RSS
Showing posts with label Lincoln. Show all posts
Showing posts with label Lincoln. Show all posts

3rd Birthday Party

Bismillahirahmanirahim

(entry permintaan adik saya)

Bukanlaaa party sangat pun, saja saya nak raikan befday anak dara saya. Awalnya langsung tak nak jemput orang, nak sambut dengan keluarga je. Tapi saya fikir, tahun ni dan kali ni kali terakhir Iman sambut dengan kakak-kakak kat sini. Jadi saya jemput semua anak dara dan keluarga Irfan je memandangkan Iman agak rapat dengan Irfan.










Kek ni saya buat German Chocolate Cake. Tengah tu buttercream chocolate frosting dan atas tu french frosting. Kelakar. Saya Tak pandai nak menghias lawo-lawo. Setakat untuk ada warna warni dan Iman suka sudaaaaa ;p. Iya, warna banyak purple dan pink sebab tu warna kegemaran dia. Kalau bagi hadiah/baju/buku, Iman pilih warna purple dan pink dulu..


Kebetulan hari lahir Iman jatuh pada hari konvokesyen Irfan dan Fatin. Alang-alang jemput, saya buatkan kek karamel pelangi. Saya buat kek ni pun sebab saya tahu fatin teringin nak makan. Sebelum ni pernah dia datang rumah saya dan tolong saya buat kek ni. Tapi keputusan tak memberansangkan. Kek tak jadi dan tak cantik.huhu. Lilin tu dari lilin kek Iman. PErmintaan Fatin, dia nak lilin atas kek graduation dia juga...




Kami menghadiahkan Iman basikal. Dah lama Iman nak basikal sebenarnya .. tapi saya asyik 'hold' dulu. Tapi saya janji kalau Iman penuhkan 'stickers potty training', ayah akan belikan basikal. Alhamdulillah, dalam 2 minggu je Iman dah boleh penuhkan stickers. 





Menu malam tu, juga menu buka puasa kami, saya masakan laksa johor dan abgfiz masakan nasi beriani dan gulai kambing. Haaa jangan tak tahu gulai abgfiz tersangatlah sedap! Potato salad tu saya buat last minute. Dengan pertolongan Hidayah (dari Iowa City) dan Fatin.


Antara tetamu kami. 

p.s: Tak ghajin nak cerita banyak .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan ini dan Syawal besok

Bismillahirahmanirahim


Entah kenapa saya merasakan agak sedih apabila memikirkan Ramadhan akan pergi beberapa jam lagi. Perasaaan gembira saya untuk menyambut Syawal kali ini sungguh tak terasa walau seinci. Masih mengharapkan Ramadhan kembali menyambung. Banyak benda saya dapat di bulan Ramadhan, banyak yang saya dan suami muhasabah kekurangan masing-masing. Murung. Sedih. Itu jualah perasaan suami  Walau apapun, mustahil jika Ramadhan mengganti Syawal. Namun, saya berdoa dipanjangkan usia kami agar sempat dengan Ramadhan akan datang.

Kesempatan ini, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf jika selama ini, penulisan kami pernah membuatkan sesetengah pihak terasa hati, berkecil hati, ampunkan kami jika bahsa kami kasar, kami silap dalam berkata-kata, kami pernah mengguris hati dan perasaan, mohon ampun dan maaf. Kami insan biasa mempunyai banyak kelemahan.

InsyaAllah ini kali terakhir kami menyambut Ramadhan dan Syawal di Lincoln, insyaAllah kami berharap akan bertemu lagi di Malaysia nanti.Allahumaameeen. 


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Ikhlas

Hafiz, Izza, Iman dan Muizz
Lincoln, Ne
August 2012
Ramadhan 29, 1433


p.s: melihat iklan Hari Raya tajaan BERNAS, teresak-esak saya menangis, terus merasa syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Setiap kali saya teringat mereka mandi di surau dan memegang batu nisan, setiap kali itulah air mata saya bercucuran.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan Kareem

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, kami di sini mula berpuasa hari ini (Jumaat : Julai 20, 2012).

Semoga sama-sama kita baiki diri dari segala segi, rohani dan jasmani. Moga kita sama-sama mendapat kerahmatan , keampunan dan dijauhkan diri dari neraka.

P/s: terlalu merindui saat ini bersama ahli keluarga. Semoga dipanjangkan umur, bertemu ramadhan akan datang bersama ahli keluarga di Malaysia. Amenn


SALAM RAMADHAN KAREEM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebakaran di Ames, Iowa

Bismillahirahmanirahim

Tengahari semalam sedang saya melayari twitter, terkejut dengan berita Hanisah dan Syafiqah dari Iowa City, Iowa duk bercerita pasal kebakaran.




Saya yang sememangnya dah tinggalkan facebook memang langsung tak tahu menahu jika tak baca twitter dari adik-adik ni. Tapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Terkejut dan saya terfikir jika saya dan keluarga ditimpa kemalangan sedemikian rupa. Entah macam mana kami nanti. Kata Hanisah lagi, ada antara kawan mereka sempat selamatkan handphone dan dompet je. Saya sini kalau nk fikir, kena selamatkan anak-anak, beg duit, dan komputer. Komputer tu penting sebab segala bahan-bahan belajar dan bahan research abgfiz ada simpan di situ.

Berita selanjutnya di sini.

Petang semalam saya melayari instagram, Imran Hanafi juga adik undrgrad di Ames postkan gambar sumbangan derma. Tak dapat saya bayangkan perasaan adik-adik yang menjadi mangsa.



                                                         sumbangan derma   : MISG

p.s : semoga Allah merahmati usaha kita. Rezeki yang kita dapat dan bahagikan untuk yang lebih memerlukan, insyaAllah Allah tambahkan lagi rezeki kita.

p.s : semoga adikadik tabah menerima ujian, tambah-tambah tinggal 2-3 hari sebelum tibanya Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ais kacang di Lincoln

Bismillahirahmanirahim

Alkisah, kami ke rumah Chong (malaysian chinese) yang dah lama tinggal disini. Agaknya dah jadi warganegara kot. Kami dijemput 'gathering' hanya untuk keluarga je. Jamuan ni potluck, memandangkan kami berapa kerat je keluarga disini, sikit jela makanan. Saya bawa roti jala dan kuzi ayam. Pencuci mulut saya bawa puding kastad ros.

Hanya kami sekeluarga dan Roz sekeluarga. Roz bawakan mihun goreng, menu Chong pula nasi puteh dan kari ikan halibut, ayam bercili, dan totilas berinti ayam. Saya makan mihun goreng Roz, nasi dan kari ikan je. Tak berani makan ayam, pastilah tak halal.

Untuk pencuci mulut, tiba-tiba Chong bawa keluar 'ice shaver'... Rupanya dia nak buat ais kacang. Wahhhhhh lamaaa saya tak makan. Berbanding ais krim kat sini, saya lebih suka ais kacang. Ais krim kat sini kalau di dairy store tu kadang ada ais krim 'maple bacon'. Iya, memang tak makan yang tu tapi scope dia guna tu sama. Kalau tak sama pun masih dia letak scope dalam bekas yang sama dengan scope dia gunakan untuk ais krim tu. Tambah pula sangsi saya dengan bahan kandungan ais krim. Memang dah lama sangat saya tak makan ais krim. Kali ni memang saya tak lepas peluang la...


Nikmatnyaaa dapat merasa ais kacang. Inti nya (inti???) agar-agar hitam, peanut, jagung, red bean, susu pekat dan sirap merah. Waaaaa memang best!!!!


P/s: saya guna kan ipod je. Image tu saya safari je. Huhu.. Saya tak edit pun. Tapi ice shaver tu seakan Chong punya!

P/s: aaaaaaa nikmatnyaaa ;)))))






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akan dikenang

Bismillahirahmanirahim

Pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun kami berada di kampung aman, Lincoln. Sedih apabila memikirkan kami akan pulang ke Malaysia dan mungkin tak akan datang lagi....

Ingat lagi pada waktu itu, kata abgfiz dia akan lanjutkan pengajian di peringkat PhD di Nebraska. Waktu itu saya fikir..

'ada ke tempat nama nebaraska (waktu tu saya tak tengok dan stadi peta US,main sebut je neBAraska)?'

Waktu mula sampai.... saya seronok sangat , seronok sehingga saya tak dapat lelapkan mata walau sekelip. Lain yang saya bayangkan.. Saya membayangkan bandar Lincoln penuh dengan bangunan, tapi sebaliknya... Lincoln ni penuh dengan ladang-ladang, penuh dengan pokok. Bangunan paling tinggi pun berapa tingkat je. Itu pun di downtown.

Hari ke 6, 7 saya berbasikal bersama abgfiz dan SUhaizi sekitar Lincoln. Suhaizi kenalkan kedai Thailand (oriental) dan kedai vietnam (little saigon) dan kedai India. Waktu tu musim panas, tapi saya dan abgfiz masih memakai baju 3 helai. Penduduk Lincoln waktu itu hanya memakai pakaian sukan versi US (seluar dalam dan baju dalam) tika berbasikal dan ber'jogging'. Semua memandang kami berdua dengan penuh pelik.

Sepanjang saya berbasikal, saya rasa tenang.. Jumpa arnab liar, jumpa tupai jinak, rumah-rumah yang sangat bersih, taman-taman permainan atau taman rekriasi yang sanagt bersih, satu sampah pun tak jumpa. 'Traffic light' pun langsung tak sesak seperti di Malaysia. Damai. Aman. Saya gembira.

Lalui kehidupan di Lincoln, pengalaman paling saya tak dapat lupakan. Kalau nak tulsi di blog ni, maunya 3 hari 3 malam tak habis. Yang pasti saya sangat bersyukur kami menimba pengalaman di sini.


Ini tempat yang saya sentiasa bawa anak-anak dan tika saya tension . Saya akan kenang sampai bila-bila.

p.s : terasa sedih amat apabila teringatkan nak pulang. Meang kalau kira 6 bulan lagi tapi masa cepat sanagt berlalu sekarang ni..

p.s: Yatie chomeyl , entry baru tu memang sangat betul. Oghe suko sangat baco. tapi gak bakpola jjadi ko malah nok komen. wakakakak. ;p


NURUL IZZA
68503, LINCOLN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan