RSS

BREASTFEEDING : II Pengalaman..




Bismillahirahmanirahim..



Sekarang susah sangat nak berada lama depan komputer, walaupon Iman tidur tapi mata tak kuat mengadap komputer. Jadi nak ambil award ke nak buat tag ke memang sangatla malas. Tapi insyaAllah akan buat juga. Maaf ye kpd yang menanti.


Entry kali ni pasal penyusuan anak ye puan-puan..ekeke. Sebenarnya ramai bertanya pasal Bf ni. Ok ke BF, Ada masalah ke, susu cukup ke, etc..ni nak bercerita pengalaman ye..

Once a upon a time..ecece...


Awal-awal pregnant memang dah niat nak susukan anak. Jadi, berusaha cari dalam internet pasal BF ni. (org cari mcm mana nak cepat bersalin etc etc..saya ni cari Bf pula..) Kebetulan kan, kami masuk program WIC (woman, infant and children tu)..nutrisi kat situ tanyala, nak BF baby ke..saya cakap ya memang niat nak full BF baby. Jadi kami buat temujanji jumpa Pakar Laktasi dari Milkworks jumpa Sara Furr, masa tu dia cuma bagi handout pasal Bf ni. Pada waktu itu, saya cuma risaukan susu cukup ke untuk bayi? Sebab dah ramai cakap..susu tak cukup. Bayi macam lapar je. Bila tanyakan pada Sara, Sara cakap.. setiap susu ibu memang cukup untuk bayi mereka.





Handout dari Sara





Lepas aja bersalin, sejurus selepas bayi dimandikan, terus nurse bagi untuk susu kan. Nampak sangat pada masa tu, Iman lapar. Tapi waktu itu, sakit dan penat. Jadi, main sumbat je mulut dia. Because of poor latching and wrong position, my nipple sore, crack. Tapi waktu kat hospital, ada lactation yang datang tengok dan tolong untuk betulkan latch dan posisi. (dalam bahasa melayu apa ye latch tu??) Tapi disebabkan sore tuh, sakitnya hanya Allah yangtahu. Tapi boleh tahan lagi. Ada ketikanya, nurse terpaksa bagi Iman water with 5% glucose. Iman pon latching kuat, mungkin lapar. 4 hari 3 malam berada di hospital, nurse bagi nipple shield, (ajar Iman latching dengan betul) comfort gel (untuk hilangkan sore). Tapi pakai semua tu, tak menjadi. Tapi dengan semangat waja ni, tetap berkeras nak susukan Iman. Hari terakhir di hospital, berat Iman menurun 10%. Memang biasa berat bayi turun tapi 10% tu agak banyak juga. Midwife yang sambut Iman- Nancy Peterson bagi ubat (of course prescription) untuk kurangkan sore, triple nipple cream. Harga sebotol yang 50 ml tu $76. Mahal sangat..tapi alhamdulillah medicaid cover.






Ni dari Saint Elizabeth Medical Center - dalam bag normal deliver..






Balik aja rumah, bila susukan Iman guna nipple shield tu, entah kenapa Iman berhenti menyusu. Ingatkan dia dah kenyang.. rupa-rupanya my nipple is bleeding!! Kebetulan, memang sangat kebetulan.nurse yang selalu datang rumah, Kim Sparks tu telefon bertanyakan bila bersalin, bayi macam mana, dan BF. Bila diberitahu pasal nipple sore, crack and bleeding (sebenarnya tak tahu nak tukar ke bahasa Malaysia) dan nak pum susu, Kim terus telefon milkworks untuk pinjamkan pum. Lepas tu juga, kami ke sana pinjam pum untuk sebulan. Pum yang dipinjam adalah jenama medela- Symphony tu. Bila tanya berapa harga - $1500 ok??? Mahei bebenor.



Nipple shield dan comfort gel


Balik rumah, pum susu dalam sejam baru dapat 1 oz. Sikit sangat.. mana taknya, makan tak, minum tak, asyik stress je. Memang lepas balik hospital sangat stress. Asyik menangis..ke hospital menangis..semua orang tanya ok ke.. tapi kadang memangis tak tahu pasal apa. Hormon mungkin.. bila nurse tahu yang pum sampai sejam.. Dia marah sebab..kadang pum akan sebabkan puting jadi semakin buruk. Bial telefon Malaysia, semua cakap.. memang begitu mula2 Bf. tapi tak kan tak ada treatment pon. Nak ke bagi anak kita darah? Nangis lagi.. lagi dan lagi..Banyak search pasal treatment ni.. tapi ada yang tak jadi..



Hari ke7 lepas bersalin, kami jumpa Sara Fur tuh, dia tunjukkan latch yang betul, posisi yang betul. Dia bagi gambar untuk belajar. Tapi masa tu, pum lagi. Walau pum susu, Iman pada malam memang nak menyusu je.. kadang terpaksa tabahkan hati, kuatkan semangat supaya tahan sakit tu dan menyusu. Masa menyusu, asyik doa je supaya susu banyak, supaya cepat sembuh, suruh juga abgfiz solat hajat. Nak aja bagi susu formula (yang dapat free dalam deliver bag) tapi abgfiz suruh juga sabrkan hati bagi susu badan pada Iman. Abgfiz juga masakan sup sayur, sup ayam, dan setiap hidangan dia sediakan satu mug susu yang dipanaskan. Alhamdulillah, susu makin banyak..sampai kadang tu Iman tak terminum. Sekali pum dapat 3-4 oz, kadang dapat 7oz.

Setelah 2minggu duk pum susu, saya dengan tawakal ni, kembali susukan Iman tanpa botol. Mula-mula memang sakit teramat. Tapi nak juga buat supaya Iman tak confuse dengan botol. Alahamdulillah lama-lama sore, crack tu hilang.. Dan Iman menyusu tanpa rasa sakit. Sangat bersyukur.


Dengan program WIC (supplement nutrition for program woman, infant and children), kami dapat banyak makanan. Susu 6 gallon, 3 lb cheese, beberapa tin 100% juice, cereal, 2 dozen telur, tuna dalan tin, fresh vegetables, dan kacang yang belum masak. Alhamdulillah.. walau banyak sampai tak habis.. tapi rezekikan. Baru tadi kami ke temujanji WIC, makanan baru (tambahan) untuk wanita mengandung, wanita dalam pantang, wanita menyusukan anak dan makanan bayi dan kanak-kanak sehingga umur 5 tahun.



For full breastfeeding like me, we got 100% cereal, 100% juice, tuna/ salmon in canned, peanut butter, bread (whole grain) or brown rice, fresh vegetables or fresh fruit, milk, cheese, dry bean or canned bean and eggs.






Ini makanan WIC yang lama




Syukur dengan nikmat kurniaanNya.






Ini yang baru bermula October 2009






Ini contoh cek WIC yang diberi..


Tadi bila ditanya..berapa amaun bagi susu formula pada bayi dan saya jawab saya FULL BF. Semua cakap..'you did good job,' excellent' etc etc..waaa bangga ohh... Kerana susu ibu memenuhi nutrien yang sepatutnya. Saya sememangnya tak bekerja, jadi amat senang sebab sentiasa bersama bayi tapi setelah bekerja insyaALlah nak full bf juga. Tertarik dengan sepupu belah abgfiz, walau pon kerja ikut office hour, tetap full Bf. Tak campur, dia sentiasa pum. Jadi kepada wanita di luar sana.. besarkan anak kita dengn susu manusia bukan susu lembu..



source pasal treatment dan bf:

buku panduan mengandung oleh Ust Bahiyah






p/s: susu akan cukup selagi kita sentiasa stimulate- susukan anak dan pum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Breastfeeding

BREASTFEEDING IS SUNNAH!!





more info visit

Tiada alasan untuk tidak menyusukan anak. Susu ibu anugerah Allah untuk anak, bukan susu lembu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman & Makanan

Bismillahirahmanirahim..




Jumaat lepas ke People's Health Centre cucuk imunisasi Iman. Pagi tu sejuk suhu dalam -2. Memang terpaksa bungkuskan Iman. Tapi dia memang tak suka...melalak je. Dah keluar rumah baru diam.






Arghhh.. rimas!!



Iman sekarang dah nak main je.. kat rumah memang tak ada mainan. Petang tadi abgfiz ke Target belikan benda alah ni..playing gym kot namanya. Seronok tau..sebabnya.. sume warna pink.yeehaa.. warna kesukaan ku..ekeke. Tengokla Iman duk main dalam ni. Kalau kat Malaysia berapa ye?? Kat sini murah je.. Entah berapa. Hari tu tengok di TjMax dalam $20 je. Yang ni tak pasti pulak. Abgfiz pulak kalau beli barang jarang nak tengok harga.. main ambil dan bayar je.




Iman dengan mainan dia..

Ini pulak gambar makanan. Roti jala ni request abgfiz nk makan setelah makan kak nadiah punya roti jala. Sebenarnya acuan roti ni tak ada, tapi sebabkan nak makan sangat waktu mengandung dulu..usaha nih tebuk tin susu tu dengan golok (pisau besar tu..apeke nama eh?? )







Alhamdulillah jadila dari tak jadi. Tapi ada tebal dan ada nipis. Yang jenuh roti jala ni kan..tang nak menjala tula yang lama sikit. Jenuh jugak.. tapi berbaloila..sebab nak makan kan.





Hah ..yang ni cerita basi. entah bila lupa dah.. tapi sebelum deliver hari tu.. Kami ke Vietnamese store, ada pulak durian. Masa tu harga dalam $10 sebiji-nak habiskan stok. Apalagi abgfiz terus rembat. Nasib baik.. sebab apa tau.. durian ni tak berbau..ekeke..sebab hidung ni memang tak boleh bau durian.. Kalau bau..nak muntahla, peningla..Entah kenapa.. Tapi adik beradik perempuan kami memang tak makan durian pon. Nasibla ye..abgfiz ni mmg HANTU durian. Layan ajala eh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan