RSS

Iman lagik~update update!

Bismillahirahmanirahim


Lama tak buka pintu rumah, ada yang rindu kami ke? Akhir-akhir ni saya betul-betul malas dan tak bermood. Nak buka blog sendiri pun malas, apatah lagi nak blogwalking. Banayk sangat dah entry yang ketinggalan. Mianhae~ malas satu hal, masa tak banyak satu hal. Ada je masa tapi malas pulak saya nak curik masa mengadap pc lama-lama. ^_~

Iman dan Muizz ~

Iman : 

Dah besar dah anak ummi ni.. pandai banyak benda dah. Pandai jaga adik, pandai main-main dengan adik. Pandai minta maaf kalau dia buat salah. Tak sedar betul saya, cepatnya masa berlalu..



Telekung ni baru je sampai 2 minggu lepas, saya beli dengan kawan baik saya Cik Nora di Syukur Boutique.. Sampai je telekung ni, terus Iman pakai sehingga petang nak mandikan dia.. barula di buangnya telekung tu. Elok je duk solat, lepas tu tonton tv diam-diam dalam telekung. ^.^

Alhamdulillah, dah pandai mengira dari 1-6 *one, too, tee, por, paih,sik, (seven tak berapa nak pandai sebut, jadi an no),eih, nain, teeen*.. Dalam bahsa Melayu tak pandai pulak nak menyebutnya. Kui kui~ Pandai juga buat drama.. kalau tak kena dengan mood dia, mulala nak berdrama berguling-gulingan di lantai. Kelakar pun ada. Paling best, dah pandai baca surah Alfathihah walaupun takla sepenuhnya betul. KakJaja ajarkan saya, tika anak di alam sedar dan tak sedar waktu tidur -semasa tidurkan dia, bacakan surah lazim. Waktu tu, otak cepat tangkap dan boleh simpan dengan lama. Saya cuba buat pada Iman seminggu alhamdulillah,... tak sangka bila saya baca Quran depan Iman, boleh dia ikut baca alfathihah tu. Saya sendiri terkejut.. 

Suka sangat bercerita pada Muizz, beghia je buka buku ceghita dia, duk depan Muizz dan bacakan pada Muizz.. padahal satu patah pun tak ada kena mengena dengan buku tu, *agaknya..laa* Iman, Iman.. betul-betul penawar hati saya! Bangun pagi awal sangat, suka kejutkan saya dan abgfiz. =)) Perangai ikut saya la tu. wakakak.. *.*

Meh kita sama-sama dengar celoteh Iman~ mulut dia sama macam saya, banyak cakap!



Muizz :

Hm.. berat dah mencapai 16.5 lb ~ 7.5 kg! Hari tu salah pulak timbangnya, hari tu 18 lb.. tapi sebenarnya tersalah timbang ghupenye. heheh~ Ni kes Iman suka main dengan penimbang Megan la.. Tapi diaper pun dah pakai saiz 3.. Kalah kakak, waktu Iman dulu takla cepat sangat membesar. Kata Megan, berat Muizz lebih dari 4 bulan bayi biasa. Mana taknya, asyik menyonyot je, kadang tu every hour! Cuma yang bagusnya, pada malam Muizz jaga 2 kali je. Sama ada pukul 12-1 dan puk 3.3- 4.30. Elok je jaga waktu subuh, terus boleh solat subuh! Tapi, nak masuk 4 bulan masih tak boleh meniarap lagi, duk pusing badan pun, tak boleh meniarap lagi. Berat bontot! Waktu Iman dulu, 3 bulan dah boleh meniarap dah.. Tak pe, every baby is different and unique~

Skill terbaru : boleh pegang kaki sendiri, TAPI kaki kiri je.. kaki kanan belum sampai. klakor pulak. 



 Cuba tengok paha.. kalau buat BBQ ni kenyang tuh! ^_<



Satu perkara yang betul betul boleh tenangkan saya,.. bila tengok Muizz, dia terus tersenyum. Masa tu.. ish ish..hati tengah marah terus cair.. Menawan sungguh senyuman dia! ;p

Habis cerita anak-anak..

Hujung minggu lepas, kami didatangi tetamu dari Laramie, Wyoming yang sebetulnya dalam perjalanan balik ke Laramie setelah sebulan setengah on vacation, siap masuk Canada tuh! Ish ish.. kuatnya, saya berjalan 2 minggu pun dah tak tahan nak balik, tak tahan nk masuk rumah.. inikan pula sebulan lebih. Kebetulan pula, adik-adik undergrad nak jumpa mereka, jadi kami makan tengahari bersama pada hari tu...

Menunya, nasi puteh , sambal ikan bilis (baki nasi lemak pagi tu), kari ayam (tak pekat kari i sebab saya terlupa santan tinggal setin je waktu masak tu..heheh tak cek pulak sebelum tu..) kailan goreng cendawan, daging bakar dan air asam, adik saya si Fizah bawa kangkung goreng belacan, memang best!!! Jatuh cinta saya pada kangkung dia.. dan dessert : dadih (saya buat..si Irfan nak makan. teringat kat dia bila buat dadih..) dan serimuka (Fizah juga yang buat..sedap!!!) 

 Adik-adik dan tetamu..


Bersama Kak Ku Suhaila dan Isa sekeluarga..

p.s : nanti meh jalan lagi... =)

Isnin lepas, satu lagi cerita.. cerita sedih.. Kakak yang saya betul betul anggap kakak dah balik ke Malaysia, (for good). Abgfazli dah dapat gelaran DOKTOR falsafah. Asalnya, kami ada plan nak ke rumah kak Jaja sebelum dia berangkat balik. Tapi kakJaja pun on vacation, kebetulan mak dan adik-adik nya datang ke US. Masing-masing sibuk.. Kami pulak.. memang tak berjalan pun summer ni. Sebeb pertama abgfiz memang sibuk, nak study untuk comprehensive exam, exam yang menentukan dan menukarkan status phd student ke phd candidate. Kalau fail exam ni, memang tak dapat sambung phd kat sini  la.. balik Malaysia! Satu sebab lagi, saya pun ssssaaaangat tak ada mood nak berjalan. Suka duk dalam ghumah layan anak-anak je. Macam fobia pulak nak berjalan, entah kenapa. 

Dipendekkan cerita, saya memang tak dapat nak jumpa KakJaja sebelum dia balik, abgfiz sibuk sangat nak prepare exam ni. Duk called kak jaja menangis-nangis tak dapat jumpa dia. Tapi saya redha je sebab suami saya lagi penting. Tapi tiba-tiba....... abgfiz bagi arahan suh masak siap-siap sebab nak hantar kakjaja di airport Des Moines (dalam 3 jam dari Lincoln). Saya terus contact adik-adik di Ames, Helmi, Farah Atiqah, Syamim, Syahirah, tanya flight kakjaja konon nak surprisekan dia.. Memang menjadi pun surprise tu.. terkejut dia dan abgfazli tengok kami di airport. Sebenarnya banyak sangat jasa dan budi kakjaja abgfazli dan keluarga pada kami. 

 Banyak beg dia, 13 biji!!!! Kelakar pulak bila si peramugari (?) tu tanya berapa orang nak balik, sebab ramai sangat datang airport.


 Sebahagian yang ada..


 Dengan adik-adik bujang

 Kami~~


Ingat lagi waktu saya mabuk mengandungkan Muizz, sanggup datang ke rumah saya masakkan untuk saya. Waktu bersalinkan Muizz, sangup bermalam 3 malam di sini jadi makbidan saya, masakkan untuk saya, tukukan saya, urutkan saya. YaAllah, hanya Allah yang mampu balas jasa kakjaja dan keluarga. Tambah pulak, suka sangat dia mendengar luahan hati saya. Memang terasa sungguh kepulangan nya ke tanahair. Menangis sedu-sedu saya!!! Umur panjang, murah rezeki, jumpa lagi di Malaysia.

Doakan abgfiz lulus exam besar 18-22 Julai (written exam) ni, bersambung 14-15 Ogos (oral exam) ni. Iza dan anak-anak mendoakan yang terbaik.. 

p.s: adik2ku..blog sudah terupdate..

P.S 2: drama heartstrings dah airing!! best sangat!!!!!!!!!!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

~An-Nur~ said...

dah makin pandai iman comeyyy..geram tengok iman n muizz...=p

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

tautakpe..best ooo drama tu.. :p

Kopiah Senget said...

Salam Bro Hafiz & Izza;

All the best bro... semoga berjaya dengan cemerlang for CE.

Nanti kalau nk jumpe kak Jaja kena slalu turun KL aka jumpe En Kopiah Senget juga di UPM haha kami satu kapal at Serdang. huhu.

Kopiah Senget

yatie chomeyl said...

nanti nk buat retep la ko nazhan yg baca al fatihah maso dio tdiur tu. :)

Marlina Mohtar said...

banyak cerita yang dikongsi :)

Nurul Izza said...

kamilah : tq untie! ;)

cik chocofiz : addicted!

suhaizi akak kopiah senget: insyaAllah akan turun kl nnt =)

yatie chomeyl: buatla..insyaAllah jjadi..

princess solehah: terima kasih, btw..nak buka profilr xboleh pulak.. ;((

Aleyn said...

Dua dua mata bullat....pipi apakan lagi...hehehe

Chik Na said...

gud luck buat suami izza...

ummu said...

salam sis
apa khabar? moga sihat2 saja.
wah comeinya iman dgn telekung tuuu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan