RSS

Makanan.. lagi.

Makanan lagi.. hari tu ke supersavers, tengok je harga cantelope $1.89 each. murah tu.. tapi rasanya summer nanti lagi murah kot. Sebelum tu, beli honeydew $2.89 each. Agak mahal tapi murahla berbanding dengan harga biasa. Honeydew ni sangatla manis dan sedap. Nasib baik abgfiz tak makan sangat.. yela kalau dia suka memang cepat habis. Tapi sampai sekarang masih ada dalam peti ais. Itula keburukan kalau abgfiz tak berapa nak suka makan.. Ump..rasa kedua-dua buah ni sama je cuma honeydew lebih rangup sedikit berbanding dengan cantelope.





Cantelope warna oren manakala honeydew.. hijau.


Semalam, kawan abgfiz Amel bagi butter cake yang dia buat sendirik.. Sedap sangat.. lemak manis dan lembut je. Dia bagi semasa depa bertiga ( Amel, abgfiz, suhaizi) main tenis. Hah, bercakap main tenis ni.. jadi hobi aka isi masa petang bujang bertiga nih.. Eeh, abgfiz tak bujang eh.. Setiap petang ke gelanggang tenis main. Sebenarnya bagus sangat.. sebab nak bagi abgfiz keluar peluh dalam erti kata lain... 'fit kan badan' dia.






Oh ya cerita pasal kek tadi, dek kerana kek nya yang gebus itu, jadi aku rajin-rajinla dok dapur buat kek coklat. Untuk makan time rasa lapar.. Tengahari tadi pula, abgfiz minta buatkan murtabak atau karipap. Jadi dengan semangat wajanya aku nih, buatla karipap pusing tuh.. Ya Allah..naik jenuh duk uli-menguli karipap pusing tuh. Rupanya tak dela senang pon. Lama betul menguli.. Lepas tu pula, bila goreng tuh, aduhai...berderaila pula.. kenapakah...sedih je.. Tapi abgfiz cakap sedap.. Saje nak amik hati akula kot.. Memang tak pandai.. Nanti balik Malaysia kena belajar dengan mak. Resepi karipap pusing tuh amik dari sini. Malu je sebab tak jadi. Tapi pengalaman kan berharga.. terfikir oleh minda aku tadi.. agaknya sebab nila mahal karipap pusing kat Malaysia. Terfikir juga,.. rajin sungguh orang yang buat karipap pusing tuh.. Rasa-rasanya entah bilala pula nak membuatnye..




Buruk benor karipap pusingku.. buruk-buruk pon kenyang je bila masuk perut..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

maryam izza said...

takdak lah buruk bebenor nya...
janji sedap di makan ;)

lina said...

asal bkak blog kak izza je nampk mknan sdp2..wat lina lapar jek=p..rajn kak izza...

NURUL IZZA said...

kak eja: buruk sgt kak eja..ms goreng tu smpi keluar isi dia..aduh mmg xpandai..mgkn terlebih mentega kot..

lina: nak makan pya pasal.duk msia beli je..lagi2 duk usm..g je kantin kakcik..sure dapatpunya..ni nk buat karipap pusing ni pon dah 3-4 jam duk menguli saje tau!!=)

rosnah_muhdyusoff said...

kesianye..sabola jela ek..balik nanti pulun la puas2 ek...;)

NURUL IZZA said...

ros..sabar jela..lmbt lagi nak balik oiiii.nnt balik pulun puas2 ikan malaysia..setiap hari duk kedai nasi kandar..hahah setiap hari aku duk lepak kat fajar harapan pya kafe..sebb nk mkn karipap dia..wakaka

maryam izza said...

za kedai harapan yg tepi tu ek?
kueh dia sedap kan... kak ija suka cekodok ;)
za guna tak air sejuk masa nak uli tepung? kalau nak buat karipap masa nak uli kak ija guna air sejuk

NURUL IZZA said...

kak eja: aah za guna air + ais +garam..rsnya utk buat pie crust pon za buat mcm tu..agaknya utk rangup ke..entahla..

maryam izza said...

ya betul !!! ;)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan