RSS

Just turn 1 year old!

Bismillahirahmanirahim

Pejam celik pejam celik, dah setahun saya menghuni rumah ni, dalam pada itu... setahun sudah umur anak bujang saya. Hish cepatnya masa berlalu. Seakan baru semalam saya rasa sakit nak bersalin di bilik bersalin hari Jumaat.

Sempena hari lahir Muizz, sempatla saya buat makan-makan. Saje nak jamu adik-adik..




Menu :

Laksa johor : first time saya buat laksa johor dan 1st time saya makan
Nasi lemak : permintaan abgfiz dan adik-adik
Potato salad : idea ain, resepi ain, dan tukang buat pun ain

Dessert :

Rojak buah
Trifle with homemade strawberry swissroll
white chocolate almond cake untuk birthday cake

Memangla kalau nak cerita saya tak mampu buat sorang-sorang. Ada adik-adik datang tolong. Sebetulnya Azrina yang cadangkan laksa johor. Hari Sabtu tu Ain duk sms tanya perlu pertolongan ke tak. Sekali dia datang dengan Fatin, housemate dia. Petang tu, Irfan pula datang membantu *menyemak* apa yang boleh. Muekeke.. Malam tu, lepas rehearsal Malaysian Night, Azrina datang.. Senang dan syukur sebab merekala, buatkan kerja saya senang ^>^


 Anak-anak ummi pun ghajin juge, sibuk dua-dua berebut nak vacuum carpet.





 Sambil gosip, sambil makan mee goreng, sambil kopek ikan bilis. Terima kasih daun keladi ;)




Swissroll ni Fatin yg buat, saya bg arahan je. fatin, lepas ni bolehlaa buatkan untuk kakiza je.

 ulam nya : daun kesum, timun, taugeh, daun basil/selasih, limau nipis *tak ada limau kasturi*, bawang besar, daun pudina.


 Nasi lemak : 




 trifle with homemade swissroll 

 kek cekelat 

kuah laksa : guna mackerel dalam tin je.


Acara mula jam 11 pagi. Tapi oleh kerana hari tu start day light saving (masa ditambah sejam) jadi ramai yang datang lewat.



ni antara anak dara ghajin : Elfha, fatin dan firyal.

iman dgn princess








Muizz > Muaz


Tetamu::

Orang pertama sentuh makanan :SAYA! lapar sangat hari tu. Saya makan laksa johor. rupanya sedap laksa ni. Saya memang suka laksa, tapi laksa penang di kelantan. Laksa penang di Penang tak sesedap yg di kelantan. Kat Kelantan, laksa kelantan tu saya tak suka sangat, saya lebih suka laksam. *haih cite pasal makanan ni teringin pulak nak makan*.

TAPI>>>>

Semangkuk saya nak habiskan laksa, tengok-tengok sambal nasi lemak dah tinggal 1/3 dah. RUpanya ramai yang suka makan nas lemak. Ada tu sampai menanbah 3 kali. Apalagi, terus la saya masuk dapur, masak nasi lemak seperiuk lagi, buat sambal.. Azrina, Fizah, Venetia, fatin sekali Hasanah masuk dapur kopek ikan bilis. Apa nak buat sambal dah nak habis. Kata Rahman, 'kakiza, saya teringat kat malaysia..' Itula simbolik nasi lemak. NASI LEMAK= MALAYSIA.

Dah nak habis makanan baru kek befday dipotong. Tu pun Iman tidor, tak dapat berambar sekali. Tak sampai hati nak kejutkan, almaklumlaa tidur nya malam tu puk 1130. Teman ummi dan kakak kat dapur.


 Ni white chocolate cake, with white chocolate frosting. Cake saya buat, frosting azrina buat, hias2 pun azrina, hias dengan crush almond dan white chocolate shaving.. tulisan tu saya buat. Bughuk sangat! *sebenarnya tulisan tak ada, saya mengada nak tambah, sekali buruk..huhu*




Muizz?? apa dia tahu? berebut nak pegang pisau bolehla.. sengih2, nangis2.. itulah cik Muizz.

Alhamdulillah, selesai. Tukang kemas?? Adk-adik juga.. Hafizah, hasanah, elfha, semua anak dara boleh diharap. hahaha Senang hati mak dara. Mata penat sebab.. malam tu tido kol 3, bangunnya kol 6. huhu



Kueh buat semalam > mmg best!puas hati! almaklumlaaaaa lama tak makan. acuan saya minta mama poskan. muekekeke



  Iya, rumah bersepah. Sekarang ni kakak tak la bersepah sangat. Adiknya pula yg suka sepah2, elok2 mainan dalam bakul.. ditelangkupkan bakul tu.. Lepas tu bila tegur/marah.. boleh dia sengih2..nak marah pun tak jadi. haish anak, anak...

  Takde keje lain, masuk kotak pampers.

ini pun sama. tapi ditambah lagi dengan kakak masuk kotak kasut, pastu duk main 'chu chu..' oo masuk train!!

p/s: sangat puas hati sebab jamuan kali ni makanan habis. alau tak ada je ken tapau. rezeki adik-adik. 

p/s: laksa johor, rasa nak makan lagi. tggula rajin , angin rajin datang. buatla lagik.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

nak nasi lemak lagi...woohoooo :p

yatie chomeyl said...

hepi 1st bestday muizzz hensem

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan