Bismillahirahmanirahim
Yey!~~ waktu yang dinanti telah tiba. Hehe~~ *jakun mode*. Sabtu lepas turunlah salji..walaupun flurries dan tak lebat, serta angin kuat.. tapi akhirnya salji dah turun~~! Tahun ni memang tak sehebat tahun lepas tapi sekurang-kurangnya turun jugak. Hari ni pun dah nak cair dah.. Tak kisahla..asalkan dia turun.

*************
Selamat Pengantin baru Lina... semoga kekal hingga ke syurga. Akad nikah dan kenduri berlangsung hujung minggu lepas. Bila duk jauh ni, memang sangat terasa dan sedih.. lebih-lebih lagi, pada waktu inilaaa kita nak jumpa sedara mara yang jauh dan jarang sekali jumpa.
" Bila dah akad, bermulalah perlayaran rumah tangga yang penuh ombak dan badai. Layarilah dengan penuh kesabaran dan ketabahan, diiringi taqwa dan iman.."
" 5 Tahun pertama adalah tempoh untuk mula-mula mengenali hati suami... sabar banyak-banyak.."
Itulah antara nasihat yang saya terima tika akad nikah 3 tahun lepas, jadi saya tujukan balik pada Lina.. Semoga hubungan diredhai Ilahi.. amiin
*******************
Ini resepi ayam tandoori. Lupa dah sapa yang minta haghi tuh.. resepi ni pon saya amik dari internet dan memang dah lupa sumber dari mana.
- Ayam 1/2 ekor (dipotong dan dibasuh)
bahan a :- 1/2 biji jus lemon
- garam
- kunyit
- Perap ayam bersama jus lemon + garam + kunyit selama 15 min
bahan b :- 4 sudu besar plain yogurt
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk paprika/serbuk cili
- 1 sudu kecil pewarna merah
- garam sedikit (ikut suka)
- 3 biji bawang merah*
- 3 biji bawang puteh*
- 4' halia*
* blend atau tumbuk lumat (saya masuk dalam food processor je)
- Campur kesemua bahan dan gaul bersama sehingga sebati. Kemudian perapkan bersama ayam tadi selama 1/2 jam-1 jam atau semalaman lagi baik.
- Bakar dengan suhu 300F sehingga masak. Atau kadang-kadang saya goreng je..(versi pemalas..)

Ni pula nasi minyak versi saya, sangat ringkas dan senang! (versi pemalas jugeee)
- Beras basmati (rendam 1/2 jam)
- bawang puteh-mayang
- bawang besar- mayang
- halia- dimayang
- rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
- sedikit minyak sapi (kadang saya guna mentega jeee)
- sedikit pewarna kuning
- kismis
- apricot kering- dipotong kecil-kecil
- Tumis rempah tumis dengan minyak sapi/mentega. Kemudian masukan bawang yang telah dimayang. Dah naik bau, masukan beras basmati bersama air (yang direndam). Masak sehingga nasi agak-agak masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning di beberapa tempat. Bila nasi dah masak, gaulkan nasi dan taburkan kismis dan apricot kering.

Oke, selesai masak-masak kita ye.. jumpa lain kali. Selamatla mencuba untuk siapa yang minta resepi ni.
Mek Ain, sila buat kt ghumoh deh.. suh ma teraaa