RSS
Showing posts with label permata hati umi. Show all posts
Showing posts with label permata hati umi. Show all posts

1 Syawal 1433H

Bismillahirahmanirahim

Khas buat mak ayah yang senantiasa setia membaca dan membuka blog ni, juga buat adik-adik saya yang merindui Iman dan Muizz..

 Anak-anak di pagi raya. Ummi ayah bangun pukul 6, anak-anak turut bangun puk 6.





Gambar diambil sebelum ayah ke Belmont Center untuk solat sunat Aidilfitri. Dari awal pagi hingga ke tengahari, Iman langsung tak nak buka tudung. Maaf ye Cik Arr, baju tak dapat tengok sepenuhnya, sebab Iman tok sey buang tudung. 

Baju abgfiz dan Muizz, Izzul adik saya yang pilih  dan baju Iman Tokma,Ain dan Sakinah yang beli. Baju saya? Dah sedia ada di rumah, saya tak ada baju baru tahun ni :( Tapi tak apa, itu permintaan saya pun ^^. Baju melayu tu beli dengan orang kemboja yang dah bermastautin dan memang membuat baju melayu. Jahitannya kemas, harganya berpatutan. Kami menjadi pelanggan nya hampir 15 tahun, sejak adik lelaki saya berumur 10 tahun lagi. Lepas ni beli baju abgfiz di sini jela. Sebab saiznya sesuai dengan abgfiz.


Gambar ni saya snap tika dua-dua duk main. Sedang saya mengemas baju di closet, Iman terjumpa tudungnya terus suruh saya pakaikan kepadanya dan kepada Muizz. Yang kelakarnya Muizz pun suka tapi sekejap je. Lepas tu dia buang. Iman.. adik awak lelaki laaa....

p.s : Tahun ni kami tak buat open house. Tak de mood raya, mood nak balik je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesan baby walker

Bismillahirahmanirahim


Pagi tadi sempat saya sembang dengan adik saya. Katanya pagi semalam dia ke fisioterapi di HUSM, ada kerja. Kebetulan waktu tu, ada kanak-kanak (linkungan 1 tahun ++) sedang menjalani fisioterapi untuk berjalan. Waktu tu, pelik adik saya tengok kaki kanak-kanak tu, dia jalan jongket (??) kalau loghat kelantan nya 'jinjing'.

Setelah adik saya membuat siasatan, fahamlah asbab kanak-kanak berjalan sebegitu.... Dia gunakan 'baby walker' tu untuk berjalan. Budak kan, suka nak 'explore' jadi, pada pendapat saya la... mungkin bayi pada awal bertatih di 'baby walker' mahu kakinya mencapai lantai. Kalau setiap hari dah amal macam tu, lama kelamaan kakinya tak boleh rapat di lantai.

Sebelum mereka ke fisioterapi untuk rawatan lanjutan. mereka pernah ke bomoh (??) -rawatan tradisional sebenarnya. Kata perawat tersebut, urat saraf di belakang kaki kanak-kanak tersebut dah tegang (teghik loghat kelantannya), tak ada ruang untuk urat tu memanjang dan fleksibel lagi.

Teringat pula saya ketika membaca artikel di DrMuna website oleh Ummusaif, rupanya 'baby walker' banyak keburukkan nya. Selanjutnya boleh kita sama-sama menilai dari artikel drmuna.

Berbanding dengan cara hidup membesarkan bayi di Malaysia, kedua-dua anak saya TIDAK mempunyai

1 - bantal bayi
2 - buaian bayi
3 - baby walker
4 - bedak bayi


Itu je kot, saya pun tak pasti sebab tak pernah bersalin dan tak pernah 'survey' barang bayi kat Malaysia ^^.
Dengan falsafah, 'guna jela apa yang ada' tu, kami besar anak-anak kami hingga kini >.< Tapi alhamdulillah saya bersyukur menimba pengalaman mengandung, bersalin dan besarkan anak di negara matsaleh ni. Banyak yang saya pelajari.

p.s: jangan mudah terpengaruh dengan alat-alat untuk bayi. Buat 'homework' sebelum membeli dan memakai..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

update

Bismillahirahmanirahim

Dah bersawang dah rumah saya ni. Huk... Rumah blogger lain pon tak sempat nak jenguk. Sihat ke semua? Sekarang jam 1026 malam, tadi konon nak meneman abgfiz buat keerja. Last-last saya yang lena.. Mata pun dah kuyu sangat dah ni..

Ramai pula nak tahu cerita Iman sekarang. Bukan saya tak punya masa untuk berblog, juga bukan sibuk sangat pun.. tapi kerusi meja komputer ni harus jauh dari meja. Kenapa? Sebabnya, Iman akan sibuk kan diri untuk naik dan berlepak-lepakan di atas meja komputer ni (apa punya ayat da.. belit-belit..). Silap haribulan, jatuh..

Malam hari pula, lepas je solat isyak automatik mata saya dah kuyu sangat. Mata dah kuyu bermakna bantal akan disorong tak lama lepas tu. Kadang tu, saya nak tidurkan Iman je pon.. Iman tak tidur, saya yang lena dulu. Haishhhh..
InsyaAllah ada masa dan rezeki, saya update kan satu-satu kisah anak perempuan saya, ada masa saya updatekan cerita ceriti kami disini. Sekarang dah mula musim luruh, sejuk nya awal pula tahun ni. Kat rumah pakai stokin je, malas pula nk buka heater - buka heater akan bertambah kering kulit kami anak beranak..
Till then... selamat malam..


p.s: sedar tak sedar, kandungan dah masuk 5 bulan dah. cepat betul masa berlalu kan???? huhuuuuuuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah, Iman dah sembuh & Spring '10 BBQ

Bismillahirahmanirahim



Update : Iman ;



Alhamdulillah, setelah hari Rabu, bintik-bintik dah berkurang. Appointment Iman dengan Doc pun saya cancel kan sebab bintik dah kurang, demam pun dah tak ada. Syukur sangat-sangat. Tapi selera Iman dah tak macam dulu, biasa dia makan nasi + baby food in jar (3 kali sehari), sekarang nasi pun sekali je. Tapi, sekurang-kurangnya dia makan..





Cubaan untuk berdiri tanpa bantuan. dalam 10 saat Iman berdiri bila umi dah nak snap gambar Iman, dah duduk dah.






Muka baru bangun tido. Cantik je rambut dia.


Update 2 : Happy mother's Day..


Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di pelusuk dunia. Semangat, ketabahan, kecekalan, kesabaran mengandung, melahirkan, mendidik para generasi tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Kasih sayangmu abadi. Dedikasi untuk mama dan mak. Sempena hari ibu semalam.. abgfiz bagi hadiah..


.

.

.

.


Tada.....



Set cuisine. wah kemain seronok saya semalam. Terima kasih daun keladi abg.


Update 3 :


Semalam seperti yang dijanjikan, konon untuk me'release tension' yang sememangnya tension, mereka (refer to para bapa dan bujang teruna) mengadakan BBQ (tatabahasa tunggang terbalik) di Holmes Lake. Menu semalam : ayam BBQ, satay dan kuah kacang, mihun goreng, lasagna, kek batik, salad buah. Selesai aja makan-makan, mereka (refer to para 'merelease tension') bermain bola tampar. Elok sangatla, makan banyak lepas tu main. Gambar main bola tampar saya tak ambil pun, sebabnya duk layan Iman yang telah kelalian matanya..



Para bapa dan bujang sedang membarakan arang dapur.




Wah, hebat perbincangannya tu. Dapur tak nyala ke ??





Pemandangan Holmes Lake.






Tukang bakar ter'famous'







Keluarga bahagia








Wah, sampai terbakar tu..










Cik Iman dan Cik Safiyyah



Sekian sudah update cerita terkini lagi sensasi.


p.s: Semakin hari semakin berkurang pula skill cerita ceriti saya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday to me~~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pencipta, syukur kerana masih sempat bernafas di muka bumiNya. Hari lahir saya jatuh pada cuti minggu lepas, sebenarnya saya lupa.. Lupa hari tu hari lahir, almaklum la bukan pelajar jadi susah betul nak ingat tarikh. Kadang tu asyik lupa je hari ni hari apa, kadang tu saya sangka hari Isnin rupanya dah hari Rabu. Aiseh.. belum tua lagi.. dah pelupa??

Hari lahir lepas, kami sambut awal beberapa jam. Kuhik..kuhik.. ni gara-gara abgfizla.. banyak betul surprise dia kali ni . Bagi saya, ucapan tanpa hadiah pun dah kira ok.. ingatan tu yang penting. Apa-apapun terima kasih segala-galanya buat suami tercinta. Semoga usia bertambah ni, bertambahla amal untuk mengejar akhirat, amiin..



Surprise betul hadiah, banyak pulak tu.. ni kompile untuk 3 tahun ke abg? kehkehkeh... apa-apapun paling best dapat bunga, saya memang tak suka bunga tapi abgfiz memang suka bagi..
Kembang bunga tu sampai sekarang..


Petang tadi, cuaca elok-elok je.. Saya tolak Iman dan stroller ke ofis abgfiz. Elok-elok je sampai Iman tertidur dalam strooller, agaknya sebab angin sepoi-sepoila kot. Dah sampai ofis abgfiz, seronok je Iman tengok ayah dia. Anak ayah sungguh~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itulah Iman~~

Bismillahirahmanirahim


Gaya duduk tersopan dan terkini.


Ummi menaip entry sambil main dengan Iman di atas comforter mainan Iman. Adui.. Nasib baik keyboard dan mouse wireless dan nasib baik pc ayah ni boleh zoom sampai lebih 400%, kalau tak susah ummi nak mengadap pc kalau Iman tak tidur. kalau ummi mengadap pc, mulala menangis, padahal ummi depan mata dia je pun. Lepas tu, mula merangkak bawah kerusi. Kalau umi letak atas riba umi sambil mengadap pc, mula nak mengamuk, agaknya tak suka umi mengadap pc. Huuu. Jadi susah betul umi nak balas komen kawan-kawan umi, susah umi nak blog walking. Huhuhu~~~


Inilah Iman, suka datang kat tempat umi bila umi mengadap pc.


Iman suka baca buku Dora The Explorer.. Buku lain Iman suka koyak dan tarik. Ekekek


Kalau Iman bunyi ayah buka pintu rumah (ayah dah balik..) mula la excited, yang tengah tidur jadi sedar dengan tiba-tiba. Kuat betul sensor Iman. Dah tu kalau ayah ke toilet ke, atau tak ada depan mata mula nak menangis walaupun umi ada sebelah dia.


Dah tu Iman cepat dari umi, kalau diletakkan di tempat mainan dia, umi ke dapur sebelah je, dalam beberapa saat dah tengok Iman entah ke mana-mana. Pandai je cari tempat nak main, tarik wayar la, main kat kaki kerusi la, bawah meja la. Adui... Pendek kata selalu kena tengok Iman kemana-mana.



Iman ikut hobi sama ayah, suka barang-barang berwayar.


Bila waktu umi sedang/tengah baca buku umi atau majalah mesti ada je duk di kaki umi. Nak baca sama la tu. Bila ajak baca sama, ditariknya buku, sudahnya koyak buku umi. Hush..

Bila Iman ngantuk, dilawannya mata tak mau tidur. Kadang-kadang umi tidur sama untuk bagi Iman tidur, sudahnya umi terlelap. Hehe.. bila sedar (sebab tak dengar suara Iman) tengok Iman dah tidur meniarap sambil baca buku, atau pegang toy atau pegang buku. Maaf ye Iman, umi memang cepat je tertidur. Kadang tu jam 8 malam dah lena, bila bangun menyusukan Iman, umi rasa dah pukul 3 pagi tapi tengok ayah masih mengadap buku. Tapi bila tengok jam handfon.. baru pukul 11 atau 12. Huhuhu.. lama umi tidur.


Hari Jumaat kami ke Oriental Market (Thailanese store), waktu nak bayar di kaunter, ada pekerja baru (kot..orang tua, tak pernah nampak sebelum ni dan tak pandai cakap English) dia duk sembang-sembang dengan juru kaunter (juru kaunter??). Lepas tu, dia tanya..

" My lady or my son?" sambil tangan tunjuk pada Iman.

Jawab saya, " Oh.. its girl.."

Dia sambil mengangguk dan tangan duk tunjuk pada abgfiz lepas tu Iman, serta tangan berisyarat pada muka, saya kata " Yes, she really like her father.."

Hehehe..lucu sungguh tapi kata abgfiz, sekurang-kurangnya dia nak bercakap walaupun tak pandai, tapi dia mencuba. Bagus.. Good job!!




P.s:// umi cuba untuk potong rambut Iman yang bersepah, dan waktu yang sama, Iman tak duk diam.. sudahnya sebelah rambut Iman macam Abu Bakar Elah.huhuhuhu Menyesal potong rambut dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abgfiz's Surprise Birthday Party

Bismillahirahmanirahim

Hari ini befday suami tercinta abgfiz...


All of my faults you overlooked

Or not seen

Thoughtful of my feeling

YOu have always been


When I'm down in the dumps

You always bring me back

With your magical touch

You know how to make me laugh


Thank you to standing behind me

In all that I do

I hope you're as happy with me

As I am with you


My deep love for you

Will remain and not grow old

Deep in my heart

Forever it will hold



Happy Birthday My Beloved










Semalam, saya pulun buat kek.. dah lama merancang nak buat kek hari lahir untuk abgfiz. Gobek-gobek resepi, jumpa red velvet cake. Kek ni terkenal di bahagian selatan - Lousiana etc etc. Bahan-bahan semua dah ada cuma tak ada buttermilk, duk fikir dalam kepala nak ganti dengan apa ya.. Gobek Mr Google, alhamdulillah jumpa resepi untuk buat buttermilk. Alhamdulillah jadi jugak kek ummi walaupun buruk bebenor hiasannya.



Kek siap pada tengahari, jam 2 abg balik makan.. Alhamdulillah dia tak pula buka peti ais. Dah tu nak buat kad pula..nak buat yg ada gambar love kami berdua -Iman dan ummi. telefonla Kak Jaja macam mana nak buat love-love tu. Ekeke.. terima kasih akak..nanti tanya tips macam mana nak surprise hadiah ye..



Jam 5 abg balik awal..adeihhh.. Ingat nak buat party malam, tapi apokan dayo..surprise bila abg buka peti ais ..Huhuhu.. Kira jadi jugakla surpise kan abg? Ekeke. Jadi instead of befday malam, kami buat awal petang sangat. Alhamdulillah jadi jugakla.. Hadiah?? Errrkkk.. hadiah nanti balaik Malaysia ya..




Selamat hari lahir abg, semoga kehidupan abg sentiasa di rahmati Allah seiring dengan pertambahan iman dan taqwa didada. Semoga abg sentiasa dipermudahkan di dalam semua urusan. Semoga dengan bertambahnya umur ini, makin didekatkan diri denganNya, kerana semakin bertambah umur, semakin dekat juga kita ke arah kubur. Doa Iza sentiasa mengiringi abg, dimana jua abg berada..





'Terima kasih segalanya.. '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyuman~~

Bismillahirahmanirahim..

Cuba perhatikan video di bawah.. suka sungguh saya melihat Iman tersengih-sengih.. sepet matanya, bulat pipinya, gelaknya mempersona.

Lina, lucu kan bila Iman gelak?? Ekekek..


Sila abaikan suara-suara yang comey lagi macho di dalam video tersebut.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gaya Tidur Terkini~~

Bismillahirahmanirahim



Yeay, Iman dah masuk 5 bulan.. Waaa dah besar anak ummi. Not little girl, but big girl kan. Dalam 5 bulan ni, banyak ummi perhatikan perubahan Iman, dah makin bijak dan pandai (ameeen). Pagi tadi visited nurse datang rumah, bila tanya dia tentang Iman yang suka main air lir ni.. katanya, normal pada usia baby 5-6 bulan. Sebab masa ni, air liur banyak dikeluarkan untuk persediaan lidah menerima makanan (solid food). OO.. baru umi faham. Umi cadang dan niat nak buat sendiri solid food Iman tapi disebabkan Iman akan dapat makanan percuma (dari program WIC-woman, infant and children), rasanya umi gunakan yang tu je la. Mungkin umi tak ambil yang dalam tin, atau tengokla macam mana, mungkin umi campur dengan bubur ke. Atau umi selang-selikan. Jumpa Paed Iman 6 month check up nanti, kita tengok macam mana.





Gambar ni ambil masa umi tengah masak tadi. Mula-mula Iman meragam, lepas nenen, umi letak Iman sebab nak sambung masak. Bila dengar Iman diam je, pelik umi. Tengok-tengok, dia duk leka dengan cermin di gym tu. Suka sangat tengok muka di cermin. Dah tu gelak sorang-sorang. Lepas tu, umi sambung masak.. bila tengok Iman balik..aik..dah tidur rupanya.. Sekarang ni, gaya tidur dia.. mengiring. Suka sangat tidur mengiring. Dulu, Iman tak boleh tidur kalau tanpa puting, sekarang Iman tak boleh tidur tanpa kain dan hisap jari. Puting pun suka hati dia nak buang.







Sedang menilik cermin.. comey ke Iman ni??




Comeynye Iman.. hiks






E.eeh tertidur rupanya..





Suka sangat hisap jari. Muka garang betul time tidur.


p.s: entah kenapa umi rindu saat Iman lahir, rindu nak peluk, rindu nak dengar Iman nangis, rindu semua.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman almost 5 month~

Bismillahirahmanirahim..



MakUda, Atuk, Cik Arr.. ni saat Iman good mood dan main sorang-sorang. Iman sekarang ni, dah pandai tengok kamera. Bila umi nak record apa yang Iman sedang buat, cepat pula dia perasan. Dah tu kalau tengok kamera, tangan tu cepat je nak ambil dari tangan umi. Dah tengok umi, terus senyum. Senyum tu sepet mata-mata Iman. Lucu sungguh!


Sekarang ni Iman dah pandai merengek-rengek. Kalau umi jauh sikit dari Iman, mulala bunyi suara dia. Kadang tu kalau tengok ayah pakai jaket je, mula nak menangis. Dia dah tau, ayah nak keluar. Kadang tu biarkan, pandai pula dia diam. Dah besar dah anak umi ni. Umi perasan Iman suka warna merah. Monkey toy yang ayah beli ada 3 ekor, salah satu warna merah. Lupa pula umi nak ambil gambar. YAng merah tu yang dia suka.


Kalau ke mana-mana Iman jadi pendiam. 2 hari lepas ke rumah Safiyyah. Seronok la Iman, Uncle Zie suka main dengan dia. Asyik duk tersengih nampak gusi je malam tu. Pandai pula dia main dengan uncle Zie. Kalau diangkat, mulala nak melompat. Hish. Iman dahla berat. Lenguh sungguh Untie Nadiah dan Uncle Zie duk dukung. Yang lawaknya, masa di rumah Safiyyah, Iman bunyikan suara, Safiyyah pun turut sama menjawab bunyian tu. Konon nak lawan la kot atau sedang berinteraksi. Pandai anak umi ni (ameeeennnn...)






p.s : Iman, jadi anak solehah ye. Doakan umi dan ayah sentiasa.. Uncle Zie dah nak balik, dah kurang orang nak main dengan Iman ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman

Bismillahirahmanirahimm

Untuk tatapan keluarga..saksikan Iman & smile... SEpet mata-mata duk senyum. SEronok tengok dia senyum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semua nak makan~

Bismillahirahmanirahim



Iman.. apa yang jumpa mesti nak kutip makan. Sekarang Iman dah pandai meniarap, dah meniarap tu pandai pulak mengesot (yeke perkataan ni? tak pasti pula bahasa melayu apa, tapi ni loghat kelate) . Dah mengesot tu, semua benda dia jumpa, semua nak masuk mulut. Kadang tu leka sikit je umi tengah masak ke, tengok-tengok Iman dah nak masuk bawah sofa. Hish Iman ni..


Dah tu suka sangat golek-golek badan. Kalau nak mandi ke, kena pastikan Iman tidur atau ada abgfiz nak tengok. Kalau tak, dia entah kemana, tak pasal-pasal jatuh dari katil. Iman.. iman..













p/s: gambar kurang cantik. blur.. Iman tak nak duk diam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan