RSS

Dulu dan Kini

Bismillahirahmanirahim

:)) Lama saya tak buka blog, saya malas. Malas nak buka laptop, malas nak mengadap laptop. Kalau dulu, dunia di hujung jari, sekarang.. dunia bersama anak-anak. facebook dulu boleh dikatakan setiap hari saya buka, sekarang seminggu sekali pun saya amat malas. Kekangan masa dan waktu..agaknya. Atau diri sendiri yang merasakan banyak membuang waktu...

Balik Malaysia, waktu sangat suntuk, adakah kerana di sini 12 jam-12 jam? Saya pun tak pasti. Tup tup dah petang, tup tup dah minggu akan datang.

Tiada apa yang baru dari kami melainkan anak-anak yang makin membesar> Alhamdulillah, Kakak Iman dah pandai membawa diri, boleh tolong saya sikit-sikit walaupun takla sepenuhnya. Cuma kalau berada di rumah Tokwan/ Tokma sikapnya terus berubah. Kalau di rumah, pandai mengemas mainan tapi kalau di rumah tokwan, Mak tok yang tolong kemas. Sabar jela.

Berbeza dengan Muizz, yang ni subhanallah.... ada je dia buat perkara yang grrrrrr naik geram saya dibuatnya. Kalau marah, buat muka seposen, jadi yang nk marah pun tak jadi. Allah.. sabar ajalah dengan kerenah anak0-anak.

Saya di Lincoln, duk fikir gemuk, sebab berat badan saya makin bertambah. Tapi bila jumpa saudara mara, semua cakap..'pasal apa badan macam tu jugak? Langsung tak berubah...?" Kekeke.... saya terfikir, agaknya sebab duk lari sana lari sini kejar Muizz kut yang badan sy maintain. Baju kurung 5 tahun lepas pun alhamdulillah masih boleh pakai lagi.

p.s: Hasanah duk minta say layan drama korea yang memang jarang saya nak layan. kekekke...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tenang

Bismillahirahmanirahim

Kok~~kok..

Bunyi ayam berkokok, melihat jam di bawah bantal tertera jam 430 pagi. Terus bangun mandi, walaupun sejuk menggigil. Ambil wuduk, terus ke ruang solat. Di sana, embah sedang menunaikan solat sunat. Bersama embah, kami tunaikan solat sunat. Kedengaran bunyi air di bilik mandi di luar rumah, di hadapan rumah. Di dapur, terdengar percikan air menandakan ada orang sedang mandi di kawasan dapur. Menoleh ke belakang, terlihat sebaris sepupu sepapat sedang lena dibuai mimpi.

Terdengar buka tutup pintu tandas di belakang rumah, bunyi percikan air mandi di bilik air di hadapan rumah,  bunyi dengkuran tidur sanak saudara, bunyi bisikan-bisikan suara mengalunkan ayat-ayat suci alQuran. Subhanallah... inilah dinamakan ketenangan. Inilah yang saya nantikan sekian lama bertapa di bumi US. Sebelum subuh, semua pakcik-pakcik dan anak muda ke masjid, ibu-ibu yang sememangnya bangun awal menanti untuk solat subuh berjemaah. SUngguh!! Saya tenang dan bahagia dengan suasana begini. Tiada perasaan begini tatkala menjadi penduduk US, tiada kegembiraaan sebegini tika kami di US. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya supaya dipanjangkan umur menikmati saat-saat begini bersama keluarga. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Ya, saya rindukan suasana begini tika berada di rumah embah di Tanjung Karang. Entah kenapa, perasaaan itu sungguh damai lagi menenangkan hati ini. Biarpun tandas masih di luar rumah, bilik mandi juga masih terpisah jauh dari tandas dan juga di luar rumah , (khas utk kaum Adam, manakala kaum Hawa tandasnya di dalam rumah), biarpun panas membahang beratapkan zink, berjuta nyamuk menghiasi kulit, namun sejuta kebahagiaan menghuni hati ini.

p.s: Setiap hari tika di US berdoa agar kami dan ahli keluarga di malaysia dipanjangkan umur supaya boleh bertemu di pagi raya nanti. Moga Allah makbulkan doa saya. ameen ameen ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jutaan syukur

Bismillahirahmanirahim

Utamanya.. jutaaan alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah. Syukur amat kepada yang Esa atas segala nikmat kurnia,... Utamanya.. abgfiz dah bergelar DOKTOR falsafah.

Sedikit sebanyak saya kongsikan pahit manis PhD abgfiz..

Tahun pertama dan kedua :

Disebabkan waktu Master hanya research, jadi abgfiz TERPAKSA ambil banyak kelas. Setakat 4 tahun di sini, abgfizlah paling banyak ambil kelas antara semua. Biasanya 2 kelas paling banyak 'graduate student' ambil, TAPI abgfiz ambil sampai 4 kelas.

Belajar di sini sangat berbeza dengan di Malaysia, rata-rata sewaktu ijazah dulu, kebanyakan pelajar tak ambil berat sangat kerja khusus (?) kerana hanya 30% sahaja menyumbang kepada markah. 70% lagi dari 'final'. (ni sewaktu saya buat ijazah dahulu..). Tapi kat sini, markah 'final' hanya 10-30% sahaja. Selebihnya markah dari kerja khusus. MInggu pertama mula kelas, dah ada quiz. EH bukan minggu pertama... hari pertama, sudah ada quiz.

Seingat saya, kelas Biochemistry abgfiz ambil, setiap minggu ada quiz, dan sepanjang semester ada 6 ujian. Dan sehari sebelum exam, masih ada kelas yang perlu dihabiskan.

2 tahun pertama..... abgfiz balik rumah pukul 5 pagi. Saya pada waktu tu, masih ingat lagi, tengah pantang kan Iman. Saya sedar jam 4 pagi, abgfiz masih tak balik. (Ofis dengan rumah pada waktu tu dekat je, jalan kaki pun sampai. Tapi abgfiz ke ofis guna basikal).

Bukan sekali dua, menangis, bukan sekali dua dia hampir putus asa. Sedih saya melihat keadaan nya. Hanya kata-kata semangat yang boleh saya berikan untuk menyejukkan hatinya, memujuk hatinya.

Namun, alhamdulillah berkat kesabaran nya, berkat doa mak ayah, abgfiz lulus dengan CGPA 3.7 ke atas.

2 1/2 tahun terakhir :

Selepas dah selesai ambil coursework selama 2 tahun, akan ada pulak Comprehensive Exam.Ini exam terbesar. Ianya menentukan sama ada perlu meneruskan ke PhD Student atau tidak. Jika gagal, maka pulang ke tanahair sambung di Malaysia atau ... gagal mendapat phd. Exam ni meliputi 2 : 'Writing' dan 'Oral'.Calon harus menyiapkan 'exam' dari setiap 'committee member'. Macam abgfiz, ada 4 committe member ; 1 advisor, 2 pensyarah dari Deprt yang sama dan 1 pensyarah dari dept lain. Jumlah semua 'writing exam' 4 kertas. Dah lulus yang tu baru boleh buat 'oral exam'. Oral exam pula soalan terus menerus dari pensyarah tadi, biasanya berkisar tentang soalan bertulis. dan Alhamdulillahhh.. abgfiz lulus.

Masih lagi sibuk, abgfiz hidupnya di lab. Malam baru balik. Kalau abgfiz bawa bekal pagi, jadi petang balik dalam pukul 6 sebelum makan malam. Kalau dah balik makan tengahari, dia akan bawa bekal dan pulang lewat malam. Biasanya jam 10 ke atas.

Hidup kami dah biasa macam ni, hingga kadang Iman sebelum tidur, tanya... 'where's ayah?', 'mom, ayah is nor here yet?'...Sedih, ya memang sedih. Tapi abgfiz bukannya ke mana-mana, dia hanya sedang menyiapkan PhD. Itu kata2 untuk memujuk hati saya. Buka tak pernah rasa sedih sebab dia sentiasa sibuk bukan tak pernah rasa terkilan. Tapi saya harus memahami itu perjuaangan nya.

Dan.... alhamdulillah... abgfiz sudah..... selesai lab work, selesai buat thesis, selesai defends (viva kalau di Malaysia) selesai semuanya.

Hari abgfiz defends.. eh sebelum abgfiz defends.. Sentiasa dia risau.. 'sempat ke abg balik hujung tahun ni?' 'sempat ke abg nak konvo? tak apalah konvo tu... yang penting abg lulus..' DAN... saya sentiasa ingat kata-kata mama... solatlah sunat, buatlah solat hajat tu banyak mana sekalipun... Allah Maha Mendengar, Dia tahu kita susah dan payah dari awal. In sha Allah... ada hikmahnya... dan kerana itu juga.. seingat saya 4 kali abgfiz buat solat hajat setiap hari. Hari dia defends... entah banyak mana dia solat hajat, saya un tak membilang. Ma sha Allah... kita beruntung sebagai Islam, kita ada Allah, dan senjata kita doa.

Entah kenapa hari abgfiz defends saya sangat sensitif, mengenangkan ini adalah titik terakhir dia, kalaulah.. jawapan adalah sebalik apa yg diharapkan, bagaimana? Hari tu, saya tak lalu makan, tak tenang. Nak buat apapun saya tak tenang. AKhirnya, saya hanya berada di depan tv melayan karenah anak-anak. ...ENtah berapa kali air mata saya keluar memikirkan apa keputusan nanti. Dan...

ALHAMDULILLAH>>>>

saya terima panggilan abgfiz jam 330 ptg, .. "helo, DR Hafiz speaking.." lega subhanallah, syukur nya saya tak terkira... menitis air mata, air mata syukur dan gembira.

p.s: Sekadar meluahkan rasa hati, : sebagai isteri yang suami sedang belajar.. MEMANG peranan kita sangat penting. Korbanlah segalanya, dan sentiasa berdoa.. Allah Maha Mendengar dan Dia tak akan zalimi hambaNya. Juga Allah ni sangat adil, setakat mana usaha kita, setakat itulah kejayaan kita.

Bukan tak pernah saya rasa sedih, bukan tak pernah saya rasa diketepikan, bukan tak pernah saya rasa kecewa .. cuma saya fikir.. inilah pengorbanan seorang isteri tatkala suami sedang belajar.

Bukan senang belajar di negara yang bukan Islam.Mereka memandang kita dengan seribu pandangan. Betul ke Islam ni ganas? Ini persoalan advisor abgfiz tatkala ada serangan dari Afganistan. Saya pun dah lupa serangan apa, tapi waktu tu tahun 2010 kalau tak silap. Belajar di sini, macam-macam perangai manusia saya jumpa. Macam-macam kerenah advisor, committe member terpaksa abgfiz telan wlaupun pahit. Dia sentiasa ingat kata-kata ayah ..'ikut sahaja apa yang advisor suruh..' ..alhamdulillah sekarang dia berjaya.

Sedikit kata-kata acknowledgement dari abgfiz ..

'I would like to thank to my parents..when I came..for the 1st semester I want to give up. But with my father advised, I can go through all the process. My father didn't talked much, but when he talk, it was like a wisdom words.. and my mother, who always pray for me and support me all these years....'





Ps: alhamdulillah sedang menikmati kesedapan buah-buahan tempatan. Abgfiz melantak musang king durian. All of this praise to Allah...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan