RSS

Anak~

Bismillahirahmanirahim


seorang anak menyedari erti sebenar kasih ibu bapa setelah dia sendiri mempunyai
anak. Jangan sesekali memungkiri kasih terhadap kedua ibu bapa kita kelak, anak-
anak akan memungkiri kasih kita

Anak kan.. besarkan anak memanglah banyak sangat cabaran (ni baru sorang anak, mak kita- orang dulu-dulu 7, 8, 9 anak dan ada yang lebih 15) Entry di blog kakhani sangatlah menyentuh naluri keibuanku ni. Tatkala membaca entry itu sambil merenung anak yang berada disebelah. Sayu je. Teringat pula pada kedua ibu bapa dan mertua.

Melayan Nurul Iman terkadang amatlah menguji kesabaran. Sebenarnya Iman bukanlah jenis bayi yang asyik menangis dan susah. Pada awal kelahiran, Iman asyik berjaga malam. Kata doktor, bayi ketika dalam perut ibu- waktu siang adalah waktu dia tidur dan waktu malam waktu dia berjaga. Sewaktu mengandungkan Iman, waktu siang Iman jarang aktif. Hanya apabila setelah saya minum air atau makan, baru terasa gerakan dia. Tapi pada malam, iman sangat aktif sehingga tidur malam saya terganggu. Senget perut, ke sana kesini dia. Lucu juga bila merenung perut tatkala Iman bergerak aktif.

Sekarang, Iman senang. Dia hanya menangis apabila lapar, atau nak tidur atau minta diteman. Bijak ni Iman.. bila tengok umi mengadap pc je, mulala..duk 'eeekkk... arrk...' sahla tu, nak kita berada tepi dia sembang dengan dia. Dah duk sebelah Iman, mulala gelak-gelak gembira. Pandai ni.. Alhamdulillah, agaknya dia tahu umi dia je yang ada dalam rumah ni. Senang la kerja umi. Bila memasak dia diam je dalam playing gym tu. (kadang menangis juga tapi umi buat dekk je sebab nak siapkan makanan) Lepas umi buat tak tahu faham pula dia umi sibuk, diam je. Main sorang-sorang sambil hisap kedua belah tangan. Entah apa yang sedap menghisap jari. Agaknya ikut umi waktu kanak-kanak la ni. Umi dulu hisap ibu jari sehingga umur 10 tahun. Macam-macam atok letak supaya berhenti hisap jari tapi tak jadi jugak.;) ~Like mother like daughter~~

Malam tadi cadang nak lipat kain, tapi Iman asyik mengamuk. Layanla sekejap Iman. Dah tu, bila tertengok tudung. Terfikir nak pakai kan pada Iman. Bila sedang duk cuba pakai kan tu, Lucu pulak.. Dok gelak je umi malam tadi. Iman yang mengamuk terus gelak sekali. Entah dia faham tau tidak. Meh layan gambar Iman ni.










Bila dah pakaikan tudung, nampak comey pulak. Biasa muka Iman, orang cakap muka laki (ade ke patut~~???? Katanya Iman nama laki..mana ada...) Bila dah pakai tudung ni, muka perempuan pulak. Comel sangat. Wakaka. umi puji anak sendiri. Yela, mana boleh kita cakap benda tak elok pada anak, sebab itu jadi doa.

Kadang waktu malam Iman tak nak tidur, umi dengan mata tak boleh nak buka.. marah pada Iman. Tapi apabila dia tengok umi marah, die gelak ketawa pula.. Ya Allah, nak marah tak jadi pula. Itula anak.. dialah racun dialah penawar.

p/s: bila khatam buku 'keluarga bersendikan taqwa-Dr 'aidh Abdullah' terfikir, bisa kah aku mendidik anak sebegini???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oat dan Susu Ibu (Untuk Ummi Khayra)

Bismillahirahmanirahim


Entry untuk UmmiKhayra, sewaktu berada di hospital bersalinkan Iman, sarapan yang disediakan amatlah sedap dan menarik. Hari pertama sarapan dengan roti bakar dan BACON!!!! Ish saya tidakla makan benda haram tu, sebab hari pertama kan, jadi pihak hospital main bagi je sarapan BERSAMA menu untuk besok (breakfast, lunch and dinner). Hari ke 2 di hospital, saya bersarapan dengan susu, tea (untuk suami), oatmeal, pancake, honey, maple syrup, apple crumble. yeke??alamak..dah lupa daaa..




Oat meal..nyum nyum~~




Sebelum ni pernahla makan oatmeal tapi SANGATlah tak sedapnya. Oatmeal sahaja la. Bila minum bersama susu ok je. (saya suka yang instant 3 in 1 tu.. selalu beli di matrik.. lupa sungguh!!) Tapi apabila saya makan yang di hospital bersama madu dan maple syrup (sirap untuk pancake) tu.. yaAllah bertambah selera saya. Jadi, balik rumah saya minta abgfiz belikan oat yang instant tu. Sebenarnya, ada dalam list makanan WIC tapi abgfiz malas pulak nak ambil barang WIC, Dia hanya belikan oat yang timbang tu. 1lb ~ 99 sen. Banyak sangat dia beli. kadnag je pon saya makan ekekeke.





Maple syrup


Semalam sarapan dengan oat. Oat + air = masuk dalam microwave ~ 2 minute dah siap. Makan bersama maple syrup (sirap pancake tu). Cepat muak tapi.. sepanjang hari tu.. memang susu banyak sangat. Malam pon sama. Susu banyak sehingga basah tshirt yang dipakai. Alhamdulillah..


Berbalik kepada tips banyakan susu ibu, agaknya oat memang merangsang pengeluaran susu ibu la. Tak pasti pula tapi kesan saya makan tu, begitulah.. ~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dept of Entomology International Dinner at Antelope Park

Bismillahirahmanirahim..


Adehh..malas sungguh nak mengupdate blog ni.. Tapi Big Bosss bagi arahan..




BB : Iza, kenapa blog tak terupdate ni? Update la international dinner tuh


Secretary : Ala abg..gambar banyak sangat. Iza nak edit gambar dulu tapi tak sempat nih.


BB : Tak payah nak editla. Buh je gambar asal..


Secretary : Ye... big boss.



Sebenarnya gambar tu banyak sangat. Jadi saya editkan supaya senang nak masukan dalam blog ni. Berbalik majlis ni.. sebenarnya majlis ni majlis makan malam untuk international student je. Kebanyakan pensyarah yang mempunyai pelajar luar negara akan datang. Tapi, Dr kamble tak pulak datang tahun ini. Tahun lepas memang dia datang.





Dari atas : Blueberry cheesecake, Mihun sup kak nadiah, roti arab, di bawah para tamu





Seperti biasa, kami harus membawa makanan tradisi dari negara masing-masing. Saya yang sememangnya selera tinggi ni, memasak nasi beriani dan ayam percik, dan untuk pencuci mulut saya masakan blueberry cheesecake..yum yum~~ Nasi beriani tu feveret abgfiz. Ayam percik pula sebab malas nak buat lauk lain. Sebab ayam tu bakar je kan. Masuk oven. Tunggu masak..dah.. siap!! Blueberry cheesecake tu, saya memang mengidam. Kebetulan blueberry yang dah lama terperap dalam peti tu banyak.. Jadi dengan kemudahan internet 24 jam ni, saya "menggoogle" resepi blueberry pie filling. Dengan kepakaran "suka hati mencampak" ni, jadilah blueberry cheesecake..wakaka.. Tahun lepas saya masakan nasi hujan panas dan ayam masak rempah, tak laku nasi dan ayam tau. Apple cheesecake juga banyak tak habis. Tahun ni, semuanya licin.. yeehaaa~~~


Kami bertolak dalam jam 6 petang (eeh..sekarang maghrib kul 5, jadi 6 malam la ye..) .Kali ini, bujang teruna Suhaizi, Amel dan Hafiz Syafiq tu ikut serta. Majlis dimulakan dengan makan malam.. Wahh..tengah hari tu saya memang tak menjamah nasi pon. Jadi perut memang tersangatlah lapar. Risau nih kalau nasi dan ayam yang dibawa habis. Tapi~~ alhamdulillah kak nadiah bawa mehun sup.waaa..sup-sup ni memang kegemaran. Bila beratur (kami diantara yang terakhir) dan tiba di tempat makanan kami.. Adehhhh ayam dah 2 3 ketul je tinggal, nasi separuh lagi. Laku pulak ayam percik ni. Tapi saya mengadap mihun sup kak nadiah je.. 2 mangkuk pulak tu.

Alhamdulillah Iman diam je sejak tiba. Kebetulan ramai yang nak bertemu mata dengan Iman (ecece..tak tahan ayat tuh..). Kim ( Thailand) dan Dr Marion Ellis (kelas presentation method) duk cakap.


" she look like Hafiz". Anak ayahkan..mesti muka macam ayah~~~




Iman dengan muka blur..ekeke.. Bawah : Ralph dan abgfiz





Entah kenapa Iman malam tu tengok je orang-orang keliling. Tim kawan abgfiz banyak sungguh buat mimik muka tapi Iman tengok je. Agaknya dalam kepala dia.. 'apela orang ni..Iman tak paham apa yang dia buat'.. Iman sangatlah baik.. diam je langsung tak menangis.


Makan malam kali ni ada persembahan dari international student. Tahun lepas tak ada pulak. Tahun lepas, makan-makan dan ada kuiz yang berkaitan negara dan serangga. Silvana Moraes(Brazil) persembahkan sejarah, bahasa,(etc, etc) Brazil, Kim (Thailand) menceritakan pengalaman suka duka di Lincoln, Raplh Naraian (Guyana) , Bamphitli Banks (Africa), Ana Maria (Colombia) - seperti persembahan Silvana, berkisahkan sejarah, cara hidup negara masing-masing dan.. jeng jeng jeng.. Kumpulan dari malaysia mempersembahkan lagu 'rasa sayang'. Sebelum itu, Zaki mengetengahkan Malaysia (adeh, tak tahu nak explain macam mana ni..).





Dari atas kiri : Silvana, Ralph, Banks, Zaki dan kumpulan koir Malaysia~~`







Dalam jam 8-9 kami berangkat pulang.~~



Oh ya.. semalam tengok CSI : Trilogi. Sukaa~~ Kes bermula di Miami, seorang ibu mencari gadis perempuan yang dipercayai hilang dan hanya serpihan badan (tangan) di temui. Kebetulan di tempat yang sama, CSI menemui sebatang kaki yang dipercayai gadis dari Las Vegas, jadi Dr Ray (Las Vegas) ke Miami dan bersama Horaitio, mencari pembunuh untuk mangsa yang hilang, dan 2 orang pembunuh telah ditemui. Sebenarnya bukan pembunuh, tapi yang bertanggungjawab memotong bahagian badan mangsa. Tapi dalang disebalik pembunuh harus dicari. Besok bersambung ke New York, dan lusa ke Las Vegas. Sila tonton ye di CBS jam 9 malam (besok) dan Khamis juga di CBS jam 8 malam. Kepada yang berada luar dari US, sila download ye.. hehe~~~~


--> Bahasa bercampur maaf ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan