah. Di dapur, terdengar percikan air menandakan ada orang sedang mandi di kawasan dapur. Menoleh ke belakang, terlihat sebaris sepupu sepapat sedang lena dibuai mimpi.

Terdengar buka tutup pintu tandas di belakang rumah, bunyi percikan air mandi di bilik air di hadapan rumah,  bunyi dengkuran tidur sanak saudara, bunyi bisikan-bisikan suara mengalunkan ayat-ayat suci alQuran. Subhanallah... inilah dinamakan ketenangan. Inilah yang saya nantikan sekian lama bertapa di bumi US. Sebelum subuh, semua pakcik-pakcik dan anak muda ke masjid, ibu-ibu yang sememangnya bangun awal menanti untuk solat subuh berjemaah. SUngguh!! Saya tenang dan bahagia dengan suasana begini. Tiada perasaan begini tatkala menjadi penduduk US, tiada kegembiraaan sebegini tika kami di US. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya supaya dipanjangkan umur menikmati saat-saat begini bersama keluarga. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Ya, saya rindukan suasana begini tika berada di rumah embah di Tanjung Karang. Entah kenapa, perasaaan itu sungguh damai lagi menenangkan hati ini. Biarpun tandas masih di luar rumah, bilik mandi juga masih terpisah jauh dari tandas dan juga di luar rumah , (khas utk kaum Adam, manakala kaum Hawa tandasnya di dalam rumah), biarpun panas membahang beratapkan zink, berjuta nyamuk menghiasi kulit, namun sejuta kebahagiaan menghuni hati ini.

p.s: Setiap hari tika di US berdoa agar kami dan ahli keluarga di malaysia dipanjangkan umur supaya boleh bertemu di pagi raya nanti. Moga Allah makbulkan doa saya. ameen ameen ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

NoraDahlal said...

The very sentimental story. Izza, awak bertuah tau dapat peluang merantau di negara orang sehingga awak hilang sat 'kenikmatan' hidup di negara sendiri. Itu yang buatkan awak nak sangat dan rindu dengan 'harta' awak sendiri, ketenangan hidup di tempat sendiri. Tak sama macam orang lain, contoh saya. Dah biasa, tak pernah keluar. 'Nikmat' tenang tu, kadang-kedang tak berperasaan langsung nak bersyukur. Nauzubillah, jangan satu hari nanti Allah tarik balik sebelum memanfaatkan ia. Anyway, your writing is great! suka baca :)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan