RSS
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

The thing is..

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin. untuk? Seluruhnya yang rajin membelek blog bersawang saya ni. Memang saya akui, kerajinan itu tidak mengatasi kemalasan saya untuk mengisi masa saya..untuk MENAIP. boleh pulak macam tu ya? Kekeke... Apa-apapun... kalau rajin .. saya 'surely' mengahntar berita untuk yng rajin memjenguk.

Aidilfitri kali ni kita biasanya menyambut dengan gembira tak kira tua, muda, kaya, miskin kan? Tapi aidilfitri di Mesir bagaimana ya? Saya tertanya-tanya bagaimana meeka menyambutnya di kala sang pengebom dan penembak di sana sini. Hebat nya ujian yg Allah turunkan pada mereka. Apala sangat kita jika nak bandingkan dengan mereka kan? Semoga ketabahan, kesabaran mengiringi mereka. Syahid mereka, Subhanallah. mampukah kita jika kita berada di sana? Wallahua'alam

Saya, akan kembali sebagai pelajar sekali lagi. Alhamdulillah... mmg banyak dan cabaran. saya tahu.. Belum mula kelas, cabaran dan rintangan dah terpampar di depan mata. Tapi keinginan saya mengatasi segalanya. Selagi abgfiz menyokong insyaAllah...segalanya boleh diatasi.


 Sehari sebelum raya, riuh rumah tokwan. Fenin maktok dan tokwan. Suara ummi pun makin naik.



 Pagi raya. semua pakat berkumpul raya di Penang tahun ni. Raya ke2 baru masing-masing pulang ke kampung.




Iman dengan muka 'epic' nya. Saba jela..

p.s: rindunya waktu saya ghajin berblog dahulu.. tunggula ..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Syawal 1433H

Bismillahirahmanirahim

Khas buat mak ayah yang senantiasa setia membaca dan membuka blog ni, juga buat adik-adik saya yang merindui Iman dan Muizz..

 Anak-anak di pagi raya. Ummi ayah bangun pukul 6, anak-anak turut bangun puk 6.





Gambar diambil sebelum ayah ke Belmont Center untuk solat sunat Aidilfitri. Dari awal pagi hingga ke tengahari, Iman langsung tak nak buka tudung. Maaf ye Cik Arr, baju tak dapat tengok sepenuhnya, sebab Iman tok sey buang tudung. 

Baju abgfiz dan Muizz, Izzul adik saya yang pilih  dan baju Iman Tokma,Ain dan Sakinah yang beli. Baju saya? Dah sedia ada di rumah, saya tak ada baju baru tahun ni :( Tapi tak apa, itu permintaan saya pun ^^. Baju melayu tu beli dengan orang kemboja yang dah bermastautin dan memang membuat baju melayu. Jahitannya kemas, harganya berpatutan. Kami menjadi pelanggan nya hampir 15 tahun, sejak adik lelaki saya berumur 10 tahun lagi. Lepas ni beli baju abgfiz di sini jela. Sebab saiznya sesuai dengan abgfiz.


Gambar ni saya snap tika dua-dua duk main. Sedang saya mengemas baju di closet, Iman terjumpa tudungnya terus suruh saya pakaikan kepadanya dan kepada Muizz. Yang kelakarnya Muizz pun suka tapi sekejap je. Lepas tu dia buang. Iman.. adik awak lelaki laaa....

p.s : Tahun ni kami tak buat open house. Tak de mood raya, mood nak balik je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan ini dan Syawal besok

Bismillahirahmanirahim


Entah kenapa saya merasakan agak sedih apabila memikirkan Ramadhan akan pergi beberapa jam lagi. Perasaaan gembira saya untuk menyambut Syawal kali ini sungguh tak terasa walau seinci. Masih mengharapkan Ramadhan kembali menyambung. Banyak benda saya dapat di bulan Ramadhan, banyak yang saya dan suami muhasabah kekurangan masing-masing. Murung. Sedih. Itu jualah perasaan suami  Walau apapun, mustahil jika Ramadhan mengganti Syawal. Namun, saya berdoa dipanjangkan usia kami agar sempat dengan Ramadhan akan datang.

Kesempatan ini, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf jika selama ini, penulisan kami pernah membuatkan sesetengah pihak terasa hati, berkecil hati, ampunkan kami jika bahsa kami kasar, kami silap dalam berkata-kata, kami pernah mengguris hati dan perasaan, mohon ampun dan maaf. Kami insan biasa mempunyai banyak kelemahan.

InsyaAllah ini kali terakhir kami menyambut Ramadhan dan Syawal di Lincoln, insyaAllah kami berharap akan bertemu lagi di Malaysia nanti.Allahumaameeen. 


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Ikhlas

Hafiz, Izza, Iman dan Muizz
Lincoln, Ne
August 2012
Ramadhan 29, 1433


p.s: melihat iklan Hari Raya tajaan BERNAS, teresak-esak saya menangis, terus merasa syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Setiap kali saya teringat mereka mandi di surau dan memegang batu nisan, setiap kali itulah air mata saya bercucuran.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri 1432H


Bismillahirahmanirahim~

Sedar tak sedar 1-2 hari lagi nak raya kan? Entah kenpa, sedih betul bila fikir ramadhan akan pergi. Entah sempat ke tak saya sambut ramadhan akan datang.. T_T

Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri buat semua sanak saudara, rakan taulan sama ada jauh dekat, Malaysia, USA, seluruh dunia. Maaf segala salah silap, terkasar bahasa, tersilap bicara, terbelit kata-kata, terguris perasan, terrobek hati, tersegala-galanya ter. Mohon ampun jika saya tak berblog walking, mohon maaf jika ada komen-koemn yang tak dibalas. Saya amat hargai komen-komen tersebut, cuma masa cukup terbatas untuk saya membalas dan berblog walking. Anak-anak lebih memerlukan saya disisi. ehek =)

p/s: makan ketupat rendang lemang ingat-ingatla kami yang jauh ni.

p/s: kalau raya sini jatuh pada hari Selasa, iAllah sempatla saya beraya dengan abgfiz, kalau hari Rabu, maka nya saya beraya dengan anak-anak jela. Abgfiz perlu ke field work. Apa-apapun, di mana pun kita berada, jauh dari kampung ke, kitalah yang perlu meraikan , biarpun bersama suami dan anak-anak.

p/s: adik-adik Lincoln, dan seluruh warga USA, jemput datang Lincoln =)

Salam aidilfitri buat semua. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal~~

Bismillahirahmanirahim



Hari ni, hari terakhir Syawal.. besok dah masuk Zulkaedah. Tup tup, masa memang berlalu dengan cepat, bila ingat-ingat kami ada lagi 2 tahun berada di US ni. Lepas tu..yehaaaa boleh balik!!!! Dah nak balik nanti mesti fikir, bila pula nak datang US lagi - tunggu jela masanya nanti baru fikir.



Serba sedikit saya nak kongsi macam mana kami beraya hari tu. Kalau diikutkan, memangla agak sedih beraya tanpa keluarga tapi nak tak nak kena terima jugakla. Kalau diikutkan hati yang sedih, memang kita tak meraikan Syawal dengan gembirala, kan? Kita sendiri sebenarnya patut meng'create' suasana Syawal walaupun dengan sesama kita je. ( betul ke ayat ni eh??macam keling je..)



Open house kami, kami rancang nak raikan sekali dengan befday Iman lepas. Sian dia, befday yang pertama ummi dan ayah buat tak tahu je. Kami rancang buat hari Sabtu memandangkan hari Jumaat, kebanyakannya masih ada kelas.



Nak dijadikan cerita, saya buat rendang dan kuah kacang hari Khamis. Entah kenapa rendang ayam tu, tak sempat kering lagi ayamnya dah hancur. Menangis melalak saya duk telefon abgfiz dan KakJaja. Yela, tel mama kat rumah semua dah tidur. Kata abgfiz, memang rendang ayam biasanya hancur sebab ayam bandar memang lembut banding ayam kampung. Kuah kacang pula, termasam! Terlebih air asam. Sabar jela.. Mungkin campur dengan penat dan mabuk, saya agak emo menyiapkan juadah open house kami. Lucu sungguh!!



Tengahhari tu, abgfiz balik dari ofis - konon nak tengok saya buat rendang. Last-last dia cakap 'abg tak ada mood betul nak buat kerja, dalam kepala fikir nak raya je. Mehla abg buat biskut almond london..' Ohhh.. pucuk dicita ulam mendatang, macam tak percaya je abgfiz cakap macam tu, maklumla dia susah nak tinggal kerja ofis tu.





Jejaka idaman sedang memasak!!









Almond london, buatan abgfiz.. besar gabak betul. Katanya, sekali suap dah kenyang!.











Nak cerita pula pasal nasi impit.. kebetulan tokei kedai Thai tu sedang berada dalam pantang, jadi segala stok yang habis memang lambat nak restock. Nasi impit segera tu memang dah tak ada! Ehh, sempat abgfiz beli sebungkus. Last-last, abgfiz kata buat sendiri. Tapi guna beras biasa, bukan beras Jasmin yang selalu kami makan tu. Alhamdulilllah menjadi..







Jumaat tu saya sambung buat ketupat pulut (ala cap Nona je), sediakan bahan untuk kuah lodeh, masak sebanyak-banyaknya nasi impit. Oh lupa, kami buat satay, satay tu saya dah marinated awal-awal 2-3 hari sebelum saya sibuk dengan rendang. Pada awalnya, saya nak masuk oven je, tapi si Syafiq beria-ia nak datang bakarkan.. terima kasih banyak-banyak...







Kami anak beranak di raya pertama.. Baju saya tu beli tahun lepas lagi, baru tahun pakai. Baju Iman atuk penang bagi hadiah sempena befday dia. Melalak dia tak nak pakai, mana taknya asyik nak memanjat je, payahla panjat pakai kain. Sudahnya memang buang kain, pakai baju je..



Jumaat malam pula, abgfiz terlebih rajin nak buat lemang. Saya cakap, saya memang dah tak mampu dan tak larat nak sentuh lemang ke apa ke.. tapi dia rajin tak apala.. Lemang ni kami ikut resepi KakTini yang jauh di Florida. Resepinya :


1 - masak beras pulut + santan +pinch of salt + daun pandan

2- masuk pulut dalam daun pandan dan gulung

3 - pulut yang dah tergulung dalam daun pandan tu masuk pula ke dalam aluminium foil dan gulung

4- bakar dalam oven selama 1-2 jam


Alhamdulillah, kreatif kakTini ni.. memang rasa macam lemang. Saya orang Kelantan jarang makan lemang, kami duk makan ketupat daun palas yang manis tu je. Ketupat nasi pun kami jarang.. jadi saya tak rasa sangatla teringin nak makan.








Lemang yang sedia dibakar


Pagi Sabtu tu, Syafiq datang nak bakar satay. Jumlah satay dalam 200 pucuk kot. Tak pasti la pula, tapi kami guna 8 ekor ayam untuk satay dan rendang. Penatnya, memangla tapi bila tengok tetamu makan dengan berselera, penat tu dengan automatiknya terbayar.

















Kek pula, saya buat kek blueberri. Malas nak fikir kek apa.. kek yang plaing senang kek blueberi. tulisan tu pula saya guna coklat puteh yang guna untuk almond london. Eekek.. pemalas punya ummi!



Hari Ahad pula, giliran Bon dan Roz buat open house - menunya nasi dagang terengganu. Memang sedap!!!! Berbanding nasi dagang kelantan, saya lebih suka yang terengganu punya.


Petang tu, Kak Nadiah/Zaki pula buat mee kari. Lama tak makan rasa terliur pula..


Bawah : sedikit sebanyak gambar tika raya hari tu.. Bila dah habis weekend, habisla jamu-menjamu kami - semua fokus pada exam dan belajar je. Sedih juga, kat Malaysia.. selagi Syawal tak habis selagi tula.... ada je jamuan kat mana-mana. Oh rindunya..


Di rumah Kak Nadiah. Gambar tak banyak ambil..




Terlepas pula gambar ni ke sini : Time Iman potong kek yang sebetulnya dia duk berebut pisau tu nak main!



Nasi dagang di rumah Bon/Roz





Antara tetamu..




Malaysian.. without Roz dan Bon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lama betul~~

Bismillahirahmanirahim



MasyaAllah, lama betul blog ni bersawang. Bukan tak ada masa, tapi entah.. sibuk barangkali. Ekeke..



Kak Fatonah, Iza dah tak mabuk-mabuk dah tapi nak mengadap pc dalam masa yang lama agak terhad. Tambah pula, Iman suka panjat meja pc ni, jadi kerusi memang sentiasa jauh dari meja.



Raya lepas, alhamdulillah walaupun jatuh pada hari Jumaat (yang paginya abgfiz ada 2 kelas dan 2 kelas petang) kami sempat beraya bersama-sama. Mana taknya, pagi raya tuh, suka hati dia je nak ponteng kelas. Walaupun dia memonteng tapi alhamdulillah, sempat bermaaf-maafan bersama setelah dia pulang dari solat aidilfitri.












Dah subuh dah, nanti kita sambung cite lagi ye.


p.s: Ayat terbelit-belit.hehe gomen ne~~


p.s: Tahniah buat adik ipar, Nor Hafizah kerana selamat melahirkan bayi lelaki tanggal 25 Sept bersamaan 16 Syawal lalu walaupun ada sedikit komplikasi. Get well soon, dan selamat berpantang~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri 1431



Eeh.. dah nak habis puasa ye? Cepat betul masa berlalu. Bila dah nak habis puasa ni mula fikir... 'adoi, malas betul nak masak lepas ni'.. Tahun ni kami berpuasa dan beraya kali ke 3 di perantauan. Masih teringat lagi puasa dan raya yang pertama kali dahulu (eh betul ke ayat ni??). Sedih betul hari tu tapi, semuanya menjadi kenangan. Gitulah adat berada di rantau orang yang masyarakat melayu islamnya sedikit (waktu tu la...) ..



Kalaulah raya tahun ni jatuh pada Jumaat, sah2 kami beraya hari Sabtu. Sebab apa? Haha.. Abgfiz kelasnya jam 8 pagi sehingga 5 petang, gapnya satu jam je kot.


Ramadhan kali ni pun ibadat yang dibuat ala kadar je. Mana taknya, kadang tu solat pun duduk, lepas solat memang terbaringla jawabnya. Kalau sihat pun, payah nak bangun solat malam, ada je halangan. Bila dah keadaan begini, saya betul-betul rindukan waktu belajar dulu. Ke masjid, bangun awal pagi, ishhh rindu betul.. tapi, mana mungkin masa lepas akan berulang lagi..



Di kesempatan ni, kami bertiga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari hujung rambut ke hujung kaki, andai ada tersalah bahasa, terkasar bicara yang mana menyinggung hati dan perasaan para pembaca (termasuk keluarga dan sahabat handai). Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan akan datang.


p.s: banyak betul komen tak berbalas, mohon maaf ya. mood mengadap pc lama-lama datang dan pergi. Ekekek..


p.s: adik2ku, makan rendang, roti jala, lontong tu sila ingat kami di sini ya..


p.s: skill bercerita dah tak betul sangat, ayat pun entah ke mana.. kalau tak faham tu, buat-buat faham jela ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AidilAdha

Bismillahirahmanirahimmm



Uhuk..uhuk..soksek..soksek.. huhu entah kenapa kepala asyik pening je, tekak pula sakit, abgfiz rasa nak demam. YAAllah jauhkan kami dari penyakit.





Iman dan Bon


2 hari pula, internet server down. Sabor jela. Nak guna wireless dalam bilik tu mmg la lembap macam kur-kura. Nak layan Nur Kasih pon tak terlayan nye. Lembap sangat. Sekarang baru episod 15 ye tuan puan. Entah bila nak habiskan episod nye. Mata tak kuat nak mengadap pc lama-lama.




Selepas solat raya



Selamat bertunang Lina. Moga ikatan bersemi akan kekal ke jinjang pelamin. Hingga ke syurga nanti. Amiin.








Selamat Hari Raya Aidiladha. EKeke..entry basi dah.. Pagi raya, kami menjamu selera dengan nasi kerabu tau. Request from Roz and abgfiz. Hari Khamis tu, memang sibuk memanjang didapur. Buat kerabu, buat solok lada, hiris-hiris ulam (sayur je kat sini). Malam pula buat ayam percik, daging bakar, kuah tumis. Tak sempat nak buat dessert, abgfiz yang tolong buatkan cheesecake. Ada blueberry lebih, masuk je dalam aduann. Bakar.





Tuan rumah dan Bon/Roz




Cheesecake abgfiz






Yang lawaknya, solok lada kami guna Jalepeno (halepeno) - pedas la sikit . Tapi tak sepedas cili padi kat Malaysia. Bagi saya, takla pedas sangat. Abgfiz jemput kawan Pakistan. Kami dah warning awal-awal...



Nasi kerabu : Nasi impit, kuah kacang, solok lada, daging bakar, nasi kunyit, ayam percik, kuah nasi kerabu (tumis) Kerabu (atas sekali) , ayam percik dan ulam nasi kerabu. Last but not least , keropok kan dan udang.







" really spicy, hot" tapi si Ali ni kata.. "no..dont worry, I like it" . Sekali, bila makan..hahahah terus dia buang dan minum air. GElak tak habis-habis kami. Tula.. eksyen sangat. Bagi saya, bolehla telan lagi. Tapi bagi setengah orang, memang tak boleh. Alhamdulillah, Roz dan Bon makan - meratah je. Habis juga.


Hari Khamis tu, abgfiz tak beli pon cili Sebab tengok dalam peti ada 8 biji. InsyaAllah cukupla kan. Tapi bila dia cakap ajak sekali Pakistanese, rasa memang tak cukuip. Tengokla orangnya, tinggi-tinggi. Makan pon mestila tinggi-tinggi juga.




Buat nasi kerabu tanpa pertolongan orang memang tersangatlah penat. Nasi kerabu sangat renyah nak buat. Banyak kerja kan. Kena buat kerabu - goreng kelapa parut tanpa minyak hingga garing, sebelum tu bakar ikan dan tumbuk ikan. (tapi saya guna ikan sardin dalam tin je.) KEna pula masak kuah dia, lepas tu ayam percik pula.. Adoii. Potong sayur - mesti halus tau. Kalau dengan nenek kat kg, sah-sah kena marah sebab potong kasar. Tangan nenek, semua benda jadi.. dia potong punyala halus.. Nak tiru dia, satgi kan terpotong jari pula.. =D Tapi alhamdulillah berbaloi. Menjadi dan tetamu kenyang. Dan alhamdulillah, abgfiz yang kemas semua, diala yang tolong buat cheesecake, dia yang kemas dapur, yang basuh pinggan, yang basuh ayam. Sangat membantu. Terima kasih daun keladi ye abg..



Tak sangka pula laku nasi kerabu, Bon menambah 2-3 kali agaknya. Suhaizi memangla..perintis nasi kerabu hari tu. Lapar sangatlah tu.. ;)



Safiyyah je asyik nangis je..huhuhu.. Iman tengok je Safiyyah. Ekekeke. Hari Sabtu pula, giliran kak nadiah buat jamuan. Entry bersambung ke sini (malas nak bercerita..pening kepala ni)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidilfitri 1430H



Kad ini khas dedikasi untuk teman-teman blog, pembaca dan seangkatan dengannya terutama


Keluarga di Penang, Kelantan, Johor dan Selangor - makan tu ingat kami yang jauh ni ye..peluk cium untuk ayahanda bonda, embah dan atok.


Teman blog :


Ani : ani kredit for you.. moga bahagia di lebaran.. ;p

kak Jaja Iowa : akak..tq for caring, everything. Moga bb keluar lepas raya ye. Gud luck dalam labor. Jemput dtg beraya ke sini ye.. ada biskut raya perantau!

Pak Nep sekeluarga di Auckland : Mehla raya sini ye.. pestime raya jauh.. mak su: poskan biskut raya mak su sini. ;p

Suhaizi, Kak Nadiah : jemput ke rumah ye.. makanan biasa je tapi nak jemput jugak.

Nor Nashville: nor..kak za jemput meh sini.. salam lebaran

Farah Ukraine : fara selamat hr ry.. jgn lupa send gmbr raye kamu.

dan seluruh pembaca blog

Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf jika terkasar kata bicara time menulis blog. Sudi-sudikanlah amik kad raya ye..

** sticky post. entry baru sila ke bawah ye ;p **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Syawal 1430H


Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah..dapat juga beraya seperti raya di Malaysia. Telefon mama kat Kelantan katanya raya jatuh pada hari Ahad. Lincoln pulak..tak sure jatuh pada hari apa. Doa-doa supaya jatuh pada Ahad sebabnya - weekend then abgfiz tak pi kelas. Jadi boleh beraya bersama. Tak seperti tahun lepas, udahla beraya lewat, pagi tu abgfiz ada exam lagi (kalau tak silaplaa).



Kesemua Melayu di Lincoln + Sek Yee




Persiapan raya pada tahun ni - agak BERSIAP. Mana taknya, biskut dah buat 2-3 jenis (itupon sebab cornflakes punya banyak dalam closet, tak termakan) dan almond london-request dari abgfiz. kebetulan semua barang-barang buat kueh dan biskut kat sini memang murah (tak convert ke RM ye). Almond boleh dapat 1lb dalam 5 usd. Tapi bisa kami beli tak sampi 1lb. Jadi murahla. Gula dan tepung of course murah. Satu paket yang 2.2 kg tu dalam 1USD lebih je. Murahla tu.




Ini biskut cornflakes campak ye.. Buat banyak adunan then divide bebrapa adunan dan masuk je semua yang ada-kismis ke, cornflakes ke..almond ke. Janji nampak biskut raya.. Okla tu kan.??



Hah.. saja nak tunjuk.. Ni almond london lincoln ye. Yang sebelah kanan tu versi kak nadiah- cantik gituh..yang sebelah kiri tu versi orang yang agak malas dan tak berapa pandai buat biskut..




Gambar kami bertiga..Iman asyik lena je..sleeping beauty sungguh!


Pagi Syawal tu buat open house - menu lontong + rendang + nasi impit + mihun goreng. Aduhh terasa kepenatan. Sehari sebelum tu, dah berada di dapur sehingga malam menjelma. Itupon duk doa mengharap Ahad esoknya raya. Nasi impit pulak, antara jadi dengan tak je. Maafla para tamu ye.. lembik sikit. Mungkin beras ke macam mana tak pasti (ecece..salahkan beras pulak..;p) Lepas solat raya, semua Malay yang ada disini termasuk Sek Yee datang makan di rumah kami.



Tengah hari tu pula Bon dan keluarga menjemput makan Nasi dagang Terengganu di rumahnya. (gambar rumah Bon tak sempat nak amik.. rumah kak nadiah pon) Sedapppp sangat. Entah kenapa ya saya dengan lidah Kelantan ni suka nasi dagang Terengganu berbanding Kelantan. Yang Kelantan mungkin berlemak sedikit kot. Pada petang itu pula, kak Nadiah menjemput menjamu soto dirumahnya.. Yang bestnye..ada ketupat daun palas terbang khas dari skill Zaki -yang tak tahan tu..daun palas diganti dengan daun pisang! Punya kreatif Zaki nih..




Ketupat daun palas..best ooo..kredit to zaki..ecece..lain kali wat lagi ye..



Malam tu, sejurus pulang dari rumah Kak Nadiah- lepas uruskan Iman tengok-tengok dapur dah licin- kemas oleh abgfiz..Ya Allah suka sangat..hilang penat memasak. Terima kasihhhhh banyak banyak banyak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad Raya!

Ecece..dapat kad raya.. okla kan dari tak dapat langsung. Tahun ni harapnya raya jatuh pada weekend. Dan insyaAllah kami alert. Takut jadi macam tahun lepas..kami buka puasa sebab raya hari tu jam 10!. Sedihkan?? KEbetulan masa tu abgfiz ada kelas. Hehehe. Petang besoknya baru beraya- itu pon makan bersama Suhaizi.. ala2 beraya la tuh! Tahun ini nak beraya... tak nak jadi macam tahun lepas. Sedih sentiasa ada sebab jauh dengan famly kan tapi sekurang-kurangnya suami sentiasa di sisi.. Eeeh terbalik patut isteri sentiasa disini yela sebab bukan isteri yang belajor suami yang belajor..ekekek



Dari Kak Hana, Kanazawa

Ni dari sepupu (anak Pak Nep belah Johor) dah besar..Ari tu kecit2 lagi..



Ini pula kad dari Pak Nep (belah abgfiz Johor) nun jauh terbang dari Albany, Auckland, NZ



Ini pon sama dari maksu (isteri Paknep)..





Yang ni spesel dari Kak Hani di Yokohama..Sama-sama beraya diperantauan ye kak..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut raya ku


Cuba tengok..ada perubahan apa-apa ke daripada biskut yang biasa kita tengok??? Yesss...dengan yang putih telur tu tak putih, dan berkecai sedikit-sedikit... Ini adalah hasil bantuan anak kesayanganku, Cik Iman..http://www.emocutez.com

Awal pagi jam 8 saya ada appoinmnet di Hematology and Oncology, jam 9 lebih gitu baru balik. Ingat nak buat kueh, tapi mata berat sangat. Malam tadi dapat tidur 2-3 jam sahaja! Melayan puteri di kamar. http://www.emocutez.comJam 12 tgh baru dapat lelap mata setelah menyusu, melayan puteri ni. Jam 1230 bangun sebab lapar.. panaskan lauk dan since Iman tidur, buatlah biskut mama caries ni.

Sekejap-sekejap dia sedar, saya berhenti canaikan doh. Sekejap dia menangis, saya hentikan buh meringue atas biskut tuh, sekejap menangis balik, saya hentikan lorek-lorek coklat atas tuh.. sekejap menangis, saya asyik melayan dia..alih-alih lihat biskut ku bewarna coklat..kah kah kah.. Adehh... tak menjadi biskut ummi. Iman banyak sangat tolong ummi buat biskut. Tapi rasanya sedap lee jugak..http://www.emocutez.com

Sebenarnya Iman ni mengantuk, tapi entah apa yang membuatkan dia bebai.. Sekarang ni, nak kemas baju atau nak sambung tidur atau nak buat satu lagi biskut?? Mata dah berat, badan dah letih, tapi otak still nak buat kueh. Tu pon nasib baik, bila abgfiz balik dia yang basuh serta jemur kain..http://www.emocutez.com

Inilah dugaan menjaga anak ye puan-puan.. tapi bila tengok muka dia..sayu je rasa..pilu je..http://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan