Bismillahirahmanirahim
April 14, 2012
Hujan di luar terlalu lebat, tingkap rumah terbuka. Tika saya sedang menutup tingkap, terdengar Iman menangis sebab diganggu oleh nenek kebayan. Dalam masa yang sama, terdengar siren amaran tanpa henti, terkadang kuat terkadang perlahan....
Tersedar saya dari mimpi, saya melihat jam, pukul 1130 malam. Ouh.. saya mimpi rupanya. Tapi bunyi siren tu tak berhenti.. saya bangun keluar sebab abgfiz tiada di sisi. Tengok-tengok, abgfiz tengah menonton movie kat depan, dan bagitau saya amaran tornado (puting beliung), ramai pulak penghuni rumah atas turun basement. Memandangkan rumah kami pun di basement, bising je kat depan pintu rumah saya.
Dah lama saya tak dengar siren amaran tornado ni. Seingat saya, akhir saya dengar pada tahun 2008, bulan Jun. Yang tu sangat lama, hampir 3 jam dan waktu tu sangat mengerikan. Mana taknya, angin saaangat kuat, pohon banyak tumbang, eletrik pun boleh terputus. Siren kuat sangat, ramai yang turun basement tapi saya dan abgfiz je duk dalam bilik, maklumlah tak tahu pulak patutnya turun basement. Alhamdulillah selepas tu, keadaan reda. Tapi di Kearney, Nebraska mengalami banyak kerosakan disebabkan puting beliung ni. Sebesar besar pokok pun boleh tumbang.
amaran tornado tahun 2008
ni video yang ambil dari you tube , tornado di Kansas Apr 14 hari tu. Setahu saya disebabkan tornado ini lah, kami dapat siren.. Seingat saya weather channel cakap malam tu, tornado tu dari kansas menuju ke nebraska.

p.s : ngeri bila memikirkan..
3 comments:
moga Allah lindugi Izza sekeluarga kat sano
semoga selamat semuanya.
ingat cara2 nk selamatkan diri.
huhu. tumpang rasa seram. hari tu, turn dallas.
@yatiechomeyl : ameeen
@ainzoo: tula kak ain kan? seram je.. tak boleh bayangkan macam mana dia pusing2 dengan kita2 skali..nauzubillah
Post a Comment