RSS

My new secondhand car



Alhamdulillah, selepas hampir 3 bulan tinggal disini aku membeli sebuah kereta terpakai dari kawan aku yang duduk satu pejabat dengan aku. Dia beli kereta baru, jadi dia jual kereta lamanya pada aku.Kereta tu adalah kereta Honda Accord LX 92 sedan.Murah la juga dia jual, $ 500. Kereta tu padanlah dengan harganya. Ada masalah sedikit dengan break. Hari tu aku bawa berasap tayar depan sbelah kanan. Ingatkan "overheating", rupanya maslah dengan break.Aku dah servis break tersebut. Sekarang masalah utama kerteta ni, minyak hitam asyik leaking je. Biarla, kalau nak baiki akan mencecah seribu dollar..Baik aku beli kereta lain.Lagipun tak ada budjet nak baiki. Cukuplah aku "topup" minyak hitam bila dah kurang.Lagipun, bukan aku guna setiap hari.Aku guna bila nak beli barang2 dapur je dan jalan2 degan isteri aku dalam kawsan bandar aku je. Tak berani aku bawa jauh2. Jadi tak perlulah aku bawa beg besar naik basikal ke kedai beli barang dapur. Apa2 pun, pengangkutan utama aku adalah basikal.Senang nak parking.Kalau dengan kereta, tempat parking pun kena bayar dalam kampus.





Ujian praktikal memandu, 3 kali ambil baru aku lulus. Sini undang2 jalan raya lain dari Malaysia.Lagipun sini tempat duduk memandu disebelah kiri. Kekok la jg mula2 bawa. Aku pun tak kisah gagal.Kalau gagal, esok ambil la lagi sampai lulus.Sebab tak perlu bayar pun nak ambil ujian.Bayar bila lulus untuk buat Kad Lesen Memandu. je. Kalau di Malaysia, setaip kali gagal dan perlu mengambil ujian memandu baru, seratus lebih la kena bayar. Jawabnya jangan gagal bila pertama kali ambil ujian memandu.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hexapod Herald


Di "department" aku menerbitkan buletin setiap 3 bulan sekali yang dipanggil "HEXAPOD HERALD" http://entomology.unl.edu/hexapod/archives/July08.pdf. Kali ni terpampang wajah aku dalam muka depan buletin sebagai menyambut kedatangn pelajar baru ke "DEPARTMENT OF ENTOMOLOGY". Rasa bangga pula bawa nama "Universiti Sains Malaysia" ke sini. Apa2 pun, banyak tanggungjawab dan amanah yg aku pikul kesini. Kena belajar bersungguh.InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik mungkin, Moga Allah mempermudahkan segala urusan ku disini Di sini kalau dapat gred B-, maknaya gagal. Maka perlulah repeat subjek tersebut. Perjuangan baru bermula..It is just the beginning...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dua ibu bapa tak boleh derhaka

Serangkap pantun CEKAK dibawah banyak pengertian tersirat. Kedua ibu bapa kita perlu sentiasa kita hormati dan kasihi. Jangan sesekali kta menderhaka, mengecewakan dan mengecilkan hati kedua ibu bapa kita.
Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa, kita berjaya hingga ke peringkat ini. Apa2 jua kita lakukan..Sebesar mana pangat dan harta kita.Jangan sesekali kita lupakan jasa kedua ibubapa kita.Tanpa mereka siapalah kita. Mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan harapan.
Tinggal jauh diPERANTAUan. Membuatkan ku sentiasa teringat kepada kedua ibubapaku. Aku memanjatkan doa ,moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memanjangkan umur mereka
Wahai teman-temanku, jangan lupa cium tapak tangan kedua ibu bapa kita sebelum keluar. MInta RESTU dari mereka, supaya Allah s.w.t memberkati apa jua urusan yang kita lakukan
Teman-temanku yang tinggal jauh diperantauan. Janganlah lupa utuskan berita pada kedua ibubapa dikampung. Ada masa terlapang, telefon lah mereka.Sejuk hati mereka mendegar suara kita yang jauh ini. Yang penting sekali, minta DOA RESTU dari mereka..Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t...
"Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
besar jasanya kepada kita,
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka "
Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Menurut keterangan dari ahli-ahli Silat Cekak, pantun ini telah dicipta pada tahun 1975.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan