RSS
Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Pindah Rumah... lagi????


Bismillahirahmanirahim

Setelah sekian lama rumah terbengkalai... *_^ Hari ini genap 7 hari saya pindah .. Erk.. pindah lagi?? Yeeeee.. kami pindah lagi. Ni kes saya mengandung lagi la ni. Rumah lama tu hanya ada 1 bilik je, dan 1 bilik kalau mengikut peraturan Nebraska ni... hanya boleh diduduki seramai 3 orang sahaja (min : 3 org), Kalau rumah yang ada 2 bilik, maximum 5 orang sahaja. Yang tu jela saya tahu.. selebihnya malas pulak nak ambil tahu. Ehe..

Kalau ikut hati, saya betul-betul tak nak pindah. Satu - malas. Malas nak packing barang dan malas nak unpack barang serta sangat malas nak bersihkan rumah lama. Kat sini, kalau rumah yang kita tinggalkan wajib bersihkan sebagaimana bersihnya awal-awal kita menghuni rumah tersebut. Tak dinafikan, memang awal-awal masuk rumah (kecuali rumah lepas) semua berkeadaan baru dan bersih. Carpet ditukar / disyampu (guna vacuum stim), bilik air dibersihkan, dapur dalam keadaan bersih dan berkilat, semuanya baru.Tapi keluar nanti pun, mestilah berkeadaan seperti yang seawal kita masuk. kalau tak, ditolak deposit selama sebulan. Amaun yang ditolak bergantung kepada kerosakan /kebersihan yang kita tinggalkan.

Kenapa saya baru berpindah setelah kandungan masuk 9 bulan? Sebabnya..... kami menanti rumah yang dua bilik di kawasan rumah lama kami di Holdrege St. Bukan apa, duk situ walaupun kecik rumahnya tapi sewanya murah. Kalau dulu rumah kami sewanya $410 permonth termasuk letrik, internet, heater, kabel TV dan garbage. Haaa.. sini garbage biasanya kena bayar. Maksudnya kalau ada perkhidmatan buang sampah tu, memang kena bayar. Lepas tu kalau rumah dua bilik di Holdrege St tu hanya $505 sahaja termasuk semua. Tapi duk tunggu punya tunggu, bulan tak keluar-keluar. Tak ada pulak orang nak keluar. Dengan pilihan yang ada, kami pindahla rumah yang jauh sedikit dari East Campus, di kawasan City Campus. Sebenarnya takla jauh sangat, kalau naik kereta 5-10 min jugak termasuk trafic light. Rumah ni pula sewanya $560 termasuk heater. Eletrik kena bayar sendiri. Oh ya rumah yang berhampiran rumah lama kami di Starr St, (Our new home, home sweet home) ada juga yang kosong tapi 3 bilik dan kami sepakat menolak awal-awal rumah di kawasan rumah lama kami. Bukan apa, sewanya $515 tak termasuk semua kecuali internet. Jadi, heater dan letrik kena bayar. Heater tu yang bebankan sikit. Waktu winter berganda naiknya. Ish ish.. tak faham betul saya. (banyak pulak bebelnya...)

Alhamdulillah, malas-malas pun saya sempat juga packing barang. Waktu pindah minggu lepas kebetulan saya diserang selsema. Entah kenapala winter kali ni dah 3 kali saya selsema. Iman pun asyik selsema.. Winter lepas tak pernah dia kena. Hurm.. itulah kebaikan susu ibu- antibodi yang kuat. Pagi tu, abgfiz minta saya buatkan roti canai untuk para pengangkut barang-barang kami. Doh roti canai tu keras... haha nasibla sape yang makan. Gomen ne~~

Tengahari tu pulak saya tiba-tiba demam! Risau betul sebabnya Megan  selalu risau kalau saya demam. Katanya bahaya pada kandungan. Terus saya lenakan diri dan biarkan rumah sepah sepah. Tak larat nak bangun! Malam Sabtu tu kami bermalam di rumah baru. Malam tu pulak abgfiz unpack dan kemas mana yang patut. Dia cuma tinggalkan barang dapur dan baju-baju. Tak tidur abgfiz malam tu! Esoknya pula lepas zohor dia ke rumah lama bersihkan rumah. Abgfizla paling kesian, diala yang cuci semua, dapur, peti sejuk, bilik air. Yang paling saya sedih, abgfiz gunakan Easy Off pembersih oven tu tanpa pakai glove. Benda tu sangat kuat dan tajam. Habis tangan dan lengan dia terhakis. Rasa bersalah sangat tapi apakan daya, saya terpaksa tengok Iman dan unpack barang di rumah baru..

Berbanding rumah lama, rumah baru ni sangat luas dan selesa. Pada saya, saya takla pentingkan sangat keluasan rumah, sebab nak balik tahun depan kan. Cuma kalau boleh jimat, jimatla. Sebetulnya rumah ni sewanya $590 tapi dek kerana berada dibawah (separuh basement dan tiada balkoni), sewanya diturunkan $30. Kata Cindy (bahagian family housing) tu , tak ramai suka duk rumah tanpa balkoni, sebab tu sewa diturunkan.





Bahagian dapur : hari pertama masuk dan unpack terus barang dapur (rempah ratus, garam, gula etc etc)



Bahagian dapur setelah unpack barang. Ada pulak dishwasher.. Senangla nanti kalau ada makan-makan. Masuk je dalam dishwasher dan tidur... bangun esoknya dah bersih. *wink wink*


 Ini pula pandangan di bahagian closet di bilik tidur utama. Hujung sekali tu bilik air tapi tak ada bath tub. Hanya ada shower dan toilet bowl. Tak pernah lagi saya guna.. entah.. malas kot~



 Depan closet tu ada pulak sinki ^_^ macam kat hotel je bilik ni.. Serius!!!



 Ini pula pandangan di bilik air utama.. Tak pandai nak amik gambar penuh. Amik separuh-separuh pun jadilah..




Ruang tamu yang luas..


Setelah dimasukan barang..


Iman pula... awal-awal tu dia agak takut. Terutama bahagian dapur, mana tau ada 'benda' kan? Maklumlah rumah tinggalan. Saya duk baca albaqarah je, itu pun smpi sekarang masih tak habis-habsi lagi. Alhamdulillah sekarang dia dah biasa. Cumanya sukala dia duk lari sana lari sini.. Kate rumah besar dari rumah lama!



p.s: hah, puas hati ko mek in? ni request adik saya la..nk tgk rumah baru. Hadoiiii....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nauzubillah

Bismillahirahmanirahim

Malang memang tak ada bau kan? Sama-sama kita amik ikhtibar dan hati-hati...

KULAIJAYA: Kelekaan dua beradik bermain tanpa menghiraukan adik bongsu mereka berusia dua tahun berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam besen di bilik air rumah keluarga terbabit di Kampung Baru Senai. di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersama abangnya berusia tujuh tahun dan kakak berusia lima tahun oleh ibunya kira-kira 10 hingga 15 minit di bilik tidur utama sementara suri rumah itu menyediakan hidangan makan malam keluarga di dapur rumah.
Bagaimanapun, adik-beradik mangsa yang leka bermain di ruang tamu di tingkat dua dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian akhirnya meragut nyawa mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam besen di tandas bilik tidur utama. Berita selebihnya disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blurr

Bismillahirahmanirahim

" Saya dan suami serta adik-adik sedang berlepakan di rumah Kak Nadiah menunggu suami ke masjid solat Jumaat bersama suami kak Nadiah. Sejurus mereka ke masjid, saya sambung lagi bersembang dengan kak Nadiah kebetulan Safiyyah sedang tidur. Iman pula, adik-adik saya bawa pulang ke rumah. Lepas tu, Kak Nadiah mengajak pula saya bersembang di belakang rumahnya.. Ooo.. rupanya belakang rumah kami tu sebenarnya laut dan pantai (sama je kan??). Dah 2 tahun duk sini, saya tak perasan pula ada laut. Terlihat pula saya di bawah rumah kak Nadiah, ada kolam yang sebenarnya bersambung dengan laut. Saya tanya pada kak Nadiah " dalam tak air ni? Safiyyah pernah jatuh tak?" Pembantu rumah kak Nadiah, makcik Aisyah jawab , " tak dela dalam, pernah juga Safiyyah melompat masuk, terus makcik terjun ambil dia.."


Bila Safiyyah menjelma, terus saya teringat kat Iman. Risau benar tinggalkan anak kecik sorang bermain di rumah. Saya pasti adik-adik saya dah keluar main. Berlari-lari saya pulang, setibanya di pintu rumah, terus menjerit memanggil Iman. Terkejutnya, apabila rumah saya yang tak tutup pintu tu dimasuki 2 orang perempuan yang konon duk ingat saya ni Amy. Entah Amy mana, pula tu terus je dia sepak dan menumbuk saya. Saya dengan terkejutnya, apalagi buka buah-buah silat sambil memberitahu saya bukanlah Amy. Hish, entah silap orangla kot... LEpas je perempuan itu keluar, terus saya cari Iman, alhamdulillah.. Iman sedang enak tidur di katil.."

Sedar-sedar, terus cari handphone, nak tengok pukul berapa.. Rupanya dah pukul 1010 pagi . Ya Allah entah bila saya tertidur dan bermimpikan kejadian di atas, pun saya tak pasti .. Yang pastinya, saya nak tidurkan Iman jam 930 tadi, saya pula tertidur!! Bila bangun dan teringat mimpi tadi, terus saya moody.. tak patut saya tinggal Iman sorang diri di rumah. Huhuhu..

.




p.s: semalam, Iman terpijak mata saya tika saya sedang baring. Pagi ni kepala pusing dan mata belah kanan yang dipijak blurr... Hadoiiiiii~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersarang sudah~~

Bismillahirahmanirahim

Hadoiii penat sungguh nak kemas rumah ni, dah banyak pulak sawang-sawang, kena vacum dan lap..ekekek.. konon sibuk sampai rumah pun tak update. Rindu tak nak dengar saya membebel? Ekekek.. ejan, rindu za ke?

April 1 lepas, kami dikunjungi oleh Dean School Bio, USM. Sebenarnya Dean tu advisor abgfiz tika buat final year project dan master dulu. Kedatangannya sebenarnya lebih kepada melawat je kebetulan dia menghadiri Mosquito Conference di Kentucky, yeke nih? Malas pulak nak confirmkan dengan abgfiz. Abg, kalau salah betulkan eh?

Prof Abu tiba jam 10 malam di Lincoln dan terus ke rumah kami untuk menikmati makanan. Saya sediakan nasi puteh, telur masin, kangkung goreng belacan dan daging masak lemak. Kak Nadiah pula bawa ayam paprik, Muzammil pula sponsor puding roti, yang ni memang best!! Sebab saya buat puding roti tak secantik yang dia buat. Huhu~ kalah dengan orang bujang.

Keesokkan harinya, Prof Abu bertemu Dean, dan Dr Kamble serta 10 minit talk - Tajuknya " Domestic Process and The Gonotropic Performance of The Dengue Vector Aedes albopicus : epidermis logical implication". Petang Jumaat tu mereka meronda-ronda Lincoln.



Prof Abu dengan abgfiz.


Bersama Dr Kamble staff (malas pula nak cari nama lecturer ni)



Sek Yee with food. Syafiq siap amik kicap lagi. Suka kicap ke? Orang jawa memang suka kicap eh??




Bersembang..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesian pulaa..

Bismillahirahmanirahim




Untuk waktu yang singkat ni, saya nak menceritakan peristiwa semalam (peistiwa ke?).. Semalam kami keluar anak beranak, nak ambil barang WIC (read: ambil barang WIC di kedai biasa, susu, cheese, telur, sayur dan buah). Kami nak keluar jam 8 pagi sebabnya Supersavers tu dibuka 24 jam. Tapi malangnya, salji turun mencurah-curah (hantam je ayat curah-curah ni).


Jam 11-12 macam tu baru kami keluar, salji masih turun tetapi, saljinya tak lekat sebab?? suhu bawah -1. Jadi basah sedikitla jalan (dek salji cair). Semalam, terasa panas sangat. Ke sebab saya pakai baju tebal? (atau pon sebab dah biasa dengan suhu tinggi, tiba-tiba suhu 0 degree dah panas kottt )


Ok, dipendekkan cerita, kami makan tengahari di Subway 5 dolar footlong. Sewaktu abgfiz order makanan, didepannya ada seorang wanita berkulit hitam (tak pasti dari mana, afrika ke, atau orang negro ke atau ... tak tahu). Wanita ni order banyak sangat makanan, bila tiba waktu nak bayar, dia menggunakan cek untuk membuat pembayaran, tapi Subway pula tak menerima sebarang cek. Lantas, wanita tadi meminta abgfiz yang sedang membayar makanan untuk membayar makanan nya ( tukar dengan cek kot). Tapi abgfiz cakap 'no, thanks'.


Sebelum itu, di US.. rata-rata cash dolar tidak dipakai, bukanlah tidak dipakai tapi kat sini lebih menggunakan debit card dan cek untuk membeli barang. Debit card tu kad ATM biasa, aplikasinya seperti kad kredit namun bezanya, amaun debit card terus ditolak dari akaun bank. Tak seperti kredit card - hutang. Saya kira ini lebih selamat dan tak perlu tebal-tebal ada wang poket. Biasa abgfiz paling banyak pun hanya $10 wang poket yang tersimpan di wallet.




Berbalik kepada wanita tadi.. saya tak pasti pula apa yang disembangkan oleh abgfiz dan wanita di cashier tadi . Sejurus setelah tu, dia bercakap seorang diri dan apabila tiba abgfiz di meja makan, masih bercakap dengan abgfiz (tapi butirannya saya tak pasti). Niat kami nak makan di Subway terbantut, kami makan je dirumah.




Separuh dari footlong dah dimakan abgfiz..



Sepetang dan semalaman saya terfikir, kesiannya wanita tadi.. entah-entah makanan dibeli untuk anak-anaknya.. Tapi dalam keadaan begini, saya pun tak berani nak pinjamkan duit kepada wanita tadi. Sudahla banyak, entah siapa-siapa je dia tu. Kata abgfiz, kalau bawah $10 tu abgfiz nak je bagi kat dia tapi ni banyak.. tak pasti pula berapa harga makanan dia. Pula, kami ada Iman disisi.. risau dia buat apa-apa pada Iman.



Kadang, saya memang buruk sangka pada orang yang tidak dikenali terutama orang lelaki. Entah kenapa, dari kecil saya selalu buruk sangka pada lelaki tak dikenali. Bukan apa, nanti diculiknya kita, entah kemana-mana dibawanya kita. Bagi saya, daripada terkena baik saya mengambil langkah berjaga-jaga. (kalau perkara ini tak betul, jangan ikut ye..)


Saya pernah diikuti oleh lelaki tak dikenali pada tingkatan 1 yang lepas. Waktu itu, mama dan papa saya bekerja pagi (mengajar sekolah sessi pagi), saya sekolah sessi petang. Jadi saya ke sekolah menaiki bas tambang (bukan bas sekolah). Entah kenapa dalam bas tu, ada lelaki ni.. asyik merenung saya, nak kata saya perasan sorang-sorang, rasanya tak kot. Bila tiba di destinasi bandar Kota Bharu (sekolah saya dalam bandar Kota Bharu), lelaki tadi asyik mengikut saya dari belakang. MasyaAllah.. sudahla saya ni jenis penakut, lebih takutla saya. Entah sape-sape je laki tuh.. Tapi saya cepatkan berjalan, seiring tiba di pintu pagar sekolah, dah tak nampak lelaki tadi. Fuh.... lega. Jadi bagi saya, buruk sangka pada lelaki tak dikenali lebih baik daripada bersangka baik. Ngeee~~~






Ni cite lain, ini gambar Iman yang merangkak. Sebenarnya lebih kepada angkat badan je pun, merangkaknya belum lagi. Dah merangkak, jenuhla umi nanti. Sudahla rumah ni banyak barang kecik-kecik, kena sentiasa bersama Iman la jawabnya.

p.s: tatabahasa tak ok, ayat pun tak berapa nk sedap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setengah Hari Berjalan



Bismillahirahmanirahim



Ekeke..tu pon nak buat entry ke? Alkisahnya, hari ni temujanji dengan paed Iman, 4 month check up. Temujanji jam 7 lagi, ekeke.. kamila yang paling awal patient pagi ni. Memang selalu macam ni pon, senang.. tak kalut ribut, tak perlu beratur, tak perlu duk mengumpat tengok orang pelik-pelik..ekeke. Jam 5 pagi, saya bangun, mandi - punyala lama, sebabnya.. dah 3 hari tak mandi.. Sejukla nak mandi setiap hari, tambah kalau mandi setiap hari, kulit memang sangat kering dan teruk mengelupas. Kepada yang berada di Malaysia, jangan tiru aksi yang tak berapa nak bagus ni ye..


Subuh jam 620 macam tu, jadi kejut Iman jam 6 pagi, mandikan dia. Yang tak tahan nya, Iman ni, celik mata je nak meniarap. Dah tu gelak-gelak. Entah apa yang seronoknya..

Ke klinik jam 645, nasib baik dah dibuka. Berat Iman dah hampir 8 kg! Huh, patutla sakit tulang tangan umi duk dukung Iman nih. Yang lawaknya, bila kena cucuk, (Iman 4 bulan kena cucuk 2 jarum, 1 minuman) kali pertama cucuk, diam lagi kali kedua meraung tak mudah-mudah. Tapi kejap jela, dah tu dia tidur..


Balik rumah, buat sarapan pagi dan kemas rumah sikit. Jam 10 pula temujanji di Health Department untuk H1N1 vaksin. Sampai kat sana, yaAllah jumpa pulak dengan makcik nih, bawa anjing yang besar tuh. Besar sungguh! Agaknya, lagi besar dari saya yang kecik come nih! Kata abgfiz, anjing tu mungkin pekak ke bisu sebabnya, ada alat bantuan di leher.





Serius, anjing sebijik macam ni..huuuu takuttt.






Sedang kami tunggu giliran untuk dipanggil nurse, makcik tadi jalan di depan kami, dah tu si anjingnya tu, tiba-tiba datang dekat dengan saya.. Apa lagi, menjerit takutla, dah tu tuannya, memandang dengan jelingan mata pulak. (semua yang ada kat situ duk tengok je). Yela, makcik tu tak leh nak fikir ke bukan semua orang boleh dengan anjing. Mungkin ada yang allergic ke.. Abgfiz pon marah sikit pada amkcik tuh, kena la tengok anjing dia, mana boleh suka hati biar anjing dia jalan sorang-sorang. Kat US ni, kalau bela anjing memang kena bela betul-betul, kalau bawa keluar MESTI + WAJIB pegang tali tu, kena saman kalau anjing terlepas tau.


Sebenarnya, kalau anjing kecik-kecik tu saya tak adala takut sangat, walaupon selalu je lari dari anjing bila jumpa. Tapi ni anjing besar tuh, anjing yang macam anjing polis tuh. Sungguh, besar.. takut tau. Eee.. ngeri bila terbayang giginya yang tajam tuh, dengan air liurnya. Takutttt.. maafla makcik, saya tak sengaja menjerit tadi, terkejut..


Selesai kami dicucuk, kami ke Gateway Mall jalan-jalan makan angin. Sejak ada anak ni, asyik ke tempat baby je. Nak beli mainan, mahal dan rasanya tak patut beli kot. berkira sungguh saya nih. Nak beli CD belajar Iman, rasanya awal lagi. Akhirnya beli satu set baju Iman ( 2 helai baju dan sehelai seluar brand Carters kot), yang clearance dari harga $30 dapatla $9.99. Tengok baju kanak-kanak, yang blouse tu.. ish cantik sungguh (fancy-fancy, ros, reben-reben..tak ke comey tuh). Nak beli, sape nak pakai, teringin je nak pakai tapi sat gi kan abgfiz kate buang tebiat pulak.. =D


Lepas tu, saya pula jamu mata tengok handbag lawa-lawa. Jenama XOXO, FOSSIL. Hiush berkenan sungguh (dalam hatila) tapi nak beli tu 20 kali fikir jugak. Walaupon harga bawah $20, bagi saya mahal tu. Dan biasanya, memang tak beli ;p



Sudahnya, kami lunch di Mall, makan footlong tuna di Subway.





Sekian sudah berjalan, walaupon setengah hari tapi.. kepala ni cepat pening dan penat suda.. (nampak sangat lama tak aktif, badan pon makin lemah..)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Winter~~ snow~~ snowman~~ snowgirl

Bismillahirrahmanirahim









Ekekek..apa la tajuk ni. Sebenarnya rentetan kejadian pembikinan snowman di belakang rumah kami. Bermula ahad yang lepas, salji mula menampakkan diri. Sabtu, abgfiz dah ke kedai siap-siap, beli barangan dapur untuk stok salji nanti. Menurut Mr Weather di channel 25, Nebraska akan salji berterusan pada Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, kembali nanti pada Ahad ini. Pada Ahad lepas, salji turun tak lebat, jadi pada firasat saya, tal tebal kot. Tapi, salji turun tanpa henti hinggalah hari Selasa, hari Isnin salji dalam 2-3 inci je. BOleh lagi ke kelas dan berjalan. Tetapi, weather channel warning - winter storm warning pada Isnin malam, Selasa, public school semua cuti, UNL pula kebanyakan kelas terbatal. Tengahari Selasa tu, salji mencecah 5-7 inci, menenggelamkan kaki saya yang comel lagi kecik (tu pon nak mention ke??) Selasa malam, UNL alert telefon dan hantar email, katanya UNL cuti pada Rabu dan semua sekolah cuti serta People Health Centre juga cuti. Ini gara-gara salji sudah mencecah ke 10 inci barangkali. Tak pula keluar pi ukur berapa inci. Malam tu, walaupon salji tak lebat tapi angin kuat. Dinasihatkan jangan keluar.


Winter tahun lepas tidakla sebegini. Winter lepas, awal Nov dah sejuk, namun salji yang tebal pon rasanya pada ribut salji satu hari tu, itupon tidak setebal yang tahun ini. Tahun lepas saya ber'winter' dalam keadaan mabuk kepayang aka morning sickness yang teruk. Apa saja yang masuk walau setitik air, mesti keluar balik. Jadi saya fobia dengan winter (sebelum inila). Selasa tu, bila tengok salji tebal ni, rasa teringin pula nak main dan rasa. Elok-elok je Iman tidur, saya duk pujuk abgfiz keluar sebelah rumah - nak bergambar. Bila kaki mencecah salji, tenggelam kasut dahla masa tu saya tak pakai stokin, Eksyen konon-konon.. dah tu, kaki memang sakitla. Ia menggigit tau sakit menggigit. Kereta pon separuh tayar hilang ditenggelami salji (sepatuh ke? rasanya dah tak nampak dah)




Malam tu, kami ber'facebook' bersama SekYee, Suhaizi untuk sama-sama membikin snowman. Kebetulan, tepi rumah kami dan belakang rumah, kawasan yang sangat luas dan salji tebal (kerana kawasan berbukit sedikit). Pagi itu, kami sarapan nasi lemak (request from abgfiz). Bila telefon engineer2 snowman, semua diulit mimpi indah. Aduhai,.. Dalam jam 10 30 Sekyee sampai dulu diikuti Zaki/kak Nadiah. Tunggu punyala lama si bujang teruna , dah dekat pukul 1130 baru nak sampai, apa taknya asyik berhenti untuk bergambar. Sabar jela..
















Jam 12 lebih kurang, para enggineer meredah lautan salji (ecece..kononla tu) yang tebal itu, ke belakang rumah, buat snowman. Yang tak tahan tu, snowman yang Suhaizi buat mesti gemook. Sama macam tahun lepas punya snowman. Tapi kali ni bertambah gemooknye. Agaknya tuan dia makan nasi lemak banyak sangat ;p






"Cak".. Iman bersaman 'snowman' gemooks..habis timun umi diambil buat hidung snowman huhu... Uncle Zie buli Iman..wakaka


Dah siap tu, kebetulan Iman terjaga, saya apalagi, bungkus Iman dengan baju sejuknya, kami keluar bergambar. Bila mencecah salji, masyaAllah hampir tenggelam kaki - paras paha (maklum saja, saya kecik molek) Takut juga, sebabnya licin dan saya bawa Iman. Alhamdulillah abgfiz datang ambil Iman. Waktu itu, bertambah takut sebab sejuk, risau Iman sejuk bahagian dada. Alhamdulillah Iman boleh hadapi sejuk di sini. Agaknya sebab lahir kat sini kot.



Waktu yang sama, Safiyyah naik ke rumah - mengamuk sebab mengantuk. Niat di hati memang nak bergambar bersama kak Nadiah, para ibu je. Dalam sejam tu, Zaki/ KakNadiah turun bawa Safiyyah, kami pon keluar sama. Yang tak tahan tu, masa bergambar.. Iman boleh terlelap dengan sendiri. Cuak saya, takut Iman pengsan je (sebab sejuk). Dah masuk rumah, Iman terjaga tatkala letakan dia di katil.Alhamdulillah.. (risau umi, Iman sorang je permata hati umi takat ni)








Alhamdulillah, pengalaman ni memang diabadikan sampai bila-bila. Balik Malaysia nanti, salji dah tak ada. Kata-kata kakjaja " nikmati sebelum tiada" saya simpan untuk menghargai cuaca dan pengalaman disini. Syukur kerana diberi peluang menikmati udara dan cuaca 4 musim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Flu


Bismillahirrahmanirrahim..


Entry kali ini berkenaan kenalan blogger kami kak Jaja di Ames, Iowa. Tadi telefon kak Jaja.. dah lama tak telefon dia. Sedih sungguh apabila mendapat tahu satu keluarga dia terkena virus flu. Katanya, mula-mula kaklong Sarah bawa virus dari sekolah, jangkit kepada Kak Jaja Kemudian kepada baby Syahmi. Teruk sangat sampai sesak nafas, masuk ER. Suhu badan baby Syahmi tinggi ~ 101 F. Disebabkan Syahmi baru je 29 hari, Dr terpaksa masukan air. Bayangkan, baby baru lahir kena cucuk, berselirat wayar-wayar Iv tu. Sedih kan. Bila kak Jaja cerita, terus tengok Iman. Bayangkan Iman berada di tempat Syahmi. Sakitla kan. Sedih sangat. Kesian pun ada. Dua malam juga Syahmi dan Kak jaja bermalam di hospital. Alhamdulillah, bukan virus H1N1.






Bersama Kak Jaja dan keluarga - baby Syahmi masih dalam perut mamanya, sama dengan Iman..


Ya Allah, jauhkanlah kami dari kena macam tu. Kalau kena pada kita, boleh tahan lagi. Tapi kalau terkena pada baby.. kesian tau. Menangis ajala dia. Sekarang, Aiman dan abgFazli pun kena juga. Sabar ye kak.. nak buat macam mana ujian kan.






Sarah, Aiman dan Syahmi..


InsyaAllah kami amik flu shot. Kat sini kalau dah kena flu, memang teruk. Kalau kat Malaysia ok lagi, entah kenapa kat sini bahaya. Sejuk melampau, flu kat sini boleh sebabkan mati tau. Jadi, yang diluar sana, berhati-hati ye. Setakat ni, alhamdulillah kami bertiga sihat walaupun sakit tekak. Ish, nauzubillah.. janganla kena pada Iman. Moga-moga abgfiz ke kelas tak bawa virus ke rumah.



p/s: Jaga kesihatan semua ya. Ya Allah lindungi anakku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi khas utk Uncle Pali

Tengokla Si pali ni.. menikmati makanan itu..

Entry kali ni berkenaaan dengan resepi.. Pakcik Pali (Florida) dan Pakcik Nik ( Kansas State) hari tu, datang ke Lincoln.. Jadi untuk meraikan mereka kami buat BBQ. Kebetulan abgfiz nak buat majlis doa selamat. Jadi para ustaz ni datang- kami jamu mereka dengan BBQ ayam. Pulak.. Pakcik Pali ni teringin sangat resepi BBQ ayam tuh.. Entah apa yang sedap.. padahal resepi campak aja..( eccececece.. mcm nak puji diri je ;p) Resepi ini buat sebelum ke hospital hari tuh..



Sebenarnya memang tak ada rahsia..memang resepi campak. Jadi anggaran sahaja ya ;)



2 biji yellow onion (bawang besar)

4-5 biji shallot (bawang merah kecik)

3-4 biji garlic ( bawang putih)

halia

lengkuas

serai - banyak sedap skit

kunyit hidup

2 sudu besar serbuk kari

ketumbar dalam satu genggam

gula merah - ni tak tahu berapa nak agak sebab main campak

gula biasa

garam



rasanya tu je kot. tak ingatla.. tapi yang sure memang tu je. lepas blend semua tu..tryla sikit. Mana yang tak cukup tambah lagi.. Sekian..



p/s: kalau dah try buat jgn lupa bg feedback..sama tak dengan yang makan hari tu..;) Entry utk BBQ doa selamat tak sempat nak update lagi ye..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru; Maal Hijrah 1430 dan Happy New Year 2009

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menghirup udara yang segar walaupun kesejukan masih melampau. Tapi alhamdulillah, salji sudah cair (yea..suke sangat). Walaupun salji cair, tapi masih lagi di dalam kesejukan dan kebekuan. Nak keluar fikir 20 kali. Wakaka..teruknya sejuk disini. Alhamdulillah minggu lepas suhu naik sehingga 17 C. Sukenya alhamdulillah, suka sangat walaupun tak sihat.

Selamat tahun baru maal hijrah dan new year 2009. Tiada pengisian dibuat melainkan melayan ketidaksihatan tubuh badan dan melayan tidur. Semalam 1st meeting dengan midwives, katanya berat badanku terlalu kurus, memang semakin hari semakin menurun, dehydrate, memang miserable. Sebetulnya, 2minggu lepas memang tak sihat. Makan dan minum apa pun, mesti keluar balik. Dah cuba berjenis-jenis petua dari mama tapi memang tak menjadi satu pon. Kesian pada abgfiz, setiap hari asyik makan roti je. Nasib baik dia pandai cari makan sendiri. Nak harapkan aku masuk dapur, nak berdiri pun tak boleh. Low blood pressure and low hemoglobin. Terukkan??

Kerana terlalu dehydrate, terus aku dihantar ke Saint Elizabeth Regional Medical Center, masukkan 2 botol air (+glucose) dan secucuk Ondansetron ODT (sejenis ubat nausea: If i'm not mistaken). Dan disebabkan terlalu dehydrate, vena pulak tak jumpa. Habis tangan dicucuk untuk mencari vena yang semakin menipis. Alhamdulillah, walaupun susah, jumpa juga akhirnya. Adoi..memang dugaan betol...

Dan kerana ketidaksihatan inilah, kerinduan ku pada mama dan adik-adik bertambah kuat. Kadang-kadang boleh menangis. Ini simptom pregnant ke ape ni.. Dan kerana kerinduan yang keterlaluan itulah, setiap hari aku telefon mama. Haha..walaupun sempat bercakap dengan dia 5 minit pun jadilah. Kadang-kadang duk melayan Cik Ika mengomel. Entah apa yang diceritakan aku mengiakan saja. Maklumlah bersembang dengan kanak-kanak umur 3 tahun. Walau apapun, ianya memang menjadi pengubat hati.

Sebetulnya Selasa lepas, kami menjemput kawan suamiku, Dr Fadh dari Saudi Arabia untuk makan-makan. Kebetulan memang dia dah nak pulang ke Saudi. Nasib baik makanan semua di masak oleh kawan suamiku dari Pakistan, isteri Dr Fadh, Lulu dan anak-anaknya di rumah kami. Sementara Dr Fadh, suamiku makan dirumah Pakistan. Malang sekali, sekeping gambar pun tidak aku ambil kerana tak sempat dan aku memang tak boleh berdiri. Hari itu memang teruk keadaan diri. Banyak pertolongan yang dihulurkan oleh Dr fadh sekeluarga tatkala diri dalam kesusahan. Mungkin itulah hebatnya pertalian Islam. Semoga Allah merahmati dia dan keluarganya. ameen..

Apa-apapun sebenarnya, dugaan dan ujian ini sebenarnya satu kaffarah. Yakin dengan segala ketentuan Ilahi. Semoga ianya menambahkan iman yang memang menipis. Semoga tahun baru hijrah dan masihi ini, akan menjadikan semalam lebih baik dari kemarin, hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Semoga setiap ujian berada disini, ditabahkan hati, dikuatkan iman. Semoga suamiku lebih kuat dan tabah mengharungi 4 tahun belajar disini. segalanya...amein..amien..amien..


p/s: Semoga bayi yang bakal lahir ini dapat mentakwilkan agama, memahami Islam, menjadi pejuang Islam, menjadi anak dan hamba yang soleh, menjadi penyejuk mata dan hati.ameeen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

International Bazar at Union Hall, UNL


Bertempat di Union Hall, City Campus UNL jam 11 am - 2 pm semalam, terdapat banyak gerai makanan dijual mengikut negara masing-masing. China, Africa, Korea, Rusia, Europe, Thailand, Turki, Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia etc.


Gerai Indonesia menjual Grill Banana, hanya itu yang kami beli dan makan semalam. Gerai lain, sepertinya makanan tidak halal kecuali Gerai Arab. Gerai Malaysia juga terdapat roasted pork.. Maklum sajalah, kebanyakan Chinese.



Ini antara barang yang dijual di gerai Indonesia. Sepertinya barang perhiasan dari sana.


Sempat bergambar bersama Ifa sekeluarga dan rakan dari Indonesia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Department Entomology International Dinner

Jumaat malam yang damai tetapi sejuk membeku itu, kami diajak ke majlis makan malam anjuran Department of Entomology UNL yang bertempat di Antelope Park. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sambil berkenalan dengan pelajar asing di department ini. Setiap yang hadir mesti membawa makanan dan makanan itu mestilah dari negara masing-masing.


Ayam rempah, nasi hujan panas dan kek epal telah aku masak (tak pasti sama ada makanan yang aku masak ini adalah dari masakan Melayu..)..Masalahnya, kereta pula buat hal..dah winter ni kereta pula bermasalah..padahal musim ni lah, kereta amat diperlukan. Jadi, dek kerana kereta kami bermasalah, kami mengambil kata sepakat tidak mahu ke sana, tetapi makanan harus dibawa kerana aku masak dalam kadar yang banyak. Tetapi dengan bantuan Sek Yee (another student from Malaysia) kami sampai juga di sana.



Bersembang dengan advisor suamiku dan pelajar Post Doc dari Beijing, China.


Apalagi yang harus di makan selain makanan masakan ku..kerana kami berdua sahaja Islam. Di pertengahan majlis, sebuah keluarga Islam dari Iraq tiba dengan membawa 'bakhlava' (sejenis dessert dari Arab). Jadi itu sahaja makanan yang harus kami makan.. Oh ya..cheesecake kegemaranku itu juga menjadi santapan kami pada malam itu.

Kami bersama advisor suamiku, Dr Shripat Kamble dan isteri

Tiada pengisian dibuat selain menjamu selera dan menjawab sedikit soalan berkaitan serangga dan pelajar asing. Sempat aku berkenalan dengan anak keluarga Iraq tadi (kerana mak dia tidak fasih berbahasa Inggeris) dan sepasang suami isteri American.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah

Semalam Ifa mengajak ku ke Hyvee, untuk membeli. Kata Ifa, sekarang ada diakaun. Iya, semalam 1 dozen telur "large egg" only 97 sen. Murah aku kira.. Sementelah barang dapurku kehabisan, terus aku mengikut Ifa ke sana. Hyvee berbanding Walmart, barangnya lebih fresh dan banyak. Sayurannya banyak dan fresh tapi di Supersavers lagi fresh. Jadi, semalam aku ternampak buah yang tidak pernah aku lihat.. Gayanya seperti epal, tapi ada hijau..bentuknya ya seperti mango.. Jelas sekali itu adalah mango. Beza benar jika dibandingkan di Malaysia.

Dan semalam juga, aku telah membeli tepung pancake (ready made), tak pula aku cuba tapi kata Ifa cuba aja, kerana dia cuba agak enak. Jadi terus aku ambil tanpa melihat kandungannya. Amira ku lihat mengantuk, jadi terus kami ke kaunter membuat pembayaran.

Pulang, terus aku ke dapur untuk mencuba pancake ini. Nasib baik aku melihat dulu isi kandungannya, ternyata terdapat animal shortening - tallow and lard ( tallow=mutton or beef fat, lard = pig fat). Terus aku contact Ifa supaya jangan makan kerana haram. Jadi kami ke Hyvee lagi hari ini untuk memulangkan. Sedang aku ke bahagian pisang, terlihat oleh mataku ini harga pisang 39 sen per lb. Wah..murah sekali.. Jadi terus aku ambil 5lb dan membuat pembayaran.. Tapi pisang disini..ohoo..besar sekali..Kalau di Malaysia pisang nangka ye.. Ohuuu..aku tidak pasti kerana aku tahu makan aja, kenal pastinya tidak..wakaka..
p/s: strawberi juga beli semalam. Tapi dek kerana musim sudah habis (agaknyalah), buahnya sedikit masam berbanding summer hari tu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Release Tension

Exam, quiz, asssingment, research, homework-- semuanya memeningkan kepala dan menjadikan kepala tension. Tak sempat manage masa. Dah lama aku tinggalkan benda alah ni. Masa buat master dulu, buat lab dan field research je. Jadi bila datang buat phd ni, mana tak tension..dah siap assingment, exam pulak menanti, dah exam, quiz pulak menanti.. Rasa nak meraung kuat-kuat supaya semua tension ni, keluar. Semuanya kena maintain B, B ke bawah dah kira fail (80% ke bawah). Kena repeat paper. Ya Allah dugaan betul buat phd ni..Insect collection yang belum habis dikumpul lagi. Dah mula sejuk ni, serangga susah nak main-main di taman. Arghh...semuanya bagai nak pecah kepala.


Rasa nak give up dah. Nak aja balik Malaysia buat PhD di Malaysia. Tapi apabila memikirkan pesanan mak ayah, Prof Abu, guru-guru di Malaysia supaya jangan give up. Aku kuatkan semangat. Teringat Prof Abu ..
"I dulu masa di University of California, Davis.. study, study, study..kalau study macam student USM, tak cukup kena study kuat lagi. So, jangan give up.."
Aku tak pernah lupa kata-kata semangat dari Prof Abu. Kalau teringat mak yang sentiasa doa pada anak-anak, rasa sayu pulak. Tak sanggup hampakan harapan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk aku.







Semalam, sedang aku rehat di taman di East Union, tenangkan fikiran sekejap.. Terus telefon isteri ajak ke Sunken Garden, untuk tenangkan fikiran dan kumpul serangga jika ada. Bila sampainya disini, seronok lihat bunga-bunga berkembang mekar. Seolah-olah berada di taman bunga dalm filem hindustan. Malangnya, serangga yang berada di bunga menghisap madu di situ telah banyak dalam koleksiku.



Namun. fikiran sedikit tenang melihat bunga-bunga dan ikan dalam kolam ini. Terfikir oleh aku, alangkah seronok jadi ikan berenang aja. Tapi Allah kan berfirman, 'sebaik-baik kejadian adalah manusia..' astaghfirullah... Hafiz, semangat, semangat. Silat Cekak mengajar agar tidak mudah putus asa. Kadang2 terfikir, mungkin aku ni kurang berdoa padaNya. Mungkinkah juga kurang bersyukur padaNya. Usaha keras sampai tak cukup tidur belum cukup lagi. Kena sentiasa diiringi dengan doa dan bertawakal. Aku kena banyakan 'muhasabah" diriku ini. Mungkinkah aku kurang bemunajat pada Nya..Mak ayah sentiasa pesan. Sibuk macam mana sekali pun, jgn lupa pada yg Esa, solat wajib xcukup. Banyakkan solat hajat, solat tahajud dan solat taubat. InsyaAllah, Allah akan meberkati usaha keras kita. Banyak betul kekurangan pada diriku ini.

" Ya Allah, sesungguhnya tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan, & Engkau menjadikan sesuatu itu sedih, jika Engkau menghendaki sesuatu itu mudah, Ya Allah, permudahkan, & jangan Engkau rumitkan..Ya Allah, sempurnakn dengan kebaikan"..Amin...



p/s; Moga-moga serangga aku kumpul cukup 100 Family..amin..mak. ayah, doakan hafiz tenang dan dipermudahkan urusan seharian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejuk..


Mengimbau kembali saat tiba dibumi US ini di Los Angelos. Masa tu jam 7 petang tak silap. Keluar je dari flight terus teruja..sejukk je muka..seolah-olah muka diliputi awan. Seronok sangat.. Abgfiz waktu tu sedang mencari-cari pintu masuk untuk ke Minnepolis St Paul. Waktu itu otak ini berputar..memikirkan ajaibnya ciptaan Allah..bayangkan......

Jam 3 petang hari Ahad bertolak dr KLIA - Taipei. Sampai di Taipei dalam jam 8 malam. Jam 9 malam flight bergerak ke LA. Ke LA memakan masa 14 jam. Jadi kalau dikira 9 mlm (+14 jam) sepatutnya sampai di LA jam 11 pagi Isnin. Tapi kami tiba di sana jam 7 petang Ahad.. hebatnya kuasa Allah..bagaimana boleh terjadi perbezaan masa dari Malaysia - US.. Jika dilihat dan difikirkan oleh akal yang tidak seberapa ini, mestilah ada kaitan dengan perubahan latitud dan longitud (yeke..??atau yang sewaktu dengannya- Geografi). Tapi jika dilihat melalui mata hati, hebatnya Allah..bagaimana boleh terjadi beza masa dan cuaca sedangkan kita hidup di muka bumi yang sama..

Berbalik pada pengalaman tadi..sesampainya kami di Lincoln ini, advisor Abgfiz jemput ke hotel untuk menginap setelah penat berjalan..Abgfiz, dek kerana penat berulang alik Kl-Penang dan kekurangan kualiti tidur, sampainya kami di hotel terus lelapkan mata..Sedangkan mataku ini ohoo susah benor nak lelap. Mungkin kerana perbezaan masa dan jetlag..jantung pula asyik berdebar aja..Mungkin kerana kalenjar adrenal memuntahkan hormon..jadi, satu malam mataku asyik merenung di luar tingkap. Sehingga jam 4 pagi, mula mentari menampakkan muka. Wah..subuh jam 430 pg..aduh..
Pagi setelah bersarapan dibilik, kami terus ke ofis family housing UNL -mendaftar dan ambil kunci rumah. Aduh..sejuknya Ya Allah..masa di LA punya seronok, dah kena selsema tak suka pulak..Kami memakai 3 lapis baju..Tapi orang sini dah mula berpakaian ump..ibarat nak pakai tak nak je..suhu pada waktu itu dalam 18-20 degree C. Uish,...sejuk..

Sebulan tinggal disini, musim panas tiba..MasyaAllah..panasnya..panas dan kering..yang seronok, baju semua kering sekejap aja..Yang tidak berapa seronok..panas sangat..Angin pun panas..

Dah mula masuk musim luruh ini, suhu dari panas 28 degree tiba-tiba turun mengejut 10 degree..Mak aiii...sejukkkkk...Angin juga sejuk...Kalau pagi-pagi keluar jemur kain..Subhanallah tangan ni boleh beku dan rasa sakit sangat dek sejuk..Tapi mentari memancar dengan jayanya..Musim yang sangat bagus..sejuk tapi ada mentari jadi kainku kering..(seronok..)..Patutlah waktu mata duk layan drama "Autumn in My Heart" tu..tertanya-tanya pasal apela depa semua pakai baju tebal-tebal tapi matahari memancar je..rupanya musim luruh ni, sejuk tapi matahari ada..

Pokok-pokok pun dah mula botak..kesian je tengok daunnya yang kekuningan seolah tak cukup zat dan galian..Abgfiz dah mula risau..risau serangga dah mula kurang..risau serangga yang dikumpul belum cukup 100 family lagi..moga-moga dapat dikumpul sebelum musim sejuk makin sejuk..

p/s: terasa kerdil berdepan dengan ciptaan Allah, cuaca yang berubah ikut musim.Subhanallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan 1993

Awal pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi bising dan bau masakan dari dapur, bersama suara mama, aku terus bangkit dari tidur walaupun pada masa itu, mataku ini, kalau disorongkan bantal memang lena. Dek kerana takut pada mama terus aku bangun. Tengok jam baru pukul 4 pg. Haih awal betul mama bangun, mama tak pukul 330 pukul 4 tu memang kena bangun, membaca dan menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Kata mama, waktu sebelum subuh elok untuk menghafal dan mengulangkaji.
Terus aku ke tandas untuk basuh muka (rumah atuk) yang memang tandas itu tidak mempunyai atap. Dahla tak ada atap, lampu pun tak ada. Terus aku membuka pili paip..tiba-tiba, ade sesuatu melompat menerjah ke muka ku yang 'comey' ini. WAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! Katak yang lembik tu...menjerit aku sungguh tak terkata. Terkejut mama terus ke tandas melihat aku, aku dengan tanpa membuang masa, terus mencapai katak yang telah bertempek di muka ku dan aku baling ke dinding. Yerk...tak suka!!!!
Marah betul mama, katanya ingatkan ape tadi. Rupanya katak, dah aku ni jenis ikut genetik papa. Genetik yang tak berapa berani dengan spesies haiwan amphibia, reptilia dan yang seerti dengannya. Mama marah betul, disebabkan suara aku yang kuat lantas semua bangun dari tidur, mek, tok ayah semuala..Bagus juga, tak perlu aku mengejutkan semua. Mama memang seorang yang berani, aku ni tak payah cerita la.. Sejak peristiwa ini, aku sememangnya akan berhati-hati dengan spesies yang sebegini. Nasib baik 'dia' tidak kencing atau yang seerti dengannya di muka ku ini..Ish dah lama pun susah untuk aku lupa.

Kenangan ini membawa aku kepada memori form 4 tak silap. Pada masa itu kami semua sedang menonton Majalah 3. Majalah 3 waktu itu sedang menayangkan kegiatan masyarakat Cina yang sedang menangkap katak untuk dibuat lauk.. Yerk.. dahla katak besar-besar, ish minta dijauhkan. Aku sememangnya penakut dengan spesies ini memang dah lama tutup muka. Dalam tak sedar papa juga begitu..Hahaha.. Lawak betul papa, barulah aku mengerti kenapa aku, dan spearuh adik beradikku takut dengan makhluk bernama katak nih..Rupanya papa pun begitu, Menurut papa, atukku juga begitu. Lawak betul. Kalau katak ade dalam rumah, memang mama yang tolong buang, takpun izzul adikku. Aku, izzat, papa?? Jangan harap, tengok pun bulu roma dah naik. Dan aku cukup ngeri bila katak bermastautin di dalam kasut sekolah ku. Maunya aku campak jauh-jauh..

Teringat pula balik Kelantan sebelum datang sini. Pagi itu kami cadang ke bandar KB untuk membeli sedikit barang. Suamiku ini, mencampak katak yang berada di dalam kasutnya ke arah aku. Ada ke patut, apalagi hah menjerit sakan lah aku. Terus dengar suara mama, marah kerana menjerit. Dah suamiku baling binatang yang sememangnya aku tak suka. Ish..marah betul aku pada dia. Nasib baik dia cepat-cepat minta maaf, itupun ada lagi rasa marah.

Namun, menurut kawanku yang mempunyai kacukan darah Melayu-Cina ini, katanya masyarakat Cina mempercayai bahawa kaki katak boleh melicinkan kulit muka jika diamalkan (makan). Tapi bukan sebarang katak, hanya katak yang dipelihara yang gemuk-gemuk (owh aku tidak mengenali spesies katak ini, jadi aku tidak mengetahui apakah nama katak yang disebutkan ini)Yerk...geli tali usus aku mendengarnya..

Sepanjang berada di US ini, tak pernah aku berjumpa atau terjjumpa spesies ini. Harap sangat spesies begini tiada di sini.

p/s: papa, ejat,ejo, mama dan abg, maaf tertulis namamu disini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah


Tahniah kepada adik ipar a.k.a adik abgfiz Nor Hafizah kerana telah selamat melahirkan seorang serikandi. Moga-moga serikandi ini akan berjalan ke medan pejuangan Islam, dunia dan akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Experience The Power Of Bug.from http://entomology.unl.edu/expofb.htm

Tidak lama lagi department aku akan buat "open day" yangg dikenali dengan tema "Experience The Power Of Bug".Pada hari tersebut aku akan bertugas menjaga perlumbaan lipas.Hehe..kelakar bunyi "cockroaches race".Nak tau.. JOM beramai-ramai ke "Department Of Entomology" UNL pada 21 September ini.


The Department of Entomology will hold its annual open house - Experience the Power of Bugs - on Sunday, September 21, from 1:00 pm - 4:00 pm in Entomology Hall (formerly the Plant Industry Building), located on East Campus in Lincoln.
This year's program will feature a variety of fun and informative sessions, enabling participants to sample some of the different areas of insect science: diagnose insect-borne diseases with Dr. Bug (medical/veterinary entomology), check out native Nebraska insects (insect classification), use forensic entomology techniques to determine Who Done It? (forensic entomology), and see a collection of live aquatic insects.
Current research posters by faculty and students will be on display throughout the building, along with demonstrations in our insect genetics, toxicology, and plant-interaction labs.
Just for fun, visit the insect zoo and have the opportunity to meet and hold some very large insects. Check out the honeybee observation hive. Show your knowledge of bug trivia in Insect Jeopardy! Feeling hungry? Stop by the Hard Roach Café for an insect snack. See fly-tying in action, and root for your favorite roach in the cockroach races.
No pre-registration is necessary, admission and parking on the north side of the building are free, and all participants will have the opportunity to register for door prizes and drawings for a Canon A-470 PowerShot digital camera and an I-Home portable system for your iPod.
We hope that you will be able to join us. If you have any questions, please feel free to contact Lisa Silberman at (402) 472-3416 or via email at mailto:insectscience@unl.edu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan