RSS
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Secret garden, Oh~~ roti canai dan ....

Bismillahirahmanirahim

Yey~! Dah habis pun tengok cite Secret Garden. Mulanya.. si Hafizah choco yang promote drama ni, tapi saya tak teruja pun nak tengok. Tak lama lepas tu, rumet dia aka 'adik angkat' saya si Hasanah pun duk suruh-suruh tengok juga. Lepas je drama Mary Me, rasa bosanbosan, saya layan juga drama ni...

Best ke tak????????????? Tersangat best!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kepada sesiapa tengah-tengah free, sila layan drama ni. Agak fantasy tapi romantik komedi masih ada. Tang kelakar, sakit perut melayan tapi tang sedih tu menangis mendayu-dayu pun ada. Pelakon dia? Saya memang tak kenal, tapi dah tengok drama ni kenala kenal *hah..tak ada keje* Tapi seriusly, drama ni best selepas Autumn in My heart dan You're beautiful. Total episod hingga 20 episod.. saya nak habiskan 20 episod tu mengambil masa 2 minggu. Kalau dulu, *masa Iman belum ada*... saya mungkin boleh amik masa 2-3 hari je. Hahhaha....












**************************


Berikutan dengan entry mengidam roti canai hari tu.. berusaha saya memujuk abgfiz belikan segala perkakasan makanan untuk roti canai tu. Ala.. minta belikan susu pekat je pun. Ehe~~~ Dan dengan menggunakan belakang pizza pan tu,



saya buat roti canai dan hasilnya...................














tada.......




Roti canai~! Yang lincoln punya, bukan mamak punya...




Dah buat roti ni, rupa-rupanya takla susah mana. Lebih senang dari buat roti pizza, lebih mudah dari buat roti biasa. Bahan-bahan pun tak susah, cumanya tang nak menebar tu tak ada skill. Macam mana saya tebar?? Saya tarik-tarik je doh tu.. dah lebar saya masukan telur. telur pun bukan sebiji-sebiji saya masuk.. Saya pukul dulu telur tu dalam mangkuk, lepas tu saya renjis dengan gunakan garfu. Sebab tu roti telur kami yang berjumlah 5-6 biji tu saya hanya gunakan 2 biji telur sahaja~! Jimat tak? Eheee...



Saya dapat pembantu import dari kedai nasi kandar. Tapi sekejap je dia bantu sebab nya pembantu cilik saya lagi nak bantu..




Penuh gaya menebar~





Hah.. macam nila pembantu cilik saya setiap kali saya di dapur. Sama ada dia tolak saya dari dekat dengan dapur/meja, ataupon di peluk erat-erat kaki saya tika saya masak sambil menangis. Adoiiii... apakan daya, sayalah kesayangan dia!



Roti canai lincoln.




Close up : saya gunakan 3 cawan tepung gandum. Hasilnya.. berbelas keping roti canai~! Kenyang betul malam tu! Resepi saya ambil di sini..


***************************
Hari tu saya ada mention nak buka bisnes kan? Semua pakat duk tanya bisnes apa... Bisnesnya>>>.



Yes, body shaper, slimming apparel dari SPANX. Sejujurnya, saya belum pernah pakai dan akan memakai lepas pantang nanti. Namun, pengguna-pengguna di US dan Malaysia memberikan feedback yang sangat positif. Jangan tak tahu, celebriti US pun pakai! Harganya takla semahal beautiful yang mencecah beribu-ribu, bagi saya masih mampu untuk beli dan pakai. Saya baca entry LadyVerde dan sini yang pakai Spanx ni, dan segala-galanya positif. Cuma leceh sikitla....tapi, nak seribu daya, tak nak tak payah berdalihla kan??









Saya dapat ilham dari Kakjaja setelah mengunjungi rumahnya Nov lepas. For more information, boleh rujuk http://www.spanx.com/home/index.jsp
Sekarang ni, saya minta mak mertua saya cuba dahulu produk ni. Yang pastinya, SPANX memang dari US. DI malaysia, tak jumpa lagi. Kalau berminat nak mencuba, boleh email di nurzza@gmail.com.
p.s: tak sabar menanti kehadiran adik Iman~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

momusu

Entry hiburan semata-mata~~
saya mula meminati kumpulan Morning Musume dari Jepun ni bila mana adik saya duk tunjuk video klip lagu diorg.. masa tu tahun 2006 (masih di USM). Lepas tu keje nye duk gila kat lagu-lagu diorang jela.. Yang pasti, lagu lagu mereka sangat happy ...








Bila datang sini, saya kumpul dan download semua single lagu momusu hingga ke concert, even concert tu dah berzaman~ *tak de kejeeee*

Dah mengandung saya stop tengok benda-benda macam ni. Kata orang, pregnant kena jaga .. mata, mulut, semua...

Kebetulan pula, ahli momusu ada yang graduation, ada yang keluar atau yang terpaksa keluar (sebab kes disiplin). Jadinya, minat saya makin menurun dek orang-orang yang best telah tiada...

Daripada 20 ahli yang saya sangat suka.. kini tinggallah 5 ahli yang terkini dan hanya 4 daripadanya, generasi yang saya suka. Yang lain nya..suara tak sedap, pastu tak pandai menari. Kuikui...


Ahli pertama tika debut single 'Morning coffee' pada tahun 1997. dah lama daaaaa...






Hah.. yang ni generasi paling saya suka..sebab semua suara dan lagu sedap!






Yang ni last saya duk minat sebabnya.... yossie (4 dari kiri) dah graduation..





Inilah yang tinggal sekarang..

Dah nak masuk anak dua ni.... dah lama tak tahu cerita ceriti tentang mereka.. Lagu pun dah lama tak dengar~~

p.s: sudah sudahlaaaa...dah jadi mak orang dah pun..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan