Perggh..sejuk benor malam ni. Suhu -16. Tak menahan diriku ini.. Pagi tadi tengok weather channel, berdasarkan ketelitian mereka, memang dah start sejuk dah. Mana-mana state pun sama.. adoiii..sejuk-sejuk ni banyak kerja yang menyulitkan.. Nak masak jadi malas, nak bangun awal-awal jadi terasa sedap je berselimut. Memang betollah kata ulama..bukan senang untuk menjadi umat yang sentiasa bangun malam beribadah. Terimbas kembali summer lepas, subuh jam 430 pg. Jam 330 pg dah boleh celik mata dan bangun awal. Mungkin sebab cuaca panas. Namun, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran ciptaan yang Maha Kaya dengan mengurniakan cuaca empat musim ini. Sesungguhnya, apabila turunnya salji, terasa kerdilnya diri, terasa betapa Hebatnya Dia, Agungnya Dia, Kayanya Dia..
Dulu masa datang sini, punyalah excited sebab sejuk. Dah sejuk ni nak panas pulak. Bayangkan bila keluar, walaupun pakai winter jaket, glove..tapi tangan ni still membeku, sakit..kulit pulak tak payah ceritalah..kering, bersisik... Masa duk Malaysia losyen ibarat kata nak tak nak aje pakai. Datang sini, jadi teman setia. Tapi losyen pun tak jadi jugak.Lastly, pakai baby oil kat seluruh badan. Macam orang minyak pun ada..
Apa-apa pun Malaysia memang yang terbaik. Itulah nikmat negara sendiri. Memang kena banyak bersyukur tinggal di Malaysia.. Cuaca yang nyaman walaupun panas, tapi masih dapat merasai sejuk. Sini, kalau sejuk, sejuk sangat, panas panas sangat pulak.. Masa winter ni mulalah pakaian tebal setebalnya bila keluar. Pun bermasalah..sebab susah nak gerak. Dah baju biasa pakai sampai 3 lapis, pakai pulak jaket tebal tu kat luar. Adoii..memang sukar untuk bergerak. Ditambah mufler lagi..glove lagi..
Penyakit winter juga bertambah-tambah. Flu, hidung berdarah, hidung berair, demam. Kalau di Malaysia, flu aka selsema dianggap biasa. Tapi di sini, flu boleh menyebabkan kematian. Alhamdulillah, setakat ini tak pernah kena lagi selsema walaupun ada sejarah penyakit asma (penyakit keturunan). Suamiku juga belum pernah kena. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan. Kulit pula, kering sampai berdarah. Diriku memang jenis malas memakai losyen, jadi apabila bahagian kaki terdapat kulit kering, melecet, merah-merah seperti pecah darah,ish keadaan kaki memang terok masa tu. Dah jadi barulah mencari losyen, baby oil, untuk mengubati kulit ini.. alhamdullillah ianya kembali seperti biasa walaupun terdapat bekas kekeringan itu..
Winter oh winter..
p/s : semoga Allah mempermudahkan urusan suami yang sedang tekun mengulangkaji untuk Final Exam besok.