Salam Aidilfitri 1430H
1 Syawal 1430H
Kesemua Melayu di Lincoln + Sek Yee
Ini biskut cornflakes campak ye.. Buat banyak adunan then divide bebrapa adunan dan masuk je semua yang ada-kismis ke, cornflakes ke..almond ke. Janji nampak biskut raya.. Okla tu kan.??
Hah.. saja nak tunjuk.. Ni almond london lincoln ye. Yang sebelah kanan tu versi kak nadiah- cantik gituh..yang sebelah kiri tu versi orang yang agak malas dan tak berapa pandai buat biskut..
Gambar kami bertiga..Iman asyik lena je..sleeping beauty sungguh!
Tengah hari tu pula Bon dan keluarga menjemput makan Nasi dagang Terengganu di rumahnya. (gambar rumah Bon tak sempat nak amik.. rumah kak nadiah pon) Sedapppp sangat. Entah kenapa ya saya dengan lidah Kelantan ni suka nasi dagang Terengganu berbanding Kelantan. Yang Kelantan mungkin berlemak sedikit kot. Pada petang itu pula, kak Nadiah menjemput menjamu soto dirumahnya.. Yang bestnye..ada ketupat daun palas terbang khas dari skill Zaki -yang tak tahan tu..daun palas diganti dengan daun pisang! Punya kreatif Zaki nih..
Ketupat daun palas..best ooo..kredit to zaki..ecece..lain kali wat lagi ye..
Kad Raya!
Ecece..dapat kad raya.. okla kan dari tak dapat langsung. Tahun ni harapnya raya jatuh pada weekend. Dan insyaAllah kami alert. Takut jadi macam tahun lepas..kami buka puasa sebab raya hari tu jam 10!. Sedihkan?? KEbetulan masa tu abgfiz ada kelas. Hehehe. Petang besoknya baru beraya- itu pon makan bersama Suhaizi.. ala2 beraya la tuh! Tahun ini nak beraya... tak nak jadi macam tahun lepas. Sedih sentiasa ada sebab jauh dengan famly kan tapi sekurang-kurangnya suami sentiasa di sisi.. Eeeh terbalik patut isteri sentiasa disini yela sebab bukan isteri yang belajor suami yang belajor..ekekek
Biskut raya ku
Cuba tengok..ada perubahan apa-apa ke daripada biskut yang biasa kita tengok??? Yesss...dengan yang putih telur tu tak putih, dan berkecai sedikit-sedikit... Ini adalah hasil bantuan anak kesayanganku, Cik Iman..
Awal pagi jam 8 saya ada appoinmnet di Hematology and Oncology, jam 9 lebih gitu baru balik. Ingat nak buat kueh, tapi mata berat sangat. Malam tadi dapat tidur 2-3 jam sahaja! Melayan puteri di kamar. Jam 12 tgh baru dapat lelap mata setelah menyusu, melayan puteri ni. Jam 1230 bangun sebab lapar.. panaskan lauk dan since Iman tidur, buatlah biskut mama caries ni.
Sekejap-sekejap dia sedar, saya berhenti canaikan doh. Sekejap dia menangis, saya hentikan buh meringue atas biskut tuh, sekejap menangis balik, saya hentikan lorek-lorek coklat atas tuh.. sekejap menangis, saya asyik melayan dia..alih-alih lihat biskut ku bewarna coklat..kah kah kah.. Adehh... tak menjadi biskut ummi. Iman banyak sangat tolong ummi buat biskut. Tapi rasanya sedap lee jugak..
Sebenarnya Iman ni mengantuk, tapi entah apa yang membuatkan dia bebai.. Sekarang ni, nak kemas baju atau nak sambung tidur atau nak buat satu lagi biskut?? Mata dah berat, badan dah letih, tapi otak still nak buat kueh. Tu pon nasib baik, bila abgfiz balik dia yang basuh serta jemur kain..
Inilah dugaan menjaga anak ye puan-puan.. tapi bila tengok muka dia..sayu je rasa..pilu je..
Sebulan
Tengoklah aksi dua beranak ni.. sedap je Iman tidur atas dada ayah dia. Abgfiz pulak sedap je lena..
-> hopefully Iman berada dalam mood yang baik hari ni..so Ummi leh masak kueh..
Online shopping
Saya selalu ke blog abusaif dan ummusaif..banyak yang dapat dipelajari disana. Bila kesana, terlihat papan iklan ditepi-tepi blognya. Terus saya klik-klik disitu.. Teruja juga..dengan online shopping ni. Kalau di US ni kebanyakan memang online..sebab belia secara online lagi murah dari beli di mall atau kedai. Kadang tu memang free shipping. Fav abgfiz adalah..buku-buku dan barang-barang komputer. Kadang tu penat membebl kat dia pasal barang komputer tapi apakan daya memang dia HANTU barang-barang komputer. Nanti balik Malaysia, penuhla barang-barang komputer dan buku-buku dia.. Saya pula tak pernah melayari online shopping sini. Tak tahu nak beli apa..semua barang-barang saya berada di Malaysia.hihi.
Hari tu, teruja dengan jubah di butik hanani. Saje je tengok-tengok..dan abgfiz tanya nak beli jubah ke. Bila dah dia tanya macam tu, apalagi fikir jugala.. Kemudian dia bagitau nak kasi hadiah. Hadiah apa entah..hehe suka you!!! Dapatla 2 helai jubah untuk hari raya ni.. Suke sangat.. Dah lama berkenan dengan jubah ni tapi entah kenapa tak pulak beli-beli..
Bila dah tengok-tengok blog online shopping ni kan..terasa lucu pulak.. yela kadang benda sama herga beza sangat. Masing-masing nak ambil keuntungan. Dan jugak macam-macam fesyen ada esp tudung.. Betapa ketinggalan duk US nih..macam-macam jenis tudung shawl la, arianila, ekinla, tudung sitila..macam pelik la pulak.. Langsung tak mangikut peredaran fesyen. Nasib baik abgfiz juga tak berapa suka isteri dia duk bergaya. Kalau tak, jenuhla..
--> terigin nak buka blog niaga bila balik Malaysia nanti.. tengoklah macam mana..
Makanan pantang
Saja nak share makanan saya dalam pantang ni.. semasa kat hospital.. apa yang dihidang itulah menjadi santapan saya. Kecuali telur, dan salad. Risau sejuk kan..telur pula risau menanah nanti luka-luka jahitan.
Bila balik rumah, abgfiz buatkan bubur nasi (dalam tu dia letak segala jenis sayur..) dan sup ayam. Memang saya sengaja menyuruh dia masak..sebab sup-sup ni.. hantu buat saya. Dan sememangnya, sebelum ke hospital saya dah siapkan perencah yang diblend (halia + lada hitam) ke dalam botol dan letak dalam peti ais. Abgfiz juga buatkan sup sayur. Tumis halia + bawang putih sikit dengan minyak canola dan masuk air serta sayur.. Senangkan..
Alhamdulillah saya jenis suka sup.. dan bubur nasi. Halia dan lada hitam juga kegemaran saya. Entah kenapa dari dulu, jika saya buatkan sup ayam.. memang berlambak halia dan lada hitam saya masukkan. Halia juga saya suka ratah-ratah begitu. Jadi makanan pantang bagi saya memang kena dengan tekak saya!!
Dah dekat 4 minggu ni makann tu jugakla menjadi santapan.. ditambah dengan pucuk pegaga (untuk banyakkan susu ibu). Ohh sedap.. jangan tak tahu.. berat saya hampir kembali ke berat asal.. 45 kg.hihi. Tak la suka sangat..masa mengandung lagi suka kot..berat banyak.. 60 kg. hihi
Cukur rambut..keh keh
Bila tengok Iman tidur.. sayu pulak tak sampai hati nak kejutkan susu.. Jadi kami berdua buat keputusan..nak potong rambut Iman..HIhihi.. rambut dia nih..rambut semasa dalam perut lagi. Tak terpotong.. Jadi kami berdua berusaha memotong rambut Iman.. nampaklah sedikit muka Nurul Iman nih...
Tengoklah muka Iman ni..sdang marah sebab orang kacau dia..
Iman selepas kena gunting.. tukang gunting yang memang HANDAL.. jadi CANTIK je kepala Iman.. atk apalah Iman kan.. hantam sajalah..
Selsema
Bismillahirrahmanirahim..
Hari ini, hari paling memenatkan. Masakan tidak, abgfiz, saya serta Iman semuanya berada di linkungan tidak enak badan (ecece..macam endon plak ye..) Malam tadi jam 2 pagi Iman bangun untuk menyusu, tapi lepas tu Iman tak nak tidur. Huhuhu.. pujuk-pujuk tidur sekejap..lepas tu bangun lagi. adeiii..bila lama-lama tengok jam pukul 5 - dah sahur. Maksudnya dah 3 jam dia duk 'ok ek..ok ek..'. Bila dah subub tadi baru perasan hidungnya tersumbat. Alala..siannye anak ummi. Iman dah terkena selsema!
Cuaca sekarang sejuk, tambahan pula abgfiz masa lahir Iman sampai sekarang tak cukup tidur, sampai mata dah lebam, kepala naik pening dan sakit. Mungkin sebab itula..imunisasi menurun. Abgfiz biasanya kuat.saya pula susah nak sakit tapi bila dah kena selsema ni..susah nak berhenti. Kesian pula kat Iman. Bayikan..nak cakap tak reti, menangis ajala..
Moga-moga Iman hanya selsema.. abgfiz dah ke drugstore untuk pick up ubat Iman dan vit C untuk kami. Moga-moga..cuaca sejuk ni tidak membuat kami sakit..Amiin...
Kesian anakku..
Terkini
Cuaca sekarang ni, tak menentu.. kengkadang sejuk kengkadang panas. Cuaca tak menentu menyebabkan abgfiz diserang selsema, terasa diri juga turut terjangkit. Risau jika Iman turut sama jangkit, susahla nanti. Bayikan..kalau sakit tahu menangis aja. Moga-moga Iman kuat dan tak berjangkit. Berat abgfiz pon dah kurang.. berat diri juga kurang. Bayangkan semasa mengandung, berat naik sehingga 30lb ~ hampir 15 kg. Sekarang berat turun mendadak hampir 30lb.. Aduh..dah cengkung gamaknya.. Sekarang tengah berusaha nak naikkan balik..
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan