RSS

Tornado Warning

Bismillahirahmanirahim

April 14, 2012

Hujan di luar terlalu lebat, tingkap rumah terbuka. Tika saya sedang menutup tingkap, terdengar Iman menangis sebab diganggu oleh nenek kebayan. Dalam masa yang sama, terdengar siren amaran tanpa henti, terkadang kuat terkadang perlahan....

Tersedar saya dari mimpi, saya melihat jam, pukul 1130 malam. Ouh.. saya mimpi rupanya. Tapi bunyi siren tu tak berhenti.. saya bangun keluar sebab abgfiz tiada di sisi. Tengok-tengok, abgfiz tengah menonton movie kat depan, dan bagitau saya amaran tornado (puting beliung), ramai pulak penghuni rumah atas turun basement. Memandangkan rumah kami pun di basement, bising je kat depan pintu rumah saya.

Dah lama saya tak dengar siren amaran tornado ni. Seingat saya, akhir saya dengar pada tahun 2008, bulan Jun. Yang tu sangat lama, hampir 3 jam dan waktu tu sangat mengerikan. Mana taknya, angin saaangat kuat, pohon banyak tumbang, eletrik pun boleh terputus. Siren kuat sangat, ramai yang turun basement tapi saya dan abgfiz je duk dalam bilik, maklumlah tak tahu pulak patutnya turun basement. Alhamdulillah selepas tu, keadaan reda. Tapi di Kearney, Nebraska mengalami banyak kerosakan disebabkan puting beliung ni. Sebesar besar pokok pun boleh tumbang.

amaran tornado tahun 2008

ni video yang ambil dari you tube , tornado di Kansas Apr 14 hari tu. Setahu saya disebabkan tornado ini lah, kami dapat siren.. Seingat saya weather channel cakap malam tu, tornado tu dari kansas menuju ke nebraska.






p.s : ngeri bila memikirkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Number one for me

Bismillahirahmanirahim







Video ni abgfiz bagi message untuk saya di twitter. Tertanya-tanya, apa la message video abgfiz bagi. Bila saya tanya, dia suruh saya tengok dulu. Saya bukan selalu buka twitter sebenarnya. Ada benda saya nak tahu baru saya buka sebab saya banyak follow berita sensasi. Ekekeke

Bila dah tengok dan hayati lirik lagu ni, saya betul-betul tersentuh. Mungkin sebab saya selalu membebel..
mana tak nya, 10 kali saya kemas rumah, 20 kali rumah disepahkan oleh Muizz. Sekarang ni, Iman tidakla sesepah dulu, mungkin dah faham. Kadang tu Iman yang tolong kemas (ikut mood ) dia la.. Tapi dengan Muizz, fenin kepala dia sepahkan mainan dia. Kadang tu penat saya membebel.. kadang saya rasa membazir je tenaga mulut saya, membebel pada kanak-kanak yang hanya tahu menangis bila lapar dan tak selesa, sengih-sengih bila dia rasa nak sengih, ketawa bila dia gembira. Ekekek.. how silly am i..

Being a mom is precious moment

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panas di musim bunga

Bisillahirahmanirahim

Suhu pada hari ni : 29 C / 88 F. Panas betul... Seingat saya tahun lepas waktu yang sama, masih pakai sweater. Bulan 3/4 dah panas, bulan 5,6, 7 tak tahulah macam mana...

 Cuaca hari ini mengikut channel weather : 


 Bunga dah berbunga~





Orang Malaysia duk cakap , Malaysia pun panas. TAPI panas di Malaysia tak sepanas di sini, sini sudahla cuaca panas, anginnya pun panas. Kalau duk dalam bilik dengan kipas sekali pun tetap panas. MEmang kena pasang air cond jugak. Haishhhhh...

p/s: cik Yatie chomeyl ,resepi sweet bun tu duk sini.. tapi iza alter banyak. nanti rajin buat entry resepi tu ye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan