RSS

Aidilfitri ke 4 kami~~

Aidilfitri kami


Bismillahirahmanirahim~

Kali ke empatnya kami beraya di perantauan .. Raya kali ni bertambah meriah sebabnya.... ahli keluarga kami bertambah dan kehadiran adik-adik yang semestinya menyerikan lagi aidilfitri kami bertambah.

The Making of~~

Biskut raya tahun ni banyak yang abgfiz buat, saya hanya buat doh je. Selebihnya.. abgfiz yang habiskan. Saya tak cukup tangan bila mana Cik Muizz saya pantang tengok saya je, mesti nak menangis. Haishhh.. ana ummi sungguh Muizz ni. Kaakak pula seperti biasa, sibuk sentiasa, sibuk dengan kerja-kerja pertolongan yang sebenarnya tenaganya tak diperlukan pun!
















Almond London in making. Adik Ain dan Azrina datang tolong. Sebetulnya Azrina datang nak meminjam segala benda untuk buat tat nenas, almauklumlah tiada satu pun bahan yang sepatutnya (untuk baking) di rumah Azrina. Dari periuk, mixer, etc etc.



  Nak dipendekkan cerita, acuan tat pulak tak ada. Bermacam-macam 'bekas acuan' yang kami gunakan, tapi satu pun tak jadi. Nak buat tat gulung, pecah-pecah pulak gulungannya tu. Dengan kekreatifan Azrina, jadilah tat nenas nya dengan menggunakan acuan 'tangan'. Buat sendirinye lubang-lubang untuk buh tat =)



Green Princess. Resepinya saya amik dari Kak Hanieliza. . Sedap sangat, dann.. biskut paling awal habis.

 Yang ni biskut kastad.


Biskut cornflakes madu ni saya gunakan Honey 'bunches of Oat. Tu pun sebab saya dapat free, berlambak kat atas peti ais tu. Berkotak-kotak. Ada yang nak? meh datang rumah saya.. Bagusnya dalam tu dah ada almond, oats, honey. Saya hanya tambah chocolate rice, chocolate chip, flake almond dan raisin je. Madunya tu saya cuma buh butter + madu + brown sugar .




1 Syawal kami~~



Seperti biasa, pagi raya kami~~ kalau raya tak jatuh pada weekend, makanya beraya di kelasla siapa yang ada kelas, atau kami beraya bertiga jela. Tp alhamdulillah abgfiz dah habis kelas, jadi sempatla dia hadirkan diri untuk solat raya bersama adik baru, Rahman. Balik tu jam 12 baru abgfiz masuk lab. Menu pagi raya kami, roti jala dan kuzi daging. Adik-adik pun datang beraya lepas habis kelas. Malangnya roti jala tak cukup, plus saya dh tak larat nak menjala lagi. Jadi, instead of jala sekali lagi, abgfiz masakkan mee goreng. Jangan tak tahu mee goreng dia paling sedap penah saya makan. Sampai skearang saya tak pandai nk buat mcm dia buat!




  Putera dan puteri kami di pagi raya.


 Antara adik-adik yang datang pagi tu..


Kami di pagi raya~~

Weekend tu baru kami buat open house dan sambut birthday Iman ~~ dah lepas dah tapi saje kami nak meriahkan lagi..

To be continued~~~~~~~
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

yatie chomeyl said...

rajin buat tat nenas. ore mitok MIL pos jah hehe

pinky mouse said...

Selamat hari raya untuk Izza sekeluarga.. Iman semakin lawa la bila dah besar ni.. hehe..

Aleyn said...

Meriah dan rajinnyer buat biskut raya sendiri..I salute sama u

kamilah said...

rajinnya kak izza...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan