Bismillahirahmanirahim
Hari ni, hari terakhir Syawal.. besok dah masuk Zulkaedah. Tup tup, masa memang berlalu dengan cepat, bila ingat-ingat kami ada lagi 2 tahun berada di US ni. Lepas tu..yehaaaa boleh balik!!!! Dah nak balik nanti mesti fikir, bila pula nak datang US lagi - tunggu jela masanya nanti baru fikir.
Serba sedikit saya nak kongsi macam mana kami beraya hari tu. Kalau diikutkan, memangla agak sedih beraya tanpa keluarga tapi nak tak nak kena terima jugakla. Kalau diikutkan hati yang sedih, memang kita tak meraikan Syawal dengan gembirala, kan? Kita sendiri sebenarnya patut meng'create' suasana Syawal walaupun dengan sesama kita je. ( betul ke ayat ni eh??macam keling je..)
Open house kami, kami rancang nak raikan sekali dengan befday Iman lepas. Sian dia, befday yang pertama ummi dan ayah buat tak tahu je. Kami rancang buat hari Sabtu memandangkan hari Jumaat, kebanyakannya masih ada kelas.
Nak dijadikan cerita, saya buat rendang dan kuah kacang hari Khamis. Entah kenapa rendang ayam tu, tak sempat kering lagi ayamnya dah hancur. Menangis melalak saya duk telefon abgfiz dan KakJaja. Yela, tel mama kat rumah semua dah tidur. Kata abgfiz, memang rendang ayam biasanya hancur sebab ayam bandar memang lembut banding ayam kampung. Kuah kacang pula, termasam! Terlebih air asam. Sabar jela.. Mungkin campur dengan penat dan mabuk, saya agak emo menyiapkan juadah open house kami. Lucu sungguh!!
Tengahhari tu, abgfiz balik dari ofis - konon nak tengok saya buat rendang. Last-last dia cakap 'abg tak ada mood betul nak buat kerja, dalam kepala fikir nak raya je. Mehla abg buat biskut almond london..' Ohhh.. pucuk dicita ulam mendatang, macam tak percaya je abgfiz cakap macam tu, maklumla dia susah nak tinggal kerja ofis tu.
Nak cerita pula pasal nasi impit.. kebetulan tokei kedai Thai tu sedang berada dalam pantang, jadi segala stok yang habis memang lambat nak restock. Nasi impit segera tu memang dah tak ada! Ehh, sempat abgfiz beli sebungkus. Last-last, abgfiz kata buat sendiri. Tapi guna beras biasa, bukan beras Jasmin yang selalu kami makan tu. Alhamdulilllah menjadi..
Jumaat tu saya sambung buat ketupat pulut (ala cap Nona je), sediakan bahan untuk kuah lodeh, masak sebanyak-banyaknya nasi impit. Oh lupa, kami buat satay, satay tu saya dah marinated awal-awal 2-3 hari sebelum saya sibuk dengan rendang. Pada awalnya, saya nak masuk oven je, tapi si Syafiq beria-ia nak datang bakarkan.. terima kasih banyak-banyak...
Jumaat malam pula, abgfiz terlebih rajin nak buat lemang. Saya cakap, saya memang dah tak mampu dan tak larat nak sentuh lemang ke apa ke.. tapi dia rajin tak apala.. Lemang ni kami ikut resepi KakTini yang jauh di Florida. Resepinya :
1 - masak beras pulut + santan +pinch of salt + daun pandan
2- masuk pulut dalam daun pandan dan gulung
3 - pulut yang dah tergulung dalam daun pandan tu masuk pula ke dalam aluminium foil dan gulung
4- bakar dalam oven selama 1-2 jam
Alhamdulillah, kreatif kakTini ni.. memang rasa macam lemang. Saya orang Kelantan jarang makan lemang, kami duk makan ketupat daun palas yang manis tu je. Ketupat nasi pun kami jarang.. jadi saya tak rasa sangatla teringin nak makan.
Pagi Sabtu tu, Syafiq datang nak bakar satay. Jumlah satay dalam 200 pucuk kot. Tak pasti la pula, tapi kami guna 8 ekor ayam untuk satay dan rendang. Penatnya, memangla tapi bila tengok tetamu makan dengan berselera, penat tu dengan automatiknya terbayar.
Hari Ahad pula, giliran Bon dan Roz buat open house - menunya nasi dagang terengganu. Memang sedap!!!! Berbanding nasi dagang kelantan, saya lebih suka yang terengganu punya.
Petang tu, Kak Nadiah/Zaki pula buat mee kari. Lama tak makan rasa terliur pula..
Bawah : sedikit sebanyak gambar tika raya hari tu.. Bila dah habis weekend, habisla jamu-menjamu kami - semua fokus pada exam dan belajar je. Sedih juga, kat Malaysia.. selagi Syawal tak habis selagi tula.... ada je jamuan kat mana-mana. Oh rindunya..












