RSS

Aidilfitri kami~

Bismillahirahmanirahim~

Sambungan~

Disebabkan raya jatuh hari Selasa, kami cadang nak buat open house hari Sabtu, bersama birthday party kt Iman. Nasibla Iman, selalu je befday dia jatuh hari posa. *_*

Persiapan~~ sebetulnya kami risau, kalau-kalau makanan tak cukup, jadi sya masak banyak. Sebab biasa buat makan-makan sejak ada adik=adik ramai ni, memang selalu je tak cukup lauk. Sob sob~~



rendang ayam 6 ekor..

 adik hasanah yang rajin~~ *saranghae*


 
mee kari, rendang daging, kuah kacang dan kari kambing


 Lepas keje, Azrina datang bersama Ain - tumpang buat biskut tat nenas. @tengah malam.


 
Menu kami hari tu, nasi impit, ketupat daun palas (instant), homemade lemang by abgfiz, rendang ayam, rendang daging, kuah lodeh. Jamuan bermula jam 2 petang.


Mee kari, nasi beriani kari kambing (abgfiz buat), air laici..



biskut-biskut raya yg dibuat oleh abgfiz, azrina dan ain. 


para tamu~

  sesi potong kek. saya buat kek red velvet. tapi frosting tu guna buttercream jek. malas nk g kobek supersaver tgh2 malam.. semata-mata nak cari cream cheese.





 Kami tahun ni hijau, diimport khas dari kelantan. TErima kasihhhh sangat2 kepada adik-adik saya aka tukang beli baju raya kami.





 Kami para wanita~~

 para pemuda~


 Yang ni ghajin sungguh tulun saya buat persiapan ^_^

Petang tu open house lagi di rumah Zaki/KakNadiah. Pun diorg buat bersama Sumardi/Syafiq. Lupa sungguh nak ambik gambar. Badan saya memang agak tak sihat, sakit tekak sangat dan badan penat. Hidung soksek pula.. Menu dirumah sendiri langsung saya tak sentuh. Perut saya yang kosong tu saya isi makanan dirumah kak Nadiah, soto dan masakan Sumardi dari Brunei. Bolehla telan 1 pinggan, kek-kek dessert sume sya tak sentuh. Kalau sentuh pun sikt sangat. Memang saya tak mampu telan, macam ada biji batu besor je kt tekak.

Esoknya..... *Ahad


 Pagi lepas bangun tido, terus mek Iman gi buka hadiah befday dia.


Jumpa je hadiah baby doll, terus dipeluk dan cium, langsung buat tak tahu je hadiah lain yang dapat. Saya tak tahu siapa bagi hadiah sebabnya, semua tak bagi nama. Kaknadiah je yang sya tahu sebab dia bg kad, buku dalam beg kertas merah. Yang lain nya... oh ya, husna dan sarah (dari jawa, indonesia) bg babydoll. buku mickey kt depan tu Irfan, bola dalam kotak tu geng Sabah/Sarawak (yen, fyona, ann,)yng lain baju dan mainan masih belum diketahui dari siapakah gerangan nya..

Tengah hari tu, kami bertolak ke Omaha, jemputan open house oleh Kak Arfah (Malaysian-US) Anak-anaknya ada tiga, semuanya hensem dan cumil~~

 BEsar rumahnya.. dan bersih serta cantik. Bila tanya kak Arfah. katanya dah almost 10 tahun duk di rumah ni.. TAPI rumahnya macam baru je buat. Mana taknya, semua barang dapur tak berkarat, tak buruk ..masih baru. Macam manaaaa lah dia jaga rumah tu? Macam manalaaa mat saleh jaga rumah ye.. Lawaaaaaa..


 Jumpa kak khamisah... orang Pahang, tapi kawin dengan caucasion jugak. Anaknyaaaa cumil sungguh!


 Iman dengan Anjeli . TEkan tekan je piano, lagu apa pun tak harmoni. ekek


 Antara menu... sup kegemaran saya. Dengan hidung soksek, memang mantap!


 Matrix?? LOL


Kami~ Lincoln-Omaha


~~~ sambung lagi.. next entry..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Chicken pox?

Bismillahirahmanirahim

Lama sangat blog saya tak terupdate, malas dan tak bermood. =) Kali nak cite pasal anak dara.. Sabtu lepas tak tahu kenapa dia tak aktif macam biasa, tak usik-usik Muizz, tak ikut saya kemana saya pergi.. Petang tu saya perasan badan dia panas, dan memang dia demam bila suhu menunjukkan ke 102.4 F. Malam tu kami ke jamuan dan saya perasan ada bintik-bintik merah naik di kaki Iman.

Terus saya sms mama sy di Kelantan, katanya mungkin campak. Saya dah cuak dah... Nak call mama saya , dah lewat malam. Muizz dan Iman dah tidur, jadi saya call esoknya..... Kata mama, campak biasa naik di perut dulu, baru akan naik ke marata-rata. dan biasanya pesakit akan mengalami demam sementara campak nak naik satu badan. Simptom semua tu memang ada Iman alami, so saya memang yakinla Iman kena campak.

saya google pun sama..

http://kidshealth.org/kid/ill_injure/sick/chicken_pox.html
http://www.cyh.com/HealthTopics/HealthTopicDetailsKids.aspx?p=335&np=285&id=1531

Ahad lepas, baru saya perasan bila Iman duk tunjuk-tunjuk di lidah dia... lidahnya macam naik ulser tapi bila sentuh rasa macam kudis sebab ada texture. Dia tak makan, tak minum, susu pun tak nak. Asyik menangis sebab lapar. Sedih sungguh saya waktu tu. Apa yang boleh saya buat selain usap-usap dia ?? T_T

Isnin semalam baru bawa jumpa paed. Katanya bukan chicken pox, lebih kepada penyakit tangan kaki dan mulut. Patutla..... biji-biji tu hanya ada di tangan, kaki. Perut dan belakang badan memang tak ada. Bila saya call mama, mama cakap mungkin chicken pox la sebab biji-biji tu berair. Tapi Iman dah tak demam. Makan je tak nak, sakit barangkali..

saya google lagi,

http://www.cdc.gov/ncidod/dvrd/revb/enterovirus/hfhf.htm

http://kidshealth.org/parent/infections/skin/hfm.html

"usually occur during the warm summer and early fall months, though they can happen year-round in tropical parts of the world."


Pagi ni Iman cuma makan pancake bila dia muntahkan balik cornflakes kegemaran dia. 


The good thing bila anak demam, rendamkan dia di bath tub bersama air suam - untuk turunkan suhu badan dia. Dan memang menjadi.. sushu Iman naik saya rendamkan dia di bath tub sambil dia main dengan baby doll dia, dalam 15-20 min. ALhamdulillah lepas tu, suhu dia maakin turun. One thing kalau  kulit gatal, mandikan dengan oatmeal. Yang ni syaa tak buat, sebab renyah. Tambah pula Cik Muizz ni sibuk sangat masuk bilik air kalau kakak dia masuk. Dah tu lagi cepat dari kita!


 Saat dia sakit, sedih betul tengok dia tak aktif!


 Saat dia aktif, happy sangat tengok dia main dengan Muizz..




Haih, kecik-kecik dah pandai tengok TV! Sepah pun pandai @_@


p/s: mak ayah, update sudah cucu-cucu mak ayah =)

p/s: Hm.. kadang-kadang blog ni orang buat luahkan perasaan, tapi hati-hati jangan sampai aib kita semua orang tahu. Kadang-kadang kita tak perasan aib kita tersebar hanya kerana sepatah perkataan di blog. Cukuplah Allah je yang tahu dosa kita. 

Ada masa saya update hari raya yang dah agak basi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri ke 4 kami~~

Aidilfitri kami


Bismillahirahmanirahim~

Kali ke empatnya kami beraya di perantauan .. Raya kali ni bertambah meriah sebabnya.... ahli keluarga kami bertambah dan kehadiran adik-adik yang semestinya menyerikan lagi aidilfitri kami bertambah.

The Making of~~

Biskut raya tahun ni banyak yang abgfiz buat, saya hanya buat doh je. Selebihnya.. abgfiz yang habiskan. Saya tak cukup tangan bila mana Cik Muizz saya pantang tengok saya je, mesti nak menangis. Haishhh.. ana ummi sungguh Muizz ni. Kaakak pula seperti biasa, sibuk sentiasa, sibuk dengan kerja-kerja pertolongan yang sebenarnya tenaganya tak diperlukan pun!
















Almond London in making. Adik Ain dan Azrina datang tolong. Sebetulnya Azrina datang nak meminjam segala benda untuk buat tat nenas, almauklumlah tiada satu pun bahan yang sepatutnya (untuk baking) di rumah Azrina. Dari periuk, mixer, etc etc.



  Nak dipendekkan cerita, acuan tat pulak tak ada. Bermacam-macam 'bekas acuan' yang kami gunakan, tapi satu pun tak jadi. Nak buat tat gulung, pecah-pecah pulak gulungannya tu. Dengan kekreatifan Azrina, jadilah tat nenas nya dengan menggunakan acuan 'tangan'. Buat sendirinye lubang-lubang untuk buh tat =)



Green Princess. Resepinya saya amik dari Kak Hanieliza. . Sedap sangat, dann.. biskut paling awal habis.

 Yang ni biskut kastad.


Biskut cornflakes madu ni saya gunakan Honey 'bunches of Oat. Tu pun sebab saya dapat free, berlambak kat atas peti ais tu. Berkotak-kotak. Ada yang nak? meh datang rumah saya.. Bagusnya dalam tu dah ada almond, oats, honey. Saya hanya tambah chocolate rice, chocolate chip, flake almond dan raisin je. Madunya tu saya cuma buh butter + madu + brown sugar .




1 Syawal kami~~



Seperti biasa, pagi raya kami~~ kalau raya tak jatuh pada weekend, makanya beraya di kelasla siapa yang ada kelas, atau kami beraya bertiga jela. Tp alhamdulillah abgfiz dah habis kelas, jadi sempatla dia hadirkan diri untuk solat raya bersama adik baru, Rahman. Balik tu jam 12 baru abgfiz masuk lab. Menu pagi raya kami, roti jala dan kuzi daging. Adik-adik pun datang beraya lepas habis kelas. Malangnya roti jala tak cukup, plus saya dh tak larat nak menjala lagi. Jadi, instead of jala sekali lagi, abgfiz masakkan mee goreng. Jangan tak tahu mee goreng dia paling sedap penah saya makan. Sampai skearang saya tak pandai nk buat mcm dia buat!




  Putera dan puteri kami di pagi raya.


 Antara adik-adik yang datang pagi tu..


Kami di pagi raya~~

Weekend tu baru kami buat open house dan sambut birthday Iman ~~ dah lepas dah tapi saje kami nak meriahkan lagi..

To be continued~~~~~~~
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan