RSS

Award lagi

Taraaaaaa..award lagi.. dari siapa lagi kalau bukan Bie aka kak wan. Rajin bebenor mengawardkan blog ni walaupun dah bersarang tanpa penghuni. =) Special thanks to my sis, KAK WAN MAISARAH..


: Triple Awards - The Sisterhood And Best Friend Award :



Peraturannya senang je..
1. Put the logo on your blog or post.
2. Nominate at least 10 blogs which show great Attitude and/or Gratitude!
3. Be sure to link to your nominees within your post
4. Let them know that they have received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and link to this post and to the person from whom you received your award.

Sebenarnya tak tahu nak bagi kat sape award ni.. tapi teringat-ingat je orang ni..terus taip..
1. Kak Ain - sebab rajin benor meninggalkan komen kt blog ni.
2. Kak Jaja - walaupun duk jauh tapi keconcernnannye membuatkan diriku terharu..
3. Cik Nor di Nashville - teringat dirimu, mengingatkan daku kepada adik2 nun jauh..
4. Kak Wan - again sebab : rajin membelek blog ni, rajin meninggalkan komen, rajin bertanya khabar, rajin serajin-rajinyala..
5. Kak Eja aka Mariam Izza : rajin ambil berat, suka sangat baca blog ni, mungkin peminat no 1. ( kalau ada blog dah lama bg award pada kak eja..)

Last but not least.. pembaca setia blog ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh lama..

Lama sudah tidak berentry pada blog ni.. bersarang sudah blog ini. Alhamdulillah dikurniakan nikmat kesihatan walaupun tidak seperti dahulu namun, alhamdulillah makan dan minum kembali seperti biasa cuma selera masih kurang.

Kandungan minggu ini sudah masuk ke minggu 14.. alhamdulillah walaupun umminya tidak berapa sihat namun bayi alhamdulillah semakin sihat. Agaknya nutrien dari ummi banyak diambil oleh bayi. Pagi tadi jumpa midwife.. Allahuakbar takjub terasa apabila diperdengarkan heartbeat bayi. Syukur sangat2..

Tapi yang peliknya, berat ummi masih tidak bertambah.. sebelum pregnant berat badan 101 lbs ~46 kg, awal-awal pregnant berat turun pada 10 pound (= 5 kg) ~ 40 kg (teruk sangat masa ni..). Dah boleh makan ni, ingat bertambahla paling kurang 3 kg ke..tapi berat masih 99.6 lbs ~ 45 kg. Midwife pun terkejut.. kecik sangat badan.. Nak buat macam mana..dah genetic kecik-kecik..

Tapi setimpal kot dengan selera makan. Sekarang, ayam, ikan, telur memang tak berselera nak makan. Hanya ikan bilis goreng + sayur goreng = ush...enak sangat.. Mama kata dah ok dah. Buah pula, suka sangat strawberi.. masam tapi ish.. sedapla.. pelik sangat selera orang mengandung ni kan. Macam-macam benda yang tak tersangka.

Minggu ini pula, asyik salji je..bosan je tengok.. putih je.. xde langsung hijau. Setiap hari pulak tu salji. Huhu..terasala nak balik Malaysia.. huhu. Kalau keluar pun, hanya ke klinik atau appointment doctor kat hospital. Malasla nak keluar salji-salji ni.

Oh ya.. a million thanks goes to my beloved hubby.. sakit pening dijaga, makan minum dijaga, (jangan tak tahu.. kari masakan abg tu memang kalah kari mamak cuma iza tak boleh bau kari, jadi tak boleh rasa kari abg tu..) segala appointment dicatit dan diingati, walaupun sibuk tapi masih ada masa menjaga isteri yang sakit. Syukur tidak terhingga dikurniakan suami yang amat memahami dan cukup sabar.. semoga sem ni beroleh kejayaan.. insyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan tahun baru..

Alhamdulillah, satu semester telah berlalu.Maka bermula episod baru pembuka tirai tahun 2009 dan 1430 Hijrah. Cuti sem pun telah berakhir dan esok bermula sem baru.Semasa cuti sem baru2 ini pun aku dan isteri tidak ke mana2.Hanya duduk dirumah sambil membaca apa yang patut.Cuma berurusan dengan pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan isteri dengan "Health Department" dan pemeriksaan bulanan oleh doktor kerana telah 3 bulan mengandung.Syukur kepaa Allah kerana aku dan isteri akan bergelar ibu dan ayah tidah lama lagi.Insyaalah 'due date 'pada penghujung bulan 7 ini. Masih jauh lagi pejalanan, semoga bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah s.w.t. Maka selepas ini tanggugjawab akan bertambah sebagai ayah pula. Semoga aku dan isteri menjadi ayah dan ibu yang soleh dan solehah yang dapat membimbing anak pada jalan Allah s.wt.

Kasihan juga pada isteriku yg kurang sihat kerana 'morning sickness' yang agak teruk juga.Aku sekarang sentiasa 'standby' sekiranya ada apa2 kecemasan berlaku pada isteri. Doktor mengatakan bahawa isteriku ada tekanan darah rendah dan anemia. Paras hemoglobin sangat rendah iaitu 9.Pada orang yang normal paras hemoglobin ialah 13.Doktor memberitahu supaya pastikan paras hemoglobin tidak turun dari 9.Sekiranya turun ,komplikasi akan berlaku dan darah perlu dimasukkan dalam badan dengan secepat mungkin. Doktor akan melakukan ujian hemoglobin setiap bulan untuk memastikan hemoglobin tak turun lagi rendah. Cian sangat..setiap bulan kena ambil darah.Doa semoga semua dipermudahkan memandagkan kami jauh dari keluarga dan sanak saudara.Sini tidak ada keluarga melayu lain untuk membantu sekiranya ada apa2 kecemasan.Jadi semua kena buat sendiri.




Pergh..kejap je cuti ni..Esok dah start kelas.Sem ni lagila mencabar.Semuanya subjek BIOCHEMISTRY..Boleh tahan ni..Perjuangan belum selesai.."Jangan mudah berundur sebelum kalah"..Semoga semangat didalam hati ini sentiasa cekal menghadapi apa jua rintangan dan dugaan.

p.s Nak buat Promosi..Pada kawan2 yang ada diMalaysia..Meh kita pi "MALAM PENDEKAR" di Dewan Tuanku Syed Putra, USM,Penang pada 6 Februari ini.Mari sama2 kita memeriahkan lagi majlis.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan