RSS
Showing posts with label kelahiran. Show all posts
Showing posts with label kelahiran. Show all posts

Tempoh setelah bersalin *_*

Bismillahirahmanirahim

Entry ni sangatlah basi... asalnya saya sangat malas dan langsung tak nak buat entry ni tapi disebabkan keluarga nak tahu, terpaksa saya bikin. Aigo~~ Entah kenapa malam ni saya tak mengantuk, biasanya lepas maghrib tu saya dah lena dah, lena sebenarnya nak tidurkan Iman.. Alih-alih saya yang tidur dulu. Hahaha.. Bangun solat isyak kol 1 atau 2 ~ kebetulan bangun menyusukan Muizz. Nak buat macam mana, isyak masuk kol 10 lebih, saya mesti terlena dulu. 

Waktu pantang kali ni Kakjaja dan Abgfazli yang saya dah anggap macam kakak dan abang sendiri datang rumah saya jadi mak bidan! Yang ni memang saya tak boleh lupa.. sanggupla dia datang ke sini semata-mata nak jaga saya. Tak terucap ucapan terima kasih kami pada Kakjaja dan keluarga. Mereka datang pada hari ke 4 selepas bersalin dan bermalam disini selama 3 hari 3 malam. Tak tahan tu, kakjaja datang bawa macam-macam makanan : kueh kaswi, puding roti, kueh bakar (bengkang kan..?) , daging masak hitam yang sangat rumit nak membuatnya, apa lagi ye..? Saya sendiri tak tahu banyak mana dia bawa makanan sebabnya, saya hanya duk dalam bilik waktu mereka sampai tu.. Sempat pulak dia masak, padahal sehari sebelum tu mereka memang sibuk : ada program.

Kebetulan waktu Kakjaja datang tu, adik-adik undergrad pun datang bertandang rumah kami. Jadi malam tu memang ramai walaupun tak semua. Yang pasti, saya tak keluar pun dari bilik, kakjaja je masuk bilik bersembang.. Saya keluar lewat-lewat, tika dah ramai balik baru saya keluar. Tu pun sebab nak jenguk anak-anak dia. Dipendekkan cerita, malam tu juga sakan Iman main, maklumlah jumpa kawan baru. Main sampai tak ingat dunia, tidur pun tak nak. Suka betul dia berkejar-kejaran dengan Aiman dan Syahmi.

Selama tiga hari tiga malam tu, Kak jaja la jadi tukang tuku, tukang masak, tukang segalanya. Macam mak pun ada, banyak benor pantang larangnya. Manala saya nak tahu pantang sebenar sebab masa pantang Iman dulu, saya main suka hati je. Mana yang mama cakap boleh, saya buat mana tak boleh saya tak buat. Gitu la...




Iman dan Syahmi, suka sangat main dalam tu..


Surprise birthday party :

Kebetulan hari lahir saya jatuh dekat dekat dengan lahir Muizz, kakjaja dan keluarga serta abgfiz  plan nak bagi kejutan pada saya. Sungguh saya tak sangka langsung dan menjadi sungguh kejutan tu. Petang Rabu, semua keluar konon nak beli barang dapur kecuali saya, Muizz, Sarah dan AIman je. Petang tu juga saya tiba-tiba sakit bahagian rahim. Sakitnya mencucuk-cucuk, angin agaknya. Entah apala yang saya makan duk berangin.. ke saya makan lewat pun tak pasti. Maghrib tu, ramai pulak adik-adik datang, sangka saya sebab nak jumpa kakjaja.. 

Dalam saya duk sakit-sakit tu, abgfiz paksa juga saya keluar bilik katanya adik-adik nak jumpa.. Pelik sangat saya waktu tu, selalunya kalau saya sakit ke, abgfiz bagi priority pada saya tapi entah kenapa malam tu paksa-paksa pula saya keluar dari bilik. Lama jugakla nak tunggu saya keluar tu, sejam adik-adik sampai saya baru keluar kot.. entahnya. Dah keluar saya ke meja makan, terus adik-adik n semua yang ada dok jerit 'hepi befday..surprise..' konon surprise.. memang jadi pun surprise tu. Masa tu sungguh saya nak menangis~~! Terharu biru, terkedu, terkejut semua adala.. Patutla, Aiaman dan Sarah duk tanya ..'untie, befday untie bila?'

Sekitar waktu makan~ saya keluar dari bilik tu.. makanan dah habis ~ Maksudnya... dah lama sangatla tu duk tunggu saya nak keluar.




Kek birthday ni abgfazli dan kajaja yang sponsor.

Sengaja saya blurkan gambar yang kat atas , tak nak bagi jelas.. Malu saya waktu ni~~


Iman.. 


Berpantang :


Hospital bagi saya deliver kit. Dalam tu macam-macam ada.. pad, seluar, squeeze bottle. Tambahan, pihak hospital bagi spray (untuk bengkak tempat jahitan).

Waktu Iman dulu, saya dapat banyak lagi. Selain spray ni, saya dapat sitz bath, oitment dan pad (untuk hemorrhoid). Mungkin waktu lahirkan Iman, luka dan bengkak agak teruk. Saya kena 12 jahitan! Waktu Muizz ni, saya kena separuh dari tu je.






oitment dan pad. source: google jee



Barut pulak saya gunakan barut HPA, ump..baunya bau herba. Saya rasa tak efektif kot, sebab kata mama barut yang bagus adalah buatan sendiri dan panjang (dari bahagian dada sehingga ke paha..) . tapi yang ni mama yang poskan, saya tak minta sebab waktu lahirkan Iman mama dah poskan barut biasa. Alang-alang dah pos, saya guna jela. Saya guna bersama barut yang mama poskan waktu lahir Iman dulu. Dua skali pakai. Haha.. =)) Waktu kajaja ada, diala yang tolong pakaikan. Tapi selepas dia balik, saya pakai sendiri dalam keadaan baring.





Set bersalin pula saya gunakan set HPA. Sebetulnya saya dah guna set mengandung dan bersalin Salindah tapi memandangkan mama poskan set HPA (pun saya tak minta) saya gunakan HPA. Kata orang Salindah bagus uuntuk mengandung dan bersalin. Tapi bagi saya, masing masing terpulang pada diri dan badan masing-masing. Saya tak taksub sangat pada benda-benda macam ni. Pun lagi, mama tak benarkan saya makan dan guna produk Salindah, ada kes kawan mama amalkan Salindah dan ditakdirkan anaknya meninggal dalam kandungan.Haa.. saya tak pasti meninggal sebab Salindah ke atau sebab lain. Tapi sebab dah beli saya tawakal je.

Saya lebih suka makan herba berbanding ubat biasa. Alhamdulillah set HPA ni serasi dengan saya, tak efek pada Muizz. Paling best, ubatnya makan sikit-sikit.. Paling saya suka, teh herba.. memang bagus dan sedap.


Barut yang mama poskan waktu bersalin Iman dulu.



Yang ni pula daun herba yang mama poskan untuk mandian.. Rebus dan minum seteguk, baru mandi.  Punya saya jimat, saya pakai sikit-sikit je.. kakjaja pulak cadangkan say guna sebungkus tapi rebus banyak kali sehingga hilang bau herba tu..Segar betul badan lepas mandi dengan herba-herba tu..


Yang ni pula tuku, batu ni saya amik tika saya ke Wyoming summer lepas. nak cari batu bulat, tak jumpa saya ambik mana yang ada je.


 Menu pantang :

Nasi putih, sup sayur (sawi, karot tauhu) + ayam + daging masak hitam + ikan bilis goreng. Minggu ke tiga saya start ayam bakar / daging bakar. Buah-buah saya makan, air saya minum susu dan air masak je. Waktu di hospital, nurse suh saya makan telur, tapi saya risau. Kata mama, tryla mana tau telur tu ok.. Jadi saya makan sikit, alhamdulillah ok tak effect apa-apa. Semua bergantung pada diri masing-masing kot. Ayam pun mama kata jangan lagi takut gatal, tapi cuba..kalau tak gatal.. makanya boleh dimakan. Saya cuba dan alhamdulillah... tak gatal ke apa ke.

Pernah saya bersembang pasal menu pantang dengan kawan yang berada di Jepun. Katanya di Jepun menu sangat meyihatkan... sayur dan buah wajib di makan, makanan yang dimasak lebih kepada rebus dan stim. Katanya, dia tak faham kenapa menu pantang orang-orang tua dahulu tak boleh makan sayur, air masak tak boleh minum, hanya nasi puteh dan ikan kering/ikan goreng. Padahal sewaktu bersalin kan darah dah banyak keluar, sepatutnya kita kena makan makanan yang seimbang, ada vitamin dan khasiat. Sejujurnya, saya tak tahu pantang tradisional (menu) macam mana. Jadi nak berbahas tak boleh sebab fakta tak banyak. jadi saya mengiakan dan diam sahaj. EhE~~

Agenda saya tika kakjaja jadi mak bidan saya :

Pagi : Bangun pagi, mandi dengan mandian herba. lepas mandi, kakjaja tuku dan urut satu badan. dia juga yang pakaikan barut. Sarapan, nasi panas + sup sayur + daging masak hitam tu + ikan bilis goreng halia (saya gorengkan awal awal sebelum bersalin).

Tengahari dan malam : menu yang sama.

Minggu ke 3 : Walaupun saya dah kuat, abgfiz masih jadi tukang masak kami. Saya hanya uruskan Muizz. Kali ni saya amik part uruskan Muizz dan abgfiz uruskan Iman. Sepanjang saya pantang ni, tak sangka abgfiz jadi tukang masak.. Sedap masakan dia.. Sungguh~~!

Balik je kakjaja ke Ames, terus saya terpaksa masuk wad - jaundice Muizz tinggi... Yang tu saya ceritakan lain kali. Hahaha..



Racun penawar saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 hari 2 malam

bismillahirahmanirahim

Bersalin kali ni rasa sayu je nak tinggalkan hospital, sebab hati saya kuat mengatakan yang kami tak kan kembali ke Saint elizabeth ni lagi (kecuali ada kecemasan la... *_*). Jadi entry kali ni saya buat kenang-kenangan saya sekembali ke Malaysia nanti T_T (sebelum ingatan saya terhapus..hikss)

Sabtu, Mac 12 2011 ; Hari pertama :

- Bangun lewat betul saya hari ni, rasa penat teramat!

Primary nurse : Jenny
Setelah diberi ubat (hydrocodone dan ibuprofen), Jenny duk tekan2 perut.. huh huh sakit~!! Lepas tu, sambung tido.. kejenye tido tido je. Haha. Jenny akan datang every 4-8 jam. Bagi ubat, cek perut dan darah dan jahitan. Lepas lunch baru saya mandi. Huk huk...

Menu breakfast :

Banana
Granola bar
Cranberry Juice
Scramble egg + mushroom (utk abgfiz)
pancake with maple syrup
blueberry muffin
Honey
2% milk

Makanan pulak, dah diletak menu dalam bilik. Hanya amik telefon dan call untuk order. Sedap makanan spital ni.. Fuh~~! terliur plak..Gulp!!

Menu lunch :

Cream of tomato soup + crackers (yang ni 1st time makan dan terus jatuh hati..sedap betul makan dengan crackers.)
orange
vegetable lasagna
mashed potato (Iman punya)
apple pie
cranberry juice

Jam 3 petang (lebih kurang), Zaki/KakNadiah datang melawat. Lepas tu adik-adik perempuan bawa nasi goreng dan ikan pekasam goreng. Berpicnic la mereka + abgfiz n Iman di wad kami. Lebih kurang dekat jam 5, Syafiq pulak bawa adik-adik bujang melawat kami dan.. bawa spageti + vegetable sauce (?) untuk kami. Tapi semuanya abgfiz makan.. tak berani pulak saya nak makan >_<

Jam 5 petang lebih kurang, nurse datang ambil Muizz untuk disunatkan. Kat sini biasa bayi lelaki digalakkan sunat. Tapi terpulang kepada ibu bapa juga, ada yang tak nak, ada yang nak. Kami buat keputusan : nak sunatkan Muizz lepas lahir. Kata orang, senang heal dan senang nak dijaga. Tapi betul... hanya 5-7 hari dah sembuh dah. Dr tak bagi ubat, hanya letak vaselin kt pampers untuk kurangkan geseran. Cumanya, awal-awal tu  Muizz fussy sikit, agaknya sakit dan pedih tika kencing. (agaknya laaa)

Menu dinner :

Orange
vegetable broth + crackers. (vegetable broth ni langsung tak sedap. masin!!)
potato chips (untuk Iman)
Fish sandwish
Apple pie
Juice

Malam kedua Muizz ni, dia asyik merengek je. Kesudahannya, saya call nursery. dapatla kami lena 5-6 jam =))

Ahad, Mac 13 2011 : Hari kedua dan terakhir ;

Primary nurse : Jenny lagi. (waktu bersalinkan Iman dulu pun, selalu je dia jadi primary nurse kami)

Breakfast (sebab hari terakhir, saya order banyak untuk breakfast dan lunch)

Orange
Oatmeal (ni betul betul sedap kalau makan dengan maple syrup)
Cranberry juice
Scramble eggs + mushroom
French toast + maple syrup
Cinnamon bun
Herbal tea (untuk abgfiz)
2% milk

Jam 11, Dr datang melawat Muizz, Julie datang melawat saya (lebih kepada cek jahitan dan darah je pun). Kami buat keputusan nak pulang jam 3 ptg. Banyak benda kena uruskan.

Lactation datang juga, sebab saya duk ngadu kt Jenny nipple saya bleeding. Lagi..!! Saya duk ingatkan bila dah bersalin anak kedua ni, nipple ok dah tapi tak jugak.. Kata nurse, every pregnancy and baby, different experience of breastfeeding. Tak semestinya kita berjaya menyusu anak pertama, anak kedua kita berjaya. Muizz pulak, mulut dia kecik dan tak berapa nak pandai latching. Iman dulu, pandai latch dan bila bau je susu terus mulut tu buka luas-luas. Sudahnya, nipple saya crack dan bleed lagi. Huhu~~ Saya diberi tripple nipple cream. kalau kat farmasi, mahal sangat. Huhuhu~~ Walaupun saya gunakan lanolin medela tu, tapi tripple nipple cream juga yang menjadi.

Lunch :

Cream of tomato soup + crackers
srcramble eggs + mushroom
potato salad (untuk Iman)
baked cod + lemon sauce
apple pie
chocolate cake
red velvet cake.

Yang kek tu memang sedap sangat!! tak sanggup makan, saya bawa balik. konon nak simpan untuk makan esok-esoknya. Hahahha..






 bilik kami : dah nak balik baru sempat ambil gambar. kali ni dapat katil queen size, sebab sewaktu nurse telefon saya sebelum bersalin hari tu, saya bagitau yang abgfiz akan stay bersama.


 Sempat lagi bergambar dengan Julie : midwife saya. Baiknya.. tersangat!


 Ni remote segalanya di bilik ni. Nak panggil nurse, nak pasang tv. Tapi yang nila Iman suka picit-picit.. sabar jela...


 Tengok ni.. sayang kat adik sampai nak panjat naik : nak sentuh dan cium adik.



 Menu wad bersalin. Menu wad lain, lain pulak..


 Sempatla saya snap menu sebelum balik hari tu..


 Dengan Jenny. baik pulak Iman dengan Jenny. Mana taknya, peramah terlebih.. setiap kali nurse datang setiap kali tula dia tukang sibuk, tukang bersembang walhal 2 patah je yang nurse paham : 'hi' dan 'bye, see you'. Selebihnya.. bahasa german Iman. =)


 Penyeri mood kami di hospital.


Bilik kami =))

p.s: sebak betul nak tinggalkan hospital. nurse baik, servis sangat bagus. sayang sangat nak tinggalkan hospital. Huhuhu .. Kata Jenny mungkin jumpa lagi, tapi saya cakap awal-awal.. insyaAllah kami balik tahun depan. Jadi memang tak kan jumpa dah (sebab Jenny kerja di wad bersalin.., nak bersalin untuk kali ketiga.. insyaAllah tunggu Iman sekolah dulu ;p)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rentetan sejarah adik Iman II

Bismillahirahmanirahim

sambungan part I

9 Mac :

Appointment dengan midwife, jumpa dengan Julie. Bincang-bincang dengan Julie, saya terpaksa induce. Induce lagi~~~ Kalau normal, biasanya boleh tunggu sampai minggu ke 43. Tapi disebabkan darah abnormal saya ni, terpaksa induce dan tak boleh lebih 41 minggu. Julie akan call hari ni (9mac~ wed) sama ada saya labor hari ni atau Jumaat.

Balik, terus saya buat karipap. Teringin sangat nak makan! Lauk tengahari tu pun saya masak ikan keli berlada. Fuh! sedap nyeeeee~~~ Tunggu punya tunggu Julie tak call pun, marah betul abgfiz sebab seharian dia menunggu. Katanya tak sabar dah nak sambut hero dia. Tapi saya pula duk doa hari Jumaat.. memang dari awal pregnant saya duk doa dan harap saya bersalin hari Jumaat.

Jam 1030 malam:

Dah lena baru bunyi telefon, dan yes!! saya dijangka bersalin hari Jumaat dan disuruh ke hospital jam 730 pagi. Malam tu pula, langsung tak boleh tidur sebabnya sakit kerap sangat. Tapi saya tahankan diri.. maklumlah kata nak bersalin hari Jumaat.


10 Mac:

Saya siapkan mana yang perlu, buat rencah yang perlu, kemas apa yang patut. Eeeh peliknya, langsung tak rasa sakit!

11 Mac :

730 pg : kami bertolak ke hospital tanpa sarapan. Iman je makan cereal.

900 pg :
Contraction kerap sangat tapi disebabkan sakit tu macam kat rumah je, saya biar je. IV drip masuk ke tangan saya, bersama antibiotik B strep (ya, saya + B strep) dan pitosin. dilation waktu ni baru 3 cm.

11 pg :
Nurse datang - pelik sebab contraction kerap tapi saya tak rasa sakit sangat. Jadi, dia tambahkan dos pitosin. Waktu ni, Iman punya tak duk diam.. Aigoo~~~ ke sana ke sini.. Tu tak pe lagi.. Tak tahan tu dia tarik laci, main tekan2 button nurse tu. (entah berapa kali nurse duk jawab.. agaknya bosan dah sebab asyik panggil nurse je) Abgfiz bagi sebiji pisang dan crackers je. Lapar juga tapi tak selera pula nk makan.

1 pm :
kebetulan Iman tidur.... sakit pun bertambah-tambah. Nasib baik Iman tidur, abgfiz tolong urutkan bahagian pinggang. Tapi beza dengan Iman, sakit ni takla sesakit Iman dulu.

2 pm:
Ish kali ni saya betul-betul tak tahan sakit tu, saya minta pain killer. Sempatla saya tidur sekejap walaupun sakit tu masih terasa. Haaaaaa... waktu ni adik-adik datang. Syukur sangat!!!! Syafiq bawa Raihan, Hasanah, Ain, Fatin. Kebetulan juga, Iman jaga.. Terus abgfiz minta Raihan bawa si Iman jalan-jalan sekitar hospital. Nasib baik sebabnya.. Iman dengan Raihan dan Hasanah sangat ada chemistry. Jadi, dia ikut je budak-budak ni bawa. Ain pulak... peneman saya. Tangan dia plak jadi mangsa.. Maafla adik-adik.. terpaksa susahkan korang =(

3 pm :
Nurse in charge : Brenda. Nurse yang paling lembut dan sangat polite menjaga saya. sangat!!!!

Julie pecahkan air ketuban, waktu ni dilate masih 3 cm. Ish tak faham saya kenapa saya punya dilation lambat sangat walaupun contraction selang 60 second je! Tapi tu kuasa Allah, kan... ada hikmah disebalik tu.. Saya duk doa je supaya sempatla saya bersalin sebelum masuk maghrib. Maghrib waktu tu 630 ptg. Doa sangat2...

Air ketuban kali ni tak sebanyak Iman dulu. Waktu bersalinkan Iman, air ketuban 3-4 kali keluar dengan kuantiti banyak! Kali ni sekali je keluar dengan banyak, lepas tu keluar dalam kuantiti sikit-sikit. Waktu sakit bersalin, saya pula muntah-muntah. Nasib baik keluar pisang je, sebab makan pisang je pagi tu. Waktu Iman dulu pun saya muntah-muntah tika sakit bersalin. Agaknya itu petanda saya nak bersalin, kot la...

Saya waktu ni sangat-sangat perlukan abgfiz.. sangat!!!!!!!!!!!!!!! Betapa pentingnya suami disisi ketika bersalin! Tapi kadang saya hairan, ada je suami tak temankan isteri waktu bersalin. Tak terasa apa2kah si suami tu? Sian si isteri mengandung dan perit bersalin. Abgfizla paling kesian, sat tengok Iman, sat kena duk sebelah saya. Abg, terima kasih segalanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak ternilai harga terima kasih tu. Moga Allah sentiasa memberkati abg, Iza sentiasa berdoa untuk abg ;)

5 pm :
Dilation saya dah ke angka 5-6 cm. Baru~~??? Saya sungguh-sungguh doa agar Allah cepatkan dan mudahkan saya. Tak sanggup dah merasa sakit dan tengok abgfiz, kesian sangat. Fikir Iman lagi.

530 pm:
Saya minta pain killer lagi... kali ni nurse yang in charge masih Brenda. Sanggup dia menunggu saya dengan sabar untuk cek dilation sebabnya waktu ni contraction selang beberapa saat je. Dan dilation saya waktu ni dah 7-8 cm.

6 pm :
Saya dah rasa nak push.. tapi abgfiz minta saya jangan push lagi. 5 min lepas tu saya di suruh push dan dalam masa 5 minit.. lahirlah Abdul Muizz, waktu Muizz keluar saya tengok jam tepat-tepat jam 0610 pm dan alhamdulillah hampir maghrib dan masih lagi hari Jumaat. Kali ni memang sekejap sangat saya push. Bagusnya, Julie (midwide yang oncall malam tu) ajar posisi dan push dengan betul. Waktu bersalinkan Iman, Nancy dulu tengok je saya push. Langsung tak ajar, langsung dibiarkan saya bersalin mengiring. Mungkin cara mengiring boleh kurangkan sakit, agaknyaaa la...

Waktu ni, Iman bersama kakak Raihan dan yang lain, berada di luar bilik bersalin. Julie dan nurse Brenda ke bilik sebelah sebab ada pesakit yang sedang menunggu untuk bersalin. Muizz belum pun dimandikan.

Lepas bersalin baru saya sedar, perut saya kosong dan lapar sangat! Nurse incharge setelah saya bersalin, nurse yang dah berumur tapi sangat lemah lembut. Dia selimutkan saya dengan warm blanket (memang warm pun.. best!!), dia bagi saya makan (menu : oren, roti, peach pie, jus buah, crackers dan sup sayur panas.. best!! tapi saya makan sup sayur je, yang lain adik-adik habiskan. Saya tak ada selera), dia bersihkan saya dari darah-darah, dia tolak saya ke wad dan dia peluk erat saya sebelum tinggalkan saya. Macam nenek saya! Sungguh..




 Bilik labor dan delivery. Kali ni saya dapat bilik yang besar.. jenguk tingkap, rupanya depan tasik...


Ain bersama nurse dari nursery : baru mandikan Muizz.

p.s: plasenta Muizz dihapuskan. tak dibenarkan bawa pulang, sempatla saya minta nak tenung kantung yang bungkus Muizz di dalam rahim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rentetan sejarah adik Iman

Bismillahirahmanirahim

Hari ni hari ke2 overdue adik Iman.Aigoo~ bila mau keluar sayang~~
Hari ni juga kali kedua saya ke hospital.Tapi kesudahannya balik rumah juga~
Sejarah bermula..

5 Mac, jam 5 ptg ;

perut dah mula sakit. tapi saya diamkan je. bila abgfiz balik, melampau-lampau sakitnya sampaikan saya dah tak boleh jalan! bila abgfiz ajak ke spital saya duk tangguh2.

Jam 9 mlm ;

sakit tak henti2.. adoi terpaksa sy dgr cakap abgfiz dan kami ke spital mlm tu. sebelum tu mmg saya call Jearlyn bagitau sakit dan dia minta ke spital dan kebetulan dia oncall mlm tu. sebetulnya saya memang nak Jearlyn yang deliver baby, sbb kebanyakan saya jumpa dia pregnant kali ni. waktu Iman dulu Karen yang selalu saya jumpa tapi Nancy yang deliver Iman.

sampai di spital, sakit dah kurang. monitor contraction dan baby: contraction dah kurang. disuruh balik! saya pun xnak duk situ, mmg nak balik rumah.

8 Mac, jam 12 tgh;

saya tiba- tiba sakit perut. agaknya angin..

jam 1 ptg;

abgfiz balik rumah dan perut saya melampau sakit dan memulas. 2 kali saya ke toilet cirit dan nak muntah. sakit tu disulami dgn contraction. menangis2 tahan sakit dan tak blh jln. abgfiz panik dan terus bawa saya ke spital. smpi spital, Iman tido dan saya tak leh jalan. terpaksa abgfiz usung saya guna kerusi roda smbil tolak Iman. sedih tgk dia, sbb mana tgn nk tolak sy mana tgn nk tolak stroler iman. last2 sy pegang iman dan abgfiz tolak kami smbil pegang stroler. entah kenapa saya duk menangis2 je, kesian Iman dan abgfiz, sshkn abgfiz pun ada.

masuk wad, nurse cakap sakit perut mgkn sbb diarhea tadi. contraction plak ada selang 15 min lepas tu xde. ada balik dalam 10 min.. tak regular lgsg! lastly kami kena balik juga..

sebelum tu nurse tanya nak induce ke tak. saya buat keputusan nak bincang dgn midwife dulu. kalau nk induce pun tgu seminggu lg la kot.

kata mama kalau kat malaysia.. dilate 2 cm dh msk wad dan diberi pitosin, yeke? kata mak plak paling lewat overdue 5 hr je. kat sini ada yg 43 mingu br diinduce. sy tak pasti sbb apa. macam mana ye pengalaman bersalin di malaysia? blh share dgn saya x?

p.s ; saya guna ipod. kalau salah eja maaf sgt! sgt seksa guna ipod utk menaip. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lama betul~~

Bismillahirahmanirahim



MasyaAllah, lama betul blog ni bersawang. Bukan tak ada masa, tapi entah.. sibuk barangkali. Ekeke..



Kak Fatonah, Iza dah tak mabuk-mabuk dah tapi nak mengadap pc dalam masa yang lama agak terhad. Tambah pula, Iman suka panjat meja pc ni, jadi kerusi memang sentiasa jauh dari meja.



Raya lepas, alhamdulillah walaupun jatuh pada hari Jumaat (yang paginya abgfiz ada 2 kelas dan 2 kelas petang) kami sempat beraya bersama-sama. Mana taknya, pagi raya tuh, suka hati dia je nak ponteng kelas. Walaupun dia memonteng tapi alhamdulillah, sempat bermaaf-maafan bersama setelah dia pulang dari solat aidilfitri.












Dah subuh dah, nanti kita sambung cite lagi ye.


p.s: Ayat terbelit-belit.hehe gomen ne~~


p.s: Tahniah buat adik ipar, Nor Hafizah kerana selamat melahirkan bayi lelaki tanggal 25 Sept bersamaan 16 Syawal lalu walaupun ada sedikit komplikasi. Get well soon, dan selamat berpantang~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Parti Hari Lahir Mariana ~ 10

Bismillahirahmanirahim



Seperti yang dijanjikan, tada.. Mariana's birthday party. Kami dijemput ketika meraikan Safiyyah's birthday party. Saya dan suami tidakla rapat dengan Antonio/Silvana ni. Kata abgfiz, Silvana datang sama je dengan abgfiz, summer 2008 tapi disebabkan ofis abgfiz terpisah oleh pelajar lain, jadi abgfiz tak kenal rapat dengan Silvana. Tapi disebabkan Zaki rapat dengan Silvana (bawah advisor yang sama), jadi, apa-apa jamuan dirumah Zaki/Nadiah kami akan bertemu mata.

Terharu apabila dijemput meraikan hari lahir anaknya, Mariana. Sebetulnya, mereka mengajak Iman. Kami menumpang je Iman ni. Ekeke. Jamuan dibuat di Chucke Cheese's Pizza - sebuah restoran Pizza yang mempunyai alat permainan. Macam-macam jenis permainan di sini, ada yang baling bola, tembak-tembak, ish tak pandai pula saya nak menghuraikan. Tapi semua permainan harus dimasukan token. Token pula ibarat mengganti syiling (yeke ayat ni??) Satu token 25 sen.

Pagi tu saya masak nasi lemak, dan tengahari tu, saya dan suami ke TjMax- beli hadiah untuk Mariana. Terfikir-fikir apa yang harus dibeli. Beli baju? Rasanya dah banyak kot.Ehe.. Nak beli mainan? Umur 10 tahun dah tak main kot. Kami buat keputusan beli je buku. Dah balik dr TjMax , pukul 1230. Kata abgfiz , tak payah masakla. Lagipun nasi lemak tadi kenyang lagi. Jam 2 kami bertolak ke sana, sampai sana pula..lapar la pula... Menyesal tak masak tadi. Mana tau dia hidangkan makanan heavy. (nampak sangat malasnya nak masak.eke)

Token-token banyak dihabiskan oleh abgfiz - abgfiz sememangnya suka main benda-benda macam ni. Saya tak berapa nak pandai main macam ni. Token perlu dimasukan supaya mesin tu berjalan dan bersadia untuk bergerak. (pandai-pandai je buat ayat..) Hanya 2-3 mesin je saya main pun. Tu pun mainan yang entah apa-apa. (cover diri..padahal memang tak berapa nak pandai main ekek)


Chucke Cheese's Pizza .pic: google



Token - seakan syiling tapi bukan syiling
pic: google


Para bapa mewakili anak-anak untuk bermain menghabiskan token.


Gambar paling bawah belah kanan tu, Silvana meminta berhenti sekejap untuk bermain dan meraikan parti. Parti ni, disambut juga bersama staff Chucke Cheese dan mascot Chucke. Bermula dengan menyanyi bersama-sama, memotong kek dan sessi makan. Menyeronokkan. Kalau jadi kanak-kanak kan seronok, main je.



Staff dan kanak-kanak sedang menyanyikan lagu..


Ada seorang anak kawan abgfiz ni (kebetulan satu kelas Statistik dengan abgfiz, satu department dengan Antonio (Agronomi -kalau tak silap)). Ish saya dah lupa namanya siapa. tapi yang pasti dari Iran. Seronok betul saya tengok anak lelaki dia, agaknya suka sangat dengan mascot Chucke ni, keluar je Chucke.. asyik menyentuh je. Sentuh hidung, mulut, tangan. Kalau orang nak bergambar dengan chucke pun dia nak masuk juga. Haish jatuh cinta agaknya.


Tengokla, asyik je dengan Chucke. Kami nak bergambar pon dia masuk juga :))





Mariana with her parents and birthday cake.





Staff dan kanak-kanak sedang meraikan birthday girl.




Happy birthday to you..lalal~~~





Nak jugak bergambar dengan mascot Ehe~~


Balik petang tu, jam 4- nak kejar solat asar. Bila saya buka peti ais, nak masak konon.. Kami menerima jemputan nakan nasi tomato oleh kaknadiah/zaki.. SHUkeeeeeee~~~ sebab tak payah masak. Agaknya kaknadiah kesian kot.Uhu~~ terharu. Lain kali buat lagi ya.. Sedap tu~~ Bujang Suhaizi dan Muzammil pun dijemput, tapi Hafiz Syafiq tertinggal pula, terlupa... Maaf ye piz. Tak pe Hafiz, kak Izza tolong makan ye. Nge~~~




BEshh..



p.s : another 8 days..untuk ganti puasa..yeah..chayok~~! Tak sedar dah 5 minggu puasa ganti. Legaaa~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman Bersalin

Gelang yang wajib dipakai ketika dalam hospital.. tak boleh hilang. setiap kali Iman dihantar ke bilik untuk menyusu, nurse akan pastikan nombor di pergelangan tangan sama.







Alhamdulillah setelah 2 minggu berpantang.. sebenarnya tak sampai 2 minggu hari ni hari ke 12-berpantang macam tak pantang.. macam mana tu? Kalau kat Malaysia pantangnye semua kena ikut..sini tak tahu nak ikut sebab tak berapa nak tahu pantang macam mana. Orang kat Mesia bertuku, berurut, mandi daun, etc etc tu..saya kat sini hanya mandi daun..tu pon daun yang ada di Asian market. Makanan pulak..semua makan kecuali seafood. Tak sure ok ke tidak. Hantam sajala....


Berbalik pada pengalaman bersalin ni kan.. kami diarah ke hospital untuk monitor baby.. then Karen kebetulan oncall hari tu datang jumpa.. katanya 'if baby isnt come out a week after due date..we have to induction'..gitulah yang dibincangkan dengan Dr Kenny- Dr ultrasound Iman. Jadi, dipendekkan cerita.. sakit datang sentiasa tapi tak berterusan..susah nak cerita tapi macam tula.. Ada kalanya sakit sangat, tapi sekejap-sekejap je. Mak kat Mesia setiap masa hantar sms.. risau katanya. Jadi Isnin tanggal 10 Ogos tu, berbekalkan nasi lemak - tepat jam 11 kami ke hospital bahagian Labor and Delivery.. terus masuk ward. Jam 1 pulak kami dihidangkan dengan kek..sedap ooo apple cheesecake, dan carrot cake. Sambil menunggu kena induce tu, sempat lagi la saya baca surah Maryam dengan harapan baby mudah keluar. Abgfiz pulak sibuk tel mak, keluarga di Kelantan untuk memaklumkan keadaan kami..




Labor room yang dilengkapi dengan jakuzi..




Alhamdulillah sejurus solat jamak zohor dan asar (kebetulan baca blog kak tini, dia buat solat jamak..jadi ikut dia je..) Nancy peterson- midwife seangkatan dengan Karen datang cek dilation cervic. Katanya contraction every 10 minute tapi dilate hanya 2 cm sahaja, tapi effacement dah 70% dan baby's head dah ke angka +2. Maksudnya, kepala baby dah masuk tulang pelvik. Anggaran kepala baby tu dari -4 hingga +4. _4 bermaksud kepala baby tak masuk langsung ke tulang dan + 4 tu baby dah keluar dari tulang pelvik.




Nurul Iman sejurus keluar dari rahim- berada diatas uminya




Nancy memasukan tablet prostaglagnin ke dalam rahim- tak sakit langsung tetapi..sejurus selepas itu.. contraction datang setiap 5 minit dan kurang.. sakitnya bolehla tahan.. alhamdulillah, abgfiz sentiasa mengurut, membaca surah an-nahl ayat 78 dan sentiasa membaca surah maryam. Abgfiz juga sentiasa memasang AlQuran, jadi terasa tenang sedikit berada di dalam kesakitan.. Kami beruntung kerana bilik untuk deliver sangat selesa dan hanya kami berdua sahaja. Dibekalkan dengan tv, internet, bilik mandi yang ada jakuzi, radio, sofa, kebetulan bilik mengadap tasik..segalanya sangat selesa.




Nurul Iman bersama Nurse Julie yang sangat sabar melayan karenah umi Iman



Jam 730 malam nurse Julie mengambil alih tugas untuk menjaga kami. Jam 8 Nancy memeriksa dilation- 4-5 cm pembukaan. Aduh..lama sungguh. Dan kata Nancy, proses induction ini berjalan dengan cepat.. biasanya 3-4 dos dimasukan. Tapi hanya 1 dos, telah menampakkan hasil. Dengan 4-5 cm pembukaan cervix, Nancy pecahkan air ketuban. Punya banyak air ketuban.. patutla perut besar.. setelah dipecahkan air ketuban..sakit yang datang masyaAllah...teramat sakit.. terasa nak tercabut kaki pon ada, segala2nya ada. Alhamdulillah abgfiz sentiasa disisi memberi semangat dan membacakan doa-doa.


Sakit datang bertambah kuat sehinggakan saya dah tak mampu menahan.. terus minta pain killer pada Julie. Dia hanya masukan IV fluid. Namun sakit tak juga terhapus. Kata abgfiz tangannya hampir patah dek kerana genggaman tangan saya. Sakitnya Ya Allah..patutlah.. orang cakap bersalin sebenarnya bertarung nyawa. Setiap kali sakit datang, air ketuban akan keluar. Jadi dengan kiraan kesakitan tu, dah 4 kali Julie menukar lapisan atas katil. Betapa banyaknya air ketuban.. Dengan kesakitan itu, nurse Julie mencadangkan saya ke jakuzi, atau menggunakan birthing ball. Tapi semua tak masuk dalam fikiran saya..terus Julie membuat urutan demi urutan untuk meredakan kesakitan. Sangatlah bagus perkhidmatan di hospital itu!


Jam 11 saya terpaksa minta pain killer lagi.. kali ini sebelum Julie masukan pain killer, dia harus melihat berapa pembukaan cervix. Kali ini cervix dah terbuka 7-8 cm, jadi dia masukan pain killer yang agak kuat- kesakitan tak terasa tetapi mengantuk yang amat sangat. Alhamdulillah, setelah itu saya tertidur selama satu jam dan alhamdulillah, abgfiz sempat merehatkan diri selama 1 jam.



Bergambar sebelum diinduce - apple cheesecake dan carrot cake depan mata..


Jam 1 sakit kembali datang..kali ini memang sakit sangat.. rasa nak meninggal pon ada. Terus minta maaf segalan2nya pada abgfiz. Mana tahukan umur tak panjang. Dalam rasa sakit tu, minta juga ditambah dos pain killer. Namun, Julie haus cek dilation sebelum menambahkan dos. Alhamdulillah pada waktu itu bukaan dah 9 cm. Jadi pain killer memang tak boleh pakai dah. Sakitnya..Allah saja yang tahu. Maklum sajalah, saya tak minta epidural - katanya epidural dapat hilangkan sakit. Kadang tak terasa sakit langsung.


Terus Julie telefon Nancy-yang memang dalam perjalanan ke hospital, telefon kakitangan untuk set deliver baby. Dalam masa yang sama, sakit tu membawa rasa nak push.. Tapi Julie dan abgfiz terus bagi kata2 semangat supaya jangan push ....tarik nafas dalam2.. Tapi dalam keadaan begitu terpush jugak cuma tak kuatla.. Kebetulan Nancy sampai.. dan bila diberitahu sudah 9 cm, Nancy cakap..' Nurul, if you wanna push.. you can push..' Bila dah macam tu, dan terasa contraction..terus push. Tapi susah juga Iman nak keluar..mungkin sebab baby besar. Alhamdulillah dekat 1/2 jam push..tepat 243 pg Selasa, Iman keluar.. Menangis juga abgfiz. Terus diletakan Iman diatas perut ibu, terus abgfiz iqamahkan dan abgfiz disuruh memotong tali pusat. Setelah itu, proses membuang plasenta..sakitnya teramat apabila Nancy menekan rahim..aduhhh..sakitnya Allah yang tahu.. namun alamdulillah..semuanya selamat.. Habis suara sebab dok push.. menjerit jugakla. Habis baju abgfiz ditarik dan digenggam..

Segalanya menjadi pengalaman.. Sejurus setelah Iman dimandikan..disuruh Iman menyusu badan.. penat tak terkira tapi Iman memang dah lapar sangat masa tu.. Nak tak nak susukan juga walaupun sangat exausted. Tapi setelah Iman keluar dari rahim..segala kesakitan automatik terhapus..mungkin itu hikmahnya.

Berada di hospital selama 4 hari 3 malam sangat bermakna.. diberi layanan bak puteri, setiap pertukaran shift, nurse akan dtg jenguk..if anything kita nak..makanan pulak sedap2 wooo.. cuma hari pertama tula..yela dah kita tak bagi list makanan..diberi pulak roti bakar + bacon. adeii..makan roti jela. Abgfiz turun bawah cafe belikan sandwich tuna..merasa jugakla tuna pagi tu..tak sure boleh ke tak makan makanan macam tu. Tapi seiring dengan penghantaran makanan, diberi list makanan untuk keesokan hari. Sedap sangat makanan..mashed potato, + apple crisp + nasi ( kdg ada) + susu + juice + salad..ish sangat sedap. Tengah hari pulak, setiap jam 1 diberi kek..strawberry cheesecake-of course my fav + chocolate cake. Kadang carrot cake, lemon cake..memang sedap. Bedal je apa yang diberi..

Setiap malam pula.. nurse dari nursery akan datang.. katanya 'if you wanna rest, let us know so we can take care your baby..' Jadi if kami nak tidur, tel je nursery. Nurse akan datang dan ambil Iman. Abgfiz tidur di sofa bersama selimut dan bantal. Kadang dia tidur di rocking chair. Memang selesa.. Dah hari ke4, kami pulang.. dalam pada itu terasa sedih nak tinggalkan hospital.. dengan staff yang sentiasa baik, layanan yang bagus, makanan yang enak.. Tapi apakan daya.. bukan rumah kita..hehe..

So..back to home..home sweet home..



p/s: malas nak susun gambar.. semua tak teratur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehadiran yang dinanti

Bismillahirrahmanirahim..



Alhamdulillah segala puji kepada Allah yang Maha Esa dan Kuasa atas nikmat kurnia anugerah yang tak ternilai. Nurul Iman Abdul Hafiz selamat dilahirkan pada August 11 2009 tepat jam 0243 am. Cik Iman ni sebenarnya tak mahu2 keluar dari perut. Agaknya sedang berada di zon yang amat selesa.


Ikut jangkaan iman mungkin lahir pada minggu ke 37, 38 tapi tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. Lepas tu umi dia ni search pasal nak cepatkan bersalin dan mudahkan bersalin.. Semua tak jadilah.. semua orang suh berjalan. Setiap hari duk jalan di parking lot depan College of Law yang besar tuh.. tapi duk tangtu jugak. Contraction ada tapi tak kerap. Kalau ada pon, sejam dan lepas tu dah tak ada. Adeii..susah benor..

Pada minggu ke 40, tepat pagi 4 August (rasanya..dah lupa dah) lepas balik dari berjalanla kononnya, tiba tiba rasa contraction yang kuat sangat. Terus abgfiz bawa ke hospital..Sampainya di hospital, contraction pulak dah tak ada.. Ni saje nak main-main ni.. Bila dah ke hospital, masuk labor and deliver room.. Adeiii cervix dilation baru je 1cm dan effacement hanya 0-25% sahaja. Kalau nak tahu effacement tu apa..google sendiri ye..





Berjalan keliling Holmes Lake



Lepas tu, setiap harila dok jalan-jalan.. dan pernah abgfiz ajak berjalan ke Holmes Lake yang besar tu. Punyala rasa jauh.. dalam 2 jam berjalan.. tapi cervix tak dilate2 jugak.. Hishh Cik Iman ni memang selesa la dalam tu. Duk mengadu kt Kak Nadiah..bilalah baby nak keluar..hihihi. Yela perut makin besar, berat makin bertambah..pergerakan susah pulak tu.. Tapi sabar ajala..



Bila jumpa midwife- Karen.. gelak tak habis-habis dia.. yela dah baby tak keluar-keluar. Dia menjangka cepat tapi lambat pulak.. Tapi katanya if after due date baby tak keluar, we have to talk about this... Sebelum tu, sempat lagi duk buat nasi kerabu, pastu kak nadiah menjamu nasi ayam. Yela satg tak sempat nak makan. Lepas pantangla jawabnye..lambat lagi tuh.. Jadi membedal sahaja sebelum deliver..hihihi.


Lepas ke hospital tempoh hari, kami diminta datang hari Sabtu hujung minggu tu, katanya nak monitor bayi. Umppp... nanti sambung lagi ye.. malas pulak nak bercerita panjang-panjang..







Kehadiran yang dinanti..Nurul Iman Abdul Hafiz


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan