RSS

Iman dan solid food

Bismillahirahmanirahim

Semalam saya ke Walmart, selepas bertemu dengan nutrisi di WIC. Iman dah mula makan solid food.. yeaaah!!! Minggu lepas, selepas jumpa paed Iman, saya mulakan nasi blend untuk Iman. Awal-awal Iman tak nak, nasi tanpa rasa, tak sedapla kot. Sebenarnya saya nak tunggu jumpa WIC dulu, tapi disebabkan visited nurse akan datang untuk lihat Iman mula makan Selasa lepas, jadi saya mulakan juga.



Hari kedua, saya cuba dengan rice cereal (yang beli kt kedai), saya campurkan dengan EBM, nampak Iman suka, mungkin sebab ada rasa susu. Hari ketiga, saya perasan biji-biji mula tumbuh disekeliling mulut Iman. Pula, Iman asyik jelir lidah- sucking her lips. Agaknya gatal ke macam mana tak pasti..



Sudahnya, saya email visited nurse, saya hentikan cereal tu dan saya masak kembali nasi + carrot + ikan bilis, kemudian saya blend. Alhamdulillah Iman makan, agaknya apa yang diberi, dia sumbat je dalam mulut. Alhamdulillah biji-biji makin kurang walaupun masih ada.




pic: goggle jugaa


Perkembangan Iman sangat memberangsangkan, kata nutrisi. Mengikut carta, berat dan tinggi Iman melebihi paras normal. Iman membesar dengan jaya nya.. .



Dari WIC, Iman dapat banyak sangat makanan bayi, fruit and vege, meat in jars. Tapi satu pun kami tak ambil lagi, nak kena baca betul-betul. Sebulan Iman dapat 80 botol fruit and vege (seperti dalam gambar di atas) dan 15 botol meat. Huh, gemukla Iman.. Tapi sebotol 4 oz je.. padanla dengan Iman sekarang. Ini pon, mungkin ambil untuk bawa jalan-jalan, kalau di rumah.. buat sendiri lagi selamat kot. Tambah.. umi Iman duk rumah je, keje tidak, sekolah pun tak. Kalau tak buat tu saje la tu.. malas. Ekekek...




Ni gambar sudu yang dibeli semalam. Sebenarnya adik saya nak tengok bagaimana rupa sudu Iman nih.. Sudu ni lucu, sensitif pada suhu panas. Gambar disebelah kiri menunjukkan sudu yang belum lagi di kenakan tindakan panas (ecece..hypotesis ke apa ni?) manakala sudu sebelah kanan setelah dikenakan tindakan panas. Lucu deh ain? Mace-macela baghe baby ni deh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman lagi..

Bismillahirahmanirahim


Entry pendek berkisahkan Iman, Iman lagi.. Pagi ini, umi tengah masak (read: masak untuk tengahari ), kalau masak lewat, risau Iman bebai, susah pulak nak masak. Jadi umi masak lepas subuh, untuk elakkan dari masak lewat tengahari nanti.


Dalam pukul 7 am macam tu, mek kecik bangun.. Dah bangun, elok-elok je dia main sorang-sorang, bila ayah mengadap pc, mulala duk menangis. Saje je tu, tak sakit apapun, tak lapar pun. Kemudian ayah buka you tube, pasangkan nasyid. Guess what?? Iman diam serta merta.. agaknya seronok ke macam mana tak pasti tapi Iman diam je. Jadi dengan itu, umi buka balik lagu nasyid kat sebelah, senang kalau Iman nangis, buka blog keluar lagu Iman.





Ni gambar pagi tadi, Iman tarik play in gym Iman nak main. Umi dah simpan play in gym Iman tu, tapi ditariknya nak sentuh kuda tuh..






Ni pula selepas umi solat, Iman asyik duk main heater. Hish.. mainan punya banyak atas katil, nak jugak main benda lain. Suka explore mainan sendiri.


p.s: Rambut Iman dah panjang, nak potong takut pulak..http://www.emocutez.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping~~

Bismillahirahmanirahim



Dua tiga hari lepas saya duk sembang dengan ain, adik saya. Kami bercerita pasal nenek saya.. kemudian masuk pulak bab-bab tudung. Katanya, dia, mek (nenek) dan sutie ke butik tudung ariani. Ikuti sembang-sembang mereka :http://www.emocutez.com

Mek : YaAllah mahalnye tudung ni, rm500.
Sutie : Mek, memangla mahal sebab ni butik dia.
Ain : Ala mek, mahal-mahal pun ada je yang beli.
Mek : Emph, mek pakai tudung bawal jah.
Ain: Tudung bawal mek pun mahal-mahal.. Sehelai harga hampir Rm100



Itulah penangan tudung kat Malaysia sekarang. Sebelum saya ke sini, tudung ariani tuh saya ada la beli (tapi masa tu dikenali dengan tudung ibu arini), tapi saya beli pun sebab nak pakai ke kebun je pon (tak berkebun pun, pakai untuk keluar laman rumah je pon ). Bila datang sini, sekian lama saya duk depan pc, tangan menari menaip tudung di google. Rupa-rupanya dah banyak tudung yang up to date kat Malaysia sekarang. Nampak sangat saya ketinggalan zaman.



Harga pun boleh tahan mahal jugakla.. Tudung bawal sulam tangan tu bagi saya mahal la tapi mahal-mahal pun laku juga. Terfikir juga saya, berbaloi ke beli tudung sehelai harga hampir rm100?http://www.emocutez.com Dalam otak saya, kalau rm100 tu, saya boleh beli sepasang baju kurung atau jubah moden. Ekekek.. Maklum sajalah, saya bukan jenis yang berfesyen up to date. Baju yang 5 tahun lepas pun masih saya pakai, maklum sajala.. badan saya kecik lagi comey.


Apa-apapun selagi tak bertentang dengan syarak bagi saya, pakai ajala.. tambah lagi macam-macam fesyen zaman sekarang. Jika diamati tudung sulam tangan memang jahitannya halus lagi cantik. Berbaloila dengan harga. Tapi bagi suami saya, tak perlu la pakai mahal, tak bawa ke kubur pun. Mungkin untuk kepuasan hati, kadang pandangan mata lelaki sama je, tapi pandangan mata wanita.. memang subjektif.




pic: google

Cantik betul sulaman tudung ni, halus gitu..




Saya teringat cikgu Geografi saya semasa ting 3, dia asyik membebel pada wanita zaman sekarang. Katanya, perempuan ni suka je botakkan suami. Lipstik sebatang tu harga mencecah rm1000, tak campur lagi dengan make up segala jenis. Nasihatnya paada kaum wanita, janganla bazirkan duit suami, untuk lelaki pula, dinasihatkan cari perempuan yang biasa-biasa je. Tapi kalaulah tidak bergaya, nanti dibebelnya pula. Hish.. macam-macam manusia zaman sekarang.



p.s : make up hadiah hantaran 2007 dulu pun, masih elok terletak di rakhttp://www.emocutez.com


p.s : entry kat bawah, nanti akan ceritakan selepas balik dari cuti-cuti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan