RSS

Simptom bersalin~??

Bismillahirahmanirahim~~!


Sejak pindah rumah baru ni, saya terlebih lebih rajin kemas rumah. Bukan kemas seluruh rumah, tapi kemas dapur dan bilik air. Entah kenapa ada aje tak kena dengan dapur tu, padahal dah ok dah. Ada je tempat-tempat saya duk lap, duk cuci dapur, segala-galanya lah. Kat bilik air pun sama, saya akan pastikan soap scum tak ada di kepala pili air atau di sinki.

Kebanyakan tempat di US ni, rata-rata alami hard water. Walaupun masing-masing minum air paip je tapi airnya mengandungi calsium yang banyak! Hurm.. meh kita tgk wiki, apadia yang dikatakan hard water

Hard water is water that has high mineral content (in contrast with soft water). Hard water has high concentrations of Ca2+ and Mg2+ ions. Hard water is generally not harmful to one's health but can pose serious problems in industrial settings, where water hardness is monitored to avoid costly breakdowns in boilers, cooling towers, and other equipment that handles water. In domestic settings, the hardness of water is often indicated by the non-formation of suds when soap is agitated in the water sample. (source: mr wiki)

Kerana banyaknya soap scum tu, saya terpaksa lap sehingga air kering. Kalau tak, memang akan meninggalkan kesan yang teruk. Lagi lama, lagi payah nak bersihkan soap scum tu. Mulut saya ni tak henti henti bebel kalau ada je orang guna bilik air dan air sepah-sepah. Heheee~~~ biasala.. Orang cakap banyak macam saya ni, biasanya akan luahkan perasaan dengan cara membebel. Mulut macam bertih, kata orang. Pot pet pot pet.. Sapa yang pernah kena, sabar dan tahan jela ye.. Lepas bebel tu, saya dah ok dah.. =))

Bila saya duk mengadu kat abgfiz " tak tahu kenapa iza suka sangat basuh bilik air walaupun badan rasa penat.." Kata abgfiz, dia selalu search pasal sign of labor, katanya antara simptom bersalin : rajin kemas rumah, rajin memasak, asyik nak marah pada suami tanpa sebab, moody dan banyak lagi. Heee~~~ separuh tu memang ada terjadi pada saya. Asyik moody!. Tak tahu pulak saya ada jugak simptom-simptom bersalin ye.

antara searching result saya :

'Some women will experience an intense urge to clean, organize their home, or other efforts to prepare for baby. This may range from a sudden urge to cook a month's worth of freezer meals to sorting out all the socks for the baby in the nursery to scrubbing the floors on hands and knees. Not all women experience nesting, but it is a common sign of labor nonetheless (source: here)

Labor does not begin suddenly, it evolves gradually. It can take hours, even days, to figure out whether the sensations you're feeling are labor or prelabor (also called false labor). Some subtle signs and symptoms that you are beginning first stage childbirth include a vague backache that may cause restlessness, several soft bowel movements accompanied by flulike feelings, and a nesting urge--an unusual burst of energy, particularly related to cleaning and getting your home ready for the baby. (source: here)

Apa-apapun, doakan saya bersalin dengan selamat ye. Saya menunggu sehingga minggu ke 40. Doakan dipermudahkan segala urusan. Amiiin

p.s: tak sabar nak terima parcel dari kelantan. nak makan keropok!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saat akhir kehamilan

Pregnancy lagi~~! Semalam berat saya dah bertambah dari 128.1 lb ke 131.1 lb! Aigoo~~! Dah 60 kg, beratnyaaaa........ gemuk gemuk gemuk~!!!!!! Tapi... bila midwife cek perut, katanya kepala baby bukan ke bawah. Pelik.. padahal minggu lepas buat ultrasound kepala baby memang dah ada kat bawah. Hurm..~~

Sakit pulak dah berkurang, pelik, kan?? Kalau akhir-akhir ni asyik duk contraction je, kalau sebelum ni sakit-sakit waktu tidur, sekarang dah tak sakit dah. Kalau sakit pun masih boleh buat kerja lagi. Pelik pelik dan pelik..

Badan saya pun rasa lebih bertenaga berbanding hari tu. Lagi pelik, kan? ke... simptom apa ni eh? Oh ya.. preganancy kali ni saya sentiasa ada urine infection. Adoiiii.. masuk kali ni dah 4 kali saya amik antibiotik. Pasal apa ye? Waktu Iman dulu, tak ada.

mehla baca sikit-sikit nak masuk 39 week ni :

During week 39, it is common to experience early signs of labor (mild contractions or Braxton-Hicks contractions). If you start to have contractions, you should start timing them. If they come at irregular intervals and do not increase in strength, then they are probably false labor pains. During true labor, you contractions come at regular intervals, getting closer together as time passes, and they will also increase in strength. (pregnancy week 39)

p.s: ok, nak masak.. teringin nak makan nasi ayam. nasi ayam lagi!!!! FYI, saya ni 'gila' sup. tak kisahla mihun sup ke, apa sup ke, kalau kenyang pun still duk hirup2 kuah lg..nak2 kalau kuah tu banyak halia dan lada hitam. halia tu kunyah-kunyah mcm tu je lg sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~~ Iman dan makan

Bismillahirahmanirahim

Wah.. banyaknya masa saya mengadap pc. Hahaha~~ hari ni rajin plak nak mengadap lama-lama pc sebabnya~ Iman duk tido sebelah ni (atas katil..). Sebenarnya bilik kedua ni bilik untuk Iman kononnya (dan bilik study abgfiz). Tapi Imannya tido untuk tengahari je. Itu pun kalau dia tidur sini, biasanya kalau mengantuk automatik Iman ke bilik utama, naik katil dan masuk dalam selimut tuh.


tempat study abgfiz. kalau tempat study abgfiz, semua lengkap..


 
Iman yang rambutnya ummi baru trim. Dah sepah sangat bilamana rambut depan tu tutupkan mata dia. Dah potong, macam cina la pulak. huhuhu..



 Iman dengan baju atuk dan tokwan bagi..

Alhamdulillah, sekarang Iman dah mula boleh berdikari. Kalau dulu, semua nk duk sebelah ummi ni haaa.. hatta ummi ke toilet pun umi KENA bawa Iman. Kalau tak, memang melalak terukla jawabnya. Nasib baikla kat bath tub ada langsir tuh. Adoyai...

Tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni saya dah boleh memasak tanpa Iman menangis, boleh solat dan ke toilet tanpa Iman bersama. Cuma bila nak tidur je nak saya sebelah dia, konon nak bersentuhan kulit dengan saya dulu baru boleh lena. Malam-malam Iman nya tidur di bawah : atas comforter tapi bila jaga tengah malam, automatik naik katil dan duk bawah ketiak ayah dia. Satu perkara yang sangat bagus, tak perlu duk manja-manja dengan ummi lagi. Baby dah nak keluar! Ehee~~

Setiap kali jumpa orang (terutama nurse dan midwife atau doctor)  becok mulut duk 'hai'. Bila nak balik je atau nurse nak gerak ke tempat lain, terus say ' bye..see you'. Kadang-kadang ditegur orang-orang yang mana langsung tak nak layan dia. Sian je bila jumpa orang yang langsung tak nak layan dia. Kelakar pun ada..


****************



Sabtu lepas, kami buat makan-makan lagi. Ni request adik-adik dan abgfiz... sementara nak menyambut orang baru. Kalau ikutkan, aduhai.. tak larat dah nak berdiri lama-lam. Tapi alhamdulillah, ramai pula assistant saya kali ni. Menu malam tu nasi ayam cina + nasi ayam melayu, mihun goreng, baked mashed potato. Mihun goreng tu saya minta Hasanah tolong masakkan. Iman pada waktu saya tengah masak tu sangat kritikal, saya masuk dapur pun mengamuk! Tak tahu sebab apa...  Kebetulan pula, abgfiz duk sibuk hantar ambil adik-adik ( memang sibuk dia malam tu). Irfan dan Raihan pun turut tolong. Sangat terharu. Terima kasih daun keladi ye..

Menu nasi ayam tu sebenarnya abgfiz request sebab katanya menu tu je yang paling senang dan sekejap masaknya, tak renyah! Saya pula memang nak sangat makan nasi ayam cina, duk jatuh hati setelah makan waktu Chinese New Year hr tu. 4 ekor ayam, habis!!! Hah.. sekarang dah ramai dah adik-adik datang Lincoln. Bermula kami, Suhaizi dan Roz serta family (tak termasuk Cina Malaysia), sekarang dah bertambah-tambah. Menu pun kena pelbagaikan, takut tak cukup.

Dipendekkan cerita, saya solat maghrib puk 7 malam! (read: isyak jam 722) Dengan Iman melalak lagi, kalutnya tersangat! Siap solat, si AIn masuk bilik nak minta permission guna dapur (panaskan asam pedas dia). Yang saya tak tahan, makanan banyak tak hidang lagi, ayam tak potong lagi (duk dalam oven lagi) sup masih tak buh garam lagi, semuanya belum siap lagi tapi tetamu dah ramai! Memang terkejut sebabnya pertama kali tetamu datang dan penuhkan rumah yang besar! Makanan pula tak siap hidang lagi. Kalut betul dan terpaksa minta adik-adik tolong hidangkan. Huhuhu.. abgfiz pula kerja dia malam tu angkut adik-adik yang tak punya kenderaan. Payah betul bila Iman asyik nak berdukung dan mengamuk. Huhu~~ tapi alhamdulillah.. adik-adik rajin tolong kakiza.

 

Antara para tetamu.

 
Tengok Iman, dah jumpa orang lain.. lupa terus ayah dan ummi dia. Malam tu memang nak dengan Zaki je. Makan pun bersuap dengan Zaki dan kak Nadiah je. Lepas tu duk buli Safiyyah. Sudahla dia tu lagi banyak isi dari Safiyyah, boleh pulak nak duduk atas Safiyyah./ Haaa.. elokla tu, nanti boleh ummi dan ayah honeymoon berdua *wink wink *   ^_*


 
 Para tamu di sudut lain.


 
Tuan rumah yang buyung ; nampak belakang slim je.. bila tengok depan. Haaaa.. masing-masing ternganga.. perut buncit sangat!!!



Menu tambahan : asam pedas yang sangat sedap dari Ain, kimbap aka sushi dari Hafizah (yang saya sempat makan 2 ketui je..huhuhuhu), kek coklat pisang dari KakNadiah dan Kek cheesechocolate (?) dari Roz.
Aktiviti tambahan : main Wii


 



Akhir majlis, Hasanah yang tolong basuhkan pinggan mangkuk, Ain dan abgfiz tolong kemas-kemas, eh ada ramai lagi tukang kemas cuma saya lupa dah. Last but not least... dishwasher tolong basuhkan pinggan mangkuk yang payah nak basuh. On kan malam tu, esok pagi dah bersih dan kering. Senang betul kerja.. Nasib baik dulu, Sek Yee pernah bagi dishwasher detergent.

Esok pagi.... segala dan seluruh badan saya sakit dan tak larat!..

p.s: saya betul-betul berterima kasih kepada yang membantu terutama Hasanah. Maaf susahkan Hasanah. Nanti datang rumah, makan free ye. Hahahah.. Nak buat adik ipar, dah ada pulak calonnya.. apokan dayooo. huhuhu~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan