RSS

Jamuan


Tengoklah, salji tebal..sejuk ni..

Sejuknye hari Ahad lepas.. suhu -24 C. Tapi, sejuk-sejuk pun, alhamdulillah.. selesai juga masak untuk jamuan buat Ifa dan keluarga serta Amel yang akan pulang ke Malaysia. Kebetulan, mak ayah dan mertua Ifa datang. Mak ayah dia dah lama datang, sejak summer lepas. Mertua dia pula, datang kerana meraikan suaminya graduation. Sebenarnya dah lama merancang nak buat jamuan untuk Ifa sekeluarga. Maklumlah, mak ayah dia dah nak pulang ke Indonesia. Rasa sedih pula..hohoho.. Sebab mak ayah dia memang sangat baik dan peramah. Entah bila pula boleh jumpa..



Sekitar ruang tamu

Menu malam tu nasi beriani, kuzi ayam, ayam masak pilau, salad (khas abgfiz buat) dan kek oren. Oh lupe.. tom yam masakan Suhaizi. Yummy...Dengan kesihatan yang tidak mengizinkan, memang perlu pertolongan abgfiz. Nasib baik dia rajin tolong masak dan rajin mengemas rumah. Kalau sorang-sorang, memangla tak terbuat.

Kebetulan Ifa datang lewat kerana mertua dan kakak iparnya masih jetlag, jadi majlis yang sepatutnya bermula lepas asar terus tunda hingga maghrib. Seronok sangat malam tu, sebab bila sembang dengan mak dan mertua Ifa, teringat-ingat mama dan mak di Malaysia. Ditambah pula dengan galagat Amira. Memang menyeronokkan. Semoga berjumpa lagi. Semoga ikatan ini tidak putus di sini. Manala tahu, balik Malaysia nanti kami ke Jakarta pula ye..

p/s: Di dapur masih tersimpan pempek pemberian Ifa khas dari Indonesia. Entah bila nak masak. Sekarang, bau minyak pun tak tahan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award...yippie!!

.: Spread The Love:.
Acecece...dapat award..blog begini pun dapat award? Anyway, thank you so much Kak Wan.
Suke...suke sangat.. Tapi, nak bagi award kat sapa lagi ek?? Urm.. sesiapalah yang membaca rajin membaca blog ni, grab kanlah Spread The Love award ni...=))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Cemburu Menguasai Diriku??

Terkejut kerana mendengar berita dari suamiku, sahabat barunya disini mau pulang ke Malaysia. Dalam hati sudah berkira-kira mahu mengirimkan barang dari Malaysia. Tapi apabila abgfiz menceritakan, dia tak akan pulang ke US lagi... cemburu menguasai diriku. Cemburu kerana dia pulang ke Malaysia.

Adakah kerana kesihatan diriku menyebabkan aku cemburu, lantas rindu pada keluarga. Mungkin kerana kesihatan diriku yang menginginkan keluarga menemani, atau rindu pada masakan mama? atau rindu pada adik-adik? atau rindu pada adik-adik ipar? atau rindu pada suasana hari Jumaat di Kelantan? atau rindu pada lauk yang dimasak oleh mama pada hari Jumaat? atau rindu pada Ika? atau rindu pada masakan mak? lawak diknor? rindu nak bersembang dengan lina? rindu untuk bercerita dengan mak??Ohh..semuanya dirindui..

Apa-apapun, semuanya perlu melalui 4 tahun di negara orang, jauh beribu-ribu batu dari Malaysia. Tunggulah semuanya, 4 tahun lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan