RSS

Salam Ramadhan

Bismillairahmanirahim

Alhamdulillah hari ni genap 8 hari kita menjalani ibadah puasa. Tahun ini kami berpuasa pada musim panas, yang mana panasnya memang panas. Bahang sangat, hatta angin pun panas. Subuh pulak awal dan maghrib pulak lewat. Tapi dah makin hari makin awal la maghribnya, makin lewatla subuh. Awal tak awal maghrib hari ni jam 0835 pm dan subuh jam 0503am. Orang Malaysia cakap Malaysia panas sekarang tapi kalau nak dibandingkan dengan Nebraska (extreme weather) ni, Malaysia tu banyak sejuk dah bila waktu panas. ngin nya sejuk, nyaman. Sini kalau tak ada aircond memang panas, kadang tu tak boleh bernafas panasnya.


Seminggu sebelum Ramadhan tiba, kami didatangi tetamu, bertalu-talu datangnya, alhamdulillahhh murah rezeki kami =)..

untuk musim panas kali ni, Kak Esfa sekeluarga menjenguk kami, kebetulan mereka on the way balik ke Arizona dari cuti-cuti. Kebetulan anak keduanya dekat-dekat je lahir dengan tarikh Muizz lahir. =))

Sempatla kami bawa diorang berjalan ke Lincoln Children Zoo. Yang kelakarnya, sepanjang berada di zoo tu Iman asyik menjerit ketakutan! Takut pada semua binatang. Tau jugak takut dia.. biasanya Iman bukan jenis takut- orang asing tak takut, dalam gelap tak takut, naik tinggi tak takut, alih-alih binatang takut pulak.
Ekeke..

Hari tu sungguh panas, bahangnya masyaAllah... merah pipi Iman. memang panas!

Selang dua hari lepas tu, Kak Niza dari Kansas City, Missouri pula datang . Yang ni kami kenal agak rapat sebab dah beberapa kali ke rumah kak niza ni. Lepas tu saya pulak jenis banyak cakap, banyak la cite kami =)






Jumaat tu pulak, sahabat baik abgfiz datang, Nik Izham dan isteri Syaida. Dah lama tunggu diorang ni datang. Bukan jauh benor pun =) 2 jam 1/2 je pun dari Manhattan, Kansas. Sabtu esoknya tu, kami dijemput ke Omaha, ada makan-makan sebelum puasa. Tak sempat sangat nak sembang banyak dengan diorang ni Saya sibuk memasak kat dapur~ ! Harapan dan doa kami, moga datang lagi ke sini ;)



Sabtu tu pulak, sessi bantai membantai makanan di Omaha, rumah Kak Ellie . Banyaaaaak sangat makanan yg dibawa. Adik-adik ni boleh buka kedai makan balik Malaysia nanti. Jangan tak tahu, adik bujangpun pandai buat cheesecake! Sedap pulak tu. Kalah saya, saya memang tak padai masak sangat pun. Makan pandai la.. eheee~~


 Ini antara dessert.. saya bawa apple cake je. Apple banyak sangat kt rumah. Sat saya buat apple pie, sat say buat puding roti apple, sat saya buat apple cake. Sebabnya... kami anak beranak tak makan sangat epal. Iman lebih suka makan orange, pisang dan strawberi. Saya? piang je kot yang saya makan.. Oren makan jugak kalau duk suap kat Iman.


 Kueh seri muka adik Fizah, kek pisang kak Nadiah dan Apple cake saya. Entah sedap ke tak rasa kek tu..


 Ni ustazah Iman, yaAllah angin dia nak pakai tudung datang. Pastu tak mo buang plak tu. Sudahnya heret jela ke rumah Kak Ellie. *alhamdulillah.. sejuk hati*


 Hero saya ramai sangat peminat yang nak mengasuhnya. Boleh kira berapa lama Muizz duk dengan saya, selebihnya dengan ELfha, Ain, Azrina. Sampai tertidur-tidur Muizz dan pengasuh dia.!


 Iman?? Banyak buat hal sendiri, main pun sendiri. Dekat nak balik baru duk lari-lari main dengan anak kak Ellie, Jefrey. Oh, Kak Ellie ni orang Melaka, tapi dah menetap di sini, suaminya mualaf. Rumahnya, cantik sangat.. siap ada backyard lagi. Bestnye kalau ada rumah macam ni..


Kami semua.. ehhh ada lagi tertinggal ni. Sapa-sapa duk tepi kanan (dalam gambar tu) ada yang tak masuk dalam gambar kamera saya. Abgfizla tukang set amik gambar ni. Nasib la... huhu


Ouh, menu hari tu Kak Ellie masak nasi beriyani + kari daging, saya bawa ayam tandoori. Adik-adik bawa daging asam, mihun goreng, kuew teow goreng tu saya yang masak, ada satay, mee goreng. Lupa la pulak... tapi banyakla makanan hari tu!


Puasa pertama pulak, kami didatangi Abg Rozi sekeluarga dari Fort Collin, Colorado. Sempatla berbuka puasa ramai-ramai di rumah kami ;)

 Menu hari tu saya masak nasi biasa, ayam masak merah, dalca, teur goreng abgfiz masak, sayur goreng tempe adik Ain yang masak. Dessert pulak saya buat dadih kastad dan dadih pandan. Tak sangka cepat sangat habis makanan waktu tu.. puasa pertama agaknya. Sebeb tu lapar sangat tu..

 Antara yang hadir..


Kami semua, ada yang dah balik.


Sekian sudah makan -makan dan tetamu kami. Seronok menerima tetamu ni. 

Salam ramadhan dari kami, mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Semoga kita sama-sama berebut utk mendapat maghfirah dariNya, mengejar lailaturqadar dan mengejar untuk ke syurga.

p/s: saya betul-betul mohon maaf jika ada follow yang enanti entry saya. Saya betulbetul tak punya masa untuk update blog, tak punya mood untuk mengadap pc. =)

p/s: doakan kesejahteraan ayah mak di Malaysia, supaya merek sentiasa sihat sejahtera. Mak ayah, kami tak lupa menyebut nama mak ayah, adik-adik dan mama adik2 dalam doa kami. Semoga Allah makbulkan. Ameeen

p/s: alhamdulillah 3 kertas abgfiz dah lulus, sekarang sedang enunggu kertas ke empat. LEpas tu menjalani oral exam. doa2kan ye...


hero dan heroin kami =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

.:mUnies:. said...

makan lagi! hihi

yatie chomeyl said...

kepek hidung2 Iman pakai spek ehehe

aNNa said...

SELAMAT BERPUASA ZAA & FAMILY DARI EJAN COMEY LOTE..HAHA~~

Chik Na said...

selamat berpuasa buat Izza sekeluarga

kamilah said...

iman sesuai pakai tudung...cute sgt2..=p

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan