RSS

I just love cooking and baking~

Bismillahirahmanirahim

Dari kecik saya suka memasak, saya minat buat kueh mueh. Seingat saya, darjah 5 saya pernah masakan mihun goreng (atas permintaan makcik saya) untuk 5 orang makan. Pengadil : suami arwah makcik dan arwah sendiri. Pernah juga saya buat kek pandan dengan resepi sendiri sewaktu tingkatan 2. Campak pun sedap sangat, kek paling lembut saya pernah buat. (masa tu laaaaa)...



Sausage roll 




resepi ni saya ambil dari food network, resepi Iron Chef Mario Batali (untuk rotinya). Roti yang paling senang nak buatnya. 




Rasa dia? Hmm kalau nak saya bagitau, mestila rasa tak sesedap yang makan kat kedai tu. +_+





Yang ni karipap, saya malas nak uli satu-satu. Saya masukkan semua inti dan gulung jek. 


Swissroll


 Ini rupanya selepas keluar dari oven


Swissroll ni saya teringin sangat nak makan. Resepi nya saya ambil dari myresepi.com . Resepi dari Yani. Tapi resepi tu untuk lemon roll cake. Tapi saya ubah sikit kandungan, saya jadikan cherry swissroll cake.

  Inti dia, saya gunakan whipped cream je. Biasa tengok resepi guna buttercream. Tapi kat dalam peti ais tak ada butter, ada heavy whipped cream je.


Ini rupa setelah bergulung dengan inti. Ini dia saya guna light cherry in can je. 

 Yang ni pun rajin juge menolong saya. Rajin nak buka laci sampah. Haishh sabor jelaaaa...

 
Iman dengan whipped cream . Suka benar boleh makan 


 Inilah rupa setelah selesai. Hm.. kalau nak makan sendiri bolehla. Nak bagi orang lain makan, saya kena pk banyak kali. Buruk sangat ghupe dia.. Uhuk!

 Ini pulak, lupa dah bila buat.. Chocolate bread puding cheesecake. Kat bawahnya puding roti bercokat, atasnya.. cheesecake.



 Saya suka makan cili ni. Tak pedas dan manis. Rasa fruity. Saya ratah macam tu pun sedap. Teringat cili hijau kat Malaysia



Ini sebab teringin jugak, kueh cara berlauk. Haaa sebab tak adae acuan la saya buh dalam muffin pan. Muekeke... Abgfi cakap , jadi.. rasa macam kueh cara berlauk la. *senang hati*..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan