Bismillahirahmanirahim
Jam menujukkan pukul 523 pagi. Cewah.. sebenarnya saya tertido awal malam tadi, nak tidurkan Iman saya yang tertidur sama- waktu tu isyak belum masuk lagi (read: isyak masuk 918 mlm). Jadi bangun jam 3 tadi terus mengadap pc, dah banyak kali abgfiz suh update blog. Bukan tak ada masa, masanya ada cuma masa banyak dengan Iman. Bukan tak de mood, cuma momentum nak berblogging tu tak datang.
Ada kaitan ke dengan Iman dan blog?
Ada... sekarang ni Iman dah mula nak memanjat segala benda. Saya terpaksa keep on eye pada dia. Iman dah mula nak berdiri tanpa pegang, tapi dia tak sedar dia belum kuat lagi. Jadi Iman asyik jatuh aja, saya kena keep on eye takut jatuh kepala dulu. huhuhu~~ Jadi masa untuk saya berblogging dan blog walking sangat terhad
Tambah lagi, bila saya ke dapur Iman akan ikut serta. Dah ikut ke dapur tu, dia pula asyik nak pegang kaki saya dan berdiri. Mana saya nak bergerak kalau dia selalu macam tu. Waktu saya masakan makanan untuk Prof Abu datang, sedar atau tidak, saya terdengar bunyi 'lekuk', ingatkan suami saya ketuk dinding, rupanya si kecik ni terhantuk kepala kat dinding. Hadoiiii.. sian pula dia. Tapi tula lasak..
Setiap bulan ( awal bulan) pihak inspection (betui ka ejaan ni? malas nak cari kamus) datang ke rumah untuk sembur racun serangga dan cek smoke detector. Racun tu disembur di sekeliling dapur dan bilik mandi. Bila dapur dan diracun, tepat tersebut dah bahaya untuk Iman. Jadi masa untuk saya ke dapur juga terhad. Kadang kalau masak, saya hanya masak tumis atas dapur seterusnya, saya masukan ke dalam baking dish dan masuk oven. Kari ke, gulai ke, hatta masak pedas pun sama . Kalau lama saya di dapur, lama la Iman duk melingkar di kaki saya. Kadang-kadang kita tak nampak bahaya racun ni tapi hati-hati ia adalah pembunuh dalam diam.
Saya teringat pulak kisah pensyarah saya di USM tika saya jadi research assistantnya. Rumah mak Dr N diserang anai-anai, dan mereka telah buat serbuan untuk mematikan anak-anai. Mak Dr N pula seorang yang suka kemas rumah, jadi dia sentiasa terdedah pada bahaya racun yang disembur. Tak lama selepas itu, mak Dr N disyaki mengidap leukimia. Sedihkan? Saya memang risaukan Iman, maklum sajala nak tunggu Iman hampir 2 tahun. huhu~~
Berbalik pada Iman, bila dah masuk solid food ni, tidurnya dah kurang. Kata nurse tidur Iman akan lebih lama TAPI.. sebaliknya. Kadang jam 10 dia hanya tidur 15 minit sahaja. Bayangkan.. kadang masa dia tidurla saya cepat-cepat ke dapur, masak. Kadang elok-elok siap masak bunyi dah suara dia. Tapi, tidur malam Iman pula yang lama. Dia tidur jam 8 malam atau 730 dan bangun jam 6 pagi. Lepas Iman tidurla kadang saya buka blog, atau pada waktu itula saya kemas dapur, kemas barang mainan dia, kemas rumah. Kalau tak, susah juga. Bayangkan saya terpaksa curi-curi masa untuk ambil wuduk sebabnya kalau saya ke toilet, Iman mesti mengikut dan ketuk-ketuk pintu toilet sambil nangis. Kesian sangat tapi apokan dayo.. saya biar je dia menangis sehingga saya selesai ambil wuduk. Itulah Iman saya...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Berbalik kepada tajuk, cewahhhh..
semalam cuaca sangat elok. Jadi saya ajak suami saya ke Dairy Store UNL, makan eskrim.. Yummmy!!!! Kebetulan pula saya buatkan enchiladas, kami berpicnic di Dairy Store sambil menikmati bunga yang baru mekar.
Saya tolak Iman ke ofis abgfiz dan dari sana kami ke Daisy Store. Elok-elok je sampai ofis abgfiz, Iman lena pula.. Kami order wafle aiskrim - chocolate chip + lemonade. Sebenarnya saya nak order yang dalam mangkuk, tapi perempuan tu tak faham pulak. Ish geram!! Tapi tak pela, asalkan dapat makan aiskrim..
Enchiladas dan eskrim..
Ayah tolong suapkan makanan pada Iman
Sejurus selepas kami berpicnic kononnya, kami jalan-jalan sekitar kampus. Walaupun dah masuk musim bunga, tapi bunganya masih belum mekar sepenuhnya. Ada setengah pokok, keluar bunga dulu, baru keluar daun. Lucu sungguh. Tapi biasanya dalam April-Mei baru bunga tumbuh lebat. Teringat waktu summer vacation lepas, musim bunga tulip pun awal bulan Mei. Cantik sangat, berwarna warni...
Satu-satunya pokok yang berbunga, sekelilingnya botak..
Hanya bunga, tanpa daun
Daun baru menunjukkan diri
Cantik betul bunga ni
p.s: dah hilang rindu ke?
dah subuh, ada masa saya balas komen-komen dan blog walking ye..