Bismillahirahmanirahim
Circus
Kali ni pertama kali kami menonton circus. Tiketnya abgfiz dapat free dari teman sepermainan , *macam main masak-masak je*, sebenrnya kawan main badminton ; dari India. Niat di hati nak bawa Iman je pun, kalau ikut malas saya nak keluar. Huehehehehhe
Mengantuk saya dibuatnya! Hadoiii, apakah saya ni? Niat di hati nak balik awal, tak sangka habis pun tak la lewat sangat. Kanak-kanak mesti suka, tapi Iman saya takut. Iman ni semua binatang dia takut, ayah dia buat muka scary pun dia cakap. "mom, ayah scary!" Haaaa mom tu duk lekat dari hari tu lagi, tak ubah-ubah. Ayah pulak banyak je dia panggil, 'ayah, dad, daddy,' paling tak tahan duk panggil 'abam, abam' hish hish.. tu duk dengar ummi panggil la tu. Yang peliknya, bila tengok gambar keluarga, dia pandai pulak cakap, 'ayah, ummi, kakak, muizz'.
Perkataaan Iman pun dah banyak dah dia tahu, semuanya dalam english! Kadang-kadang tak sangka dia boleh cakap, saya tak pernah ajar pun. Paling dia suka cakap, 'i can't do it', 'mom, shushu, but i don't know my shusu', kalau marah Muizz adala perkataan 'Goooo away!" Hish manela belajar semua tu. kalau marah saya, 'I'm mad at you, ' pandai pulak dia marah-marah orang. Sabau jelaaaa.... Mom tu dia duk panggil sebab kartun Olivia duk panggil mak dia mom.
Laksa Johor
Hmm yang ni lupa nak ambil gambar. Si ain la duk minta nak makan laksa johor, kesian pulak saya. Asyik tanya laksa je. Hari Isnin tu saya suh dia datang, suh dia buatkan, saya ajar. Yela kalau dah saya yang buat bila nak pandai.. Alhamdulillah menjadi! Makan laksa la kami malam tu, dengan Azrina, Elfha dan Fatin sekali.!
Aktiviti dengan anak-anak.
Setiap petang saya kena rajinkan diri bawa anak-anak keluar. Kesian je duk dalam rumah, sudahla rumah bawah tanah, macam dalam gua je ;p
Kadang saya rajin bawa budak-budak ke taman dekat, kadang terlebih rajin, bawa ke tempat jauh.
Yang kelakarnya, duk panggil azjina, azjina. Azrinanya dah kedepan, dikeleknya stroller ke sana ke sini. Akhirnya, saya cakap ' dah pegila dengan azrina, bagi ummi bawa stroller baby tu'. Terus ditinggalkan stroller tu, berlari dapatkan azrina. Iman, Iman... nampak Iman memang suka dengan Azrina. Asyik rindu azrina je.
Biking
Ni bukan aktiviti saya anak beranak. Ni aktiviti adik-adik, tetapi saya join sekali gi Holmes Lake. Makanan saya bawa, mee goreng dan roti. Roti ni alhamdulilllaaaaahhhh, roti paling TERBAIK saya pernah buat, tanpa guna tepung roti, atau high protein flour, guna tepung biasa tapi hasilnya, sangat lembut! Ya, saya bangga dengan pencapaian saya kali ni. Seronok betul saya, biasanya saya buat roti.. kerasla, tak naikla, tak lembutla. bla bla bla....
Sarapan pagi kami, yang ni pertama kali bakar : tetapi sedikit keras sebab lama di oven. Tapi masih puas hati,..
Yaaa. inilah rupa hasil kerja tangan saya! Memuaskan walaupun ada sedikit cacat! Lembutnyaaaaaa.....
Ok, resepi dia saya gabungkan dengan resepi roti saya selalu buat dengan resepi dalam internet. Saya tak ikut, saya main campak je. Tepung, susu, telur, gula, mentega , yis, dan sedikit garam. Sukaaaa sangat!!! Saya rasa kunci dia, uli sehingga betul-betul lembut. Saya uli sambil tonton cerita drama King of Baking : Kim Tak Goo. Cite ni buat saya mengalir air mata je, setiap episod pulak tu. Haihhh hati tisu betul saya ni. Memang dari kecik lagi, saya cepat sangat menangis, sedu-sedu pulak tu. T_T
Bikers : dan kami sekeluarga. Abgfiz nak jugak join tapi tak ada basikal. termasuk kali ni dah 3 biji basikal kena curi. Haaaaiii nasib badan!
Cuti seminggu jek ^_^. Ala, kalau cuti pun saya tetap tak cuti, memasak, sibuk dengan anak-anak. Cewah macam lah sibuk sangat. Ya, kami memang tak ke mana-mana, abgfiz sibuk siapkan tesis. Ada plan nak berjalan tapi memandangkan orang yang akan kami singgahi pun sibuk, kami batalkan. Tapi . entah kenapa saya tak bermood nak berjalan, tak tenang kalau waktu berjalan pun, advisor abgfiz masih berbalas email. Jadi, saya bagitau abgfiz, siapkan dahulu semua kerja.. siapkan semuanya, dah viva baru boleh berjalan. Mueekeke ;p
Circus
Kali ni pertama kali kami menonton circus. Tiketnya abgfiz dapat free dari teman sepermainan , *macam main masak-masak je*, sebenrnya kawan main badminton ; dari India. Niat di hati nak bawa Iman je pun, kalau ikut malas saya nak keluar. Huehehehehhe
Barisan para pelakon (?)
Beruang , besar beruang ni. Hish hish... lagi besar dari saya ni haaa
Gajah pun menari jugakkkk...
Mengantuk saya dibuatnya! Hadoiii, apakah saya ni? Niat di hati nak balik awal, tak sangka habis pun tak la lewat sangat. Kanak-kanak mesti suka, tapi Iman saya takut. Iman ni semua binatang dia takut, ayah dia buat muka scary pun dia cakap. "mom, ayah scary!" Haaaa mom tu duk lekat dari hari tu lagi, tak ubah-ubah. Ayah pulak banyak je dia panggil, 'ayah, dad, daddy,' paling tak tahan duk panggil 'abam, abam' hish hish.. tu duk dengar ummi panggil la tu. Yang peliknya, bila tengok gambar keluarga, dia pandai pulak cakap, 'ayah, ummi, kakak, muizz'.
Perkataaan Iman pun dah banyak dah dia tahu, semuanya dalam english! Kadang-kadang tak sangka dia boleh cakap, saya tak pernah ajar pun. Paling dia suka cakap, 'i can't do it', 'mom, shushu, but i don't know my shusu', kalau marah Muizz adala perkataan 'Goooo away!" Hish manela belajar semua tu. kalau marah saya, 'I'm mad at you, ' pandai pulak dia marah-marah orang. Sabau jelaaaa.... Mom tu dia duk panggil sebab kartun Olivia duk panggil mak dia mom.
Laksa Johor
Hmm yang ni lupa nak ambil gambar. Si ain la duk minta nak makan laksa johor, kesian pulak saya. Asyik tanya laksa je. Hari Isnin tu saya suh dia datang, suh dia buatkan, saya ajar. Yela kalau dah saya yang buat bila nak pandai.. Alhamdulillah menjadi! Makan laksa la kami malam tu, dengan Azrina, Elfha dan Fatin sekali.!
Aktiviti dengan anak-anak.
Setiap petang saya kena rajinkan diri bawa anak-anak keluar. Kesian je duk dalam rumah, sudahla rumah bawah tanah, macam dalam gua je ;p
Kadang saya rajin bawa budak-budak ke taman dekat, kadang terlebih rajin, bawa ke tempat jauh.
dengan stroller baby di bawanya. adehh.. baby nya tinggal rumah!
Awan ni macam rendah je...
O yeah~!!! spring sudah datang~! lalalal~~~~
Yang kelakarnya, duk panggil azjina, azjina. Azrinanya dah kedepan, dikeleknya stroller ke sana ke sini. Akhirnya, saya cakap ' dah pegila dengan azrina, bagi ummi bawa stroller baby tu'. Terus ditinggalkan stroller tu, berlari dapatkan azrina. Iman, Iman... nampak Iman memang suka dengan Azrina. Asyik rindu azrina je.
Langit cantik sangat hari tu.. Awan seakan-akan berada di atas kepala saya je..
Biking
Ni bukan aktiviti saya anak beranak. Ni aktiviti adik-adik, tetapi saya join sekali gi Holmes Lake. Makanan saya bawa, mee goreng dan roti. Roti ni alhamdulilllaaaaahhhh, roti paling TERBAIK saya pernah buat, tanpa guna tepung roti, atau high protein flour, guna tepung biasa tapi hasilnya, sangat lembut! Ya, saya bangga dengan pencapaian saya kali ni. Seronok betul saya, biasanya saya buat roti.. kerasla, tak naikla, tak lembutla. bla bla bla....
Sarapan pagi kami, yang ni pertama kali bakar : tetapi sedikit keras sebab lama di oven. Tapi masih puas hati,..
Yang ni akan dibawa ke Holmes Lake,
Adik-adik bikers ;)
Yaaa. inilah rupa hasil kerja tangan saya! Memuaskan walaupun ada sedikit cacat! Lembutnyaaaaaa.....
Ok, resepi dia saya gabungkan dengan resepi roti saya selalu buat dengan resepi dalam internet. Saya tak ikut, saya main campak je. Tepung, susu, telur, gula, mentega , yis, dan sedikit garam. Sukaaaa sangat!!! Saya rasa kunci dia, uli sehingga betul-betul lembut. Saya uli sambil tonton cerita drama King of Baking : Kim Tak Goo. Cite ni buat saya mengalir air mata je, setiap episod pulak tu. Haihhh hati tisu betul saya ni. Memang dari kecik lagi, saya cepat sangat menangis, sedu-sedu pulak tu. T_T
Ni mee goreng biasa jek..
Iman dan pengasuh baru, Muaz ;)) Ghajin abg Muaz main dengan Iman
Muaz, kisahnyaaaa..... abgfiz, aizuden, aizat duk main bola sepak.. Entah macam mana, boleh pulak bola tersangkut kat atas pokok. Aizuden nya baling kasut dengan harapan bola akan jatuh. Sekali kasut pun tersangkut sekali. Kasut sebelah lagi jadi mangsa, ekali.. dengan kasut-kasut tu pun duk atas pokok. Terpaksalaaaa Aiuden panjat pokok, tapi kasut dan bola tak jatuh, jatuh. Muaz la pulak naik dan goncangkan pokok, dan alhamdulillah dapatla kedua kasut dan bola. Hish hish.... *mesti orang duk cakap.. apela budak ni buat*, si Syafiq nya duk gelak-gelak terguling-guling. hish hish..
Bikers : dan kami sekeluarga. Abgfiz nak jugak join tapi tak ada basikal. termasuk kali ni dah 3 biji basikal kena curi. Haaaaiii nasib badan!
2 comments:
seronoknya tengok orang yang sambung belajar kat oversea ni..tengok picdapat rasa environment yang berbeza dan menarik..:)
anak saya umar pun tetiba je boleh ckp beberapa perkataan inggeris..bila semak2 balik perkataan dan ayat yang dia cakap tu rupanya ayat2 harian kami suami isteri..pernah sekali Umar cr umar tak jumpa dia panggil ummi kemudian dia ckap "what are yu doing" sya lam bilik ketawa senyap2..
Nice activities ...especially bila dpt spend time ngan insan tersayang kan
Post a Comment