RSS

Makanan


Alhamdulillah, sejak mengandung ini.. rezeki makanan sentiasa bertambah. Ini makanan yang diperoleh dari program WIC (woman, infant and children). Setiap bulan akan diberi kupon free untuk memperoleh makanan ini. Ianya berupa susu, cheese, 100% jus, telur, 100% wheat grain cereal, kekacang mentah.






Yang menjadi masalanya sekarang, susu TERlalu banyak untuk dihabiskan. Setiap bulan 5 botol susu patut dihabiskan. 1 botol -1 gallon. Bayangkan kalau sebulan dapat 5 gallon susu. 1 gallon ~ 3.84 liter. Banyak tu nak dihabiskan. Memang tak larat.. kadang-kadang abgfiz je habiskan. Jus pula diberi jus memang 100% fruit, no presevative at all. Dalam rumah ni, sapa yang nak makan jus banyak-banyak.. kecuali abgfiz. Dialah yang menghabiskan.. Sebab jus ini concentrate so kena campur dengan air biasa baru boleh minum.. Tu pon banyak lagi dalam freeze.

Adoii.. Sebenarnya, banyak syukur dapat program ini.. tapi terlalu banyak nanti membazir pula. Susu, kan cepat expired. Kadang buat jela kueh-kueh.. Cheese pula duk pikir..halal ke tak. Nak makan pon dah serba salah. Tapi duk cek ingredient tu tak ada pula yang di was-was kan. Cheese pula yang terpilih aja, cheese terpilih ini tak berapa nak sedap kalau nak dibandingkan cheese yang selalu guna. Tapi buat ajala pizza..Sekurang-kurangnya aku makan. Kacang pula..kacang yang pelik-pelik..tak tahu nak masak apa..banyak betol stok kacang dalam closet tu.. Yang sentiasa habis.. telur. Yela, telur banyak guna, boleh goreng, boleh buat kueh, buat kek.. segalanya menggunakan telur.


- walau apapun syukur dengan hikmah yang Diberi. Syukur atas rezeki yang Dikurniakan.. Sebab bila nak buang je, teringat je kanak-kanak yang tak cukup makanan. Sedih hati rasa..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-macam

Petang semalam yang agak kedinginan itu, kami bersama kereta Honda Accord yang hebat itu meredah laluan jalan-jalan untuk ke masjid di Lincoln ini. Sebetulnya di masjid terdapat jamuan potluck. Dah lama tak makan masakan masjid yang sedap itu. Dengan ketidakmahiran dalam memasak aku buatkan juga puding oren yang aku bantai. Sekurang-kurangnya bawa jugala potluck dari rumah kan.

Tapi semalam, tak ramai yang ke masjid tak seperti ramadhan lepas. Almaklumlah cuaca sejuk, cuaca ni agak berubah-ubah pula.. Rasanya dah masuk spring. Tapi eeehhhhh..masih salji lagi. Anginya pon sejuk membeku. Bak kata Suhaizi, spring is in the air!! Entah bila mau spring, di Kansas dan Colorado masih dihujani snow-snow yang tebal. Alhamdulillah di Lincoln ini, walau dijangka akan snow, tapi masih tidak turn ke bumi Lincoln lagi. Malu-malu ke tak mau?? Namun, dengan rasa syukurnya aku panjatkan..rumput diluar sudah mula menghijau..

Berbalik cerita di masjid tadi, menu semalam tak banyak tapi cukup mengenyangkan aku..daging kambing masak kari ke apa entah..sedap sangat. Duk sinila mula pandai makan kambing, dan alhamdulillah kambing semalam tak berbau. Agaknya aku aja yang datang dari bumi asing, satu patah perkataan pon aku tak bersembang semalam selain..how are you... mana taknya kesemua dok cakap dalam bahasa arab aja. Ni masalah kalau duk dalam rumpun bangsa arab. Dengan kita mana nak bercakap..sudahla cakapnye dalam bahasa mereka, kuat pula tu..ish..ish.. agaknya memang begitu la kot orang-orang arab. Nasib baik aku ni jenis makan perlahan..jadi masa banyak dihabiskan dengan makan aja. Nak bercampur, satu patah tak paham. Kalau ramadhan dulu, ramai yang datang. Masa itu aku banyak juga sembang dengan orang berkulit hitam. mungkin dari Sudan, atau Afrika?? Tak pasti.. Kadang itu, ada yang dah duk sini lebih dari 10 tahun ta[pi masih tak boleh nak cakap bahasa Inggeris. payah benor..
p/s: ifa semalam tak datang kerana tak sihat. agaknya ada khabar berita baik darinya.. Gambar tak dapat diletakkan disini kerana.. tak elok untuk dipertontonkan pada umum.. ;P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring : I'm coming!!

Wahwahwah...winter sudah kepergian dan spring akan mengambil alih..oh enak sangat. Mungkin minggu depan akan hujan mean : rumput mulai menghijau dan pokok yang botak kembali dihiasi oleh daun kehijaunan..



Happy birthday to me. Sempena hari lahir tahun ini, aku belikan kek dan buat nasi beriani utk menjamu abgfiz yang pulang dari Missouri. Sebetulnya nak sambut hari lahir kedua-duanya. Terima kasih untuk suamiku, di atas ingatan hari lahir yang tak pernah dilupai.

Yummy>> cream cheese in the outside and inside.. tapi manis sangat.. tapi sedap!! (buat penggemar cheescake)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan