RSS

Kakak yang sibuk

Bismillahirahmanirahim

Sibuk suh adik dia duk bawah gym tu dan nak selimutkan adik dengan selimut tebal padahal waktu ni panas sangat! Duk marah-marah ummi sebab ummi tak paham apa yang Iman cuba sampaikan.


Puas hati sebab adik ikut kehendak dia!


Adik masuk dalam swing, dia pun sibuk nak betulkan adik dia..


sudahnya, adik tertidur.. boleh pulak ada baby doll kakak kt sebelah tu.. kerja kakak la ni~~


close up adik.. Ump pipi tu bagai di pam-pam.. Bulat pun ya, bulat tak bulat berat Muizz dah ke 15.6 lb~ 7.06 kg! Perghhhh.. semangat! Saiz pampers sekarang saiz 2, habis saiz 2 sekotak ni, saiz 3 la kot. ish ish.... ikut sape nih..~~



Yang ni gambar tadi, suka bercerita .. cerita yang ummi sendiri tak paham. Muizz? Muizz gelak-gelak je kalau dengar kakak bercerita. *erk...pakai skirt tapi bertudung.. macam mana tu Iman..*



Weekend lepas kami keluar ke taman. Lupa pulak taman ni ada sprinkle water, tak bawa pula baju Iman. Tapi nasib baik, Iman nak main swing je. Tengok je orang main air..



Lama duduk dalam swing tu, terlena pulak dia. Lepas tu tak nak balik. Hahaha~~ 


kakak sedang bercerita pada adik Muizz




khusyuk mendengar nasyid kanak kanak




last but not least~~ jom skodeng Muizz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Membebel pulak...

Assalamualaikum...

Bagi salam dulu.. =) Malam ni mata sya tak mengantuk pulak, alang-alang dah duk dekat pc ni.. update jela blog. Inila masalah musim panas, siang terlalu panjang.. pukul 8 malam tu matahari masih memancar dengan jayanya. Tapi waktu tu dah redup sikitla... kalau nak keluar jalan-jalan dan riadah waktu paling best time tu la.

Saya terbaca berita pasal pembuangan bayi.. YaAllah.. tak de perasaan ke orang yang buang bayi tu? Kalau tak nak sebab malu (mestila kan.. dah zina..) bagila kat rumah kebajikan ke, rumah orang yang tak ada anak ke tapi alih-alih diletak ke merata tempat. Kesian bayi tak bersalah tu, manusia ke macam tu ye> Kucing rumah mama saya pun marah kalau anak dia yang baru lahir ditenung oleh kami. Tak punya perasaan ke orang yang mengandung tu? MEngandung 9 bulan, dengan merasa setiap gerakan dan sepakan bayi.. masyaAllah.. Pernah saya ceritakan paada MEgan pasal buang bayi.. dia sampai tak percaya ada Muslim sanggup buat macam tu, mat saleh sendiri sangat menyayangi bayi dan tak sanggup sakitkan bayi apatah lagi bayi baru lahir. Malu sungguh saya bila Megan cakap macam tu. Terfikir dengan artikel di rumah KakChikNiza

>>>

Saya masih tak paham kenapa ada manusia saggup buat apa sahaja kerana hasad dengki.. Bahagia tak suka, cantik pun benci, cemerlang pun benci.. Haih apa la yang ank didengkikan.. semuanya datang dari Allah. Kalau dengkikan harta, haa kerjala kuat-kuat.. kalau dengkikan sbb bahagia, usahakan diri untuk bahagia. Hish, tak suka saya.. kadang tu yang kita labelkan 'alim' (dari segi pakaian dan ilmu) pun ada hasad dengki. Kalau dengki diam-diam tak apa jugak, ni sehinggakan membawa fitnah ke pelusuk dunia dan menyebabkan musnahnya kebahagiaan sesebuah keluarga, alim ape ke benda tu.. Pernah kawan saya melabelkan manusia jenis macam ni, sebagai "pakai je jubah semua, semua tutup.. dosa pun tutup dalam jubah semua tu.." Ikhlaskan la diri dalam semua perkara, nanti adala imbuhan dari Allah. Erk... saya tak tujukan pada sesiapa, teringat pulak keluarga kawan saya musnah gara-gara hasad dengki sehinggakan timbulnya bomoh membomoh dan akhirnya, sama ada ada yang meninggal atau musnah institusi keluarga.

"Ya Allah, jauhkan kami dan keturunan kami dari perasaan hasad dengki, bersihkan hati kami.. amiiin"

p.s: sesiapa yang rindukan Iman, nantila saya update..dah ngntuk..tadaaaaaa




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Haih~~

Bismillahirahmanirahim~

Lama sangat saya tak buka blog sendiri, malas dan entah tak bermood. Ingatt nak tutup je blog ni tapi sayang pulak entry-entry lama. Ok, lately saya tak banyak masa dengan semua benda. Banyak masa dengan anak-anak je. banyak benda saya termisss. Saya sangat kagum dengan orang yang ada anak dan masih ada masa untuk mengupdate blog. Hehe.. *nampak sangat kemalasan saya disitu*

Dek kerana kemalasan saya mengadap pc, saya tak nyempat-nyempat nak habiskan drama korea saya 49 days, huh~ cite ni memang sangat menyedihkan tapi ada unsur fantasi atau kemengarutan disitu. Tapi tak leh lawan cite Autumn in my heart, episod pertama tu dah banyak air mata saya duk bazirkan. Ehek.. Honestly, cite tu memang setiap episod buat saya melalak menangis. Sedih nye...~~ *sob sob*


Drama 49 days ni ada 20 episod. aigo~~ lama mana tu saya nak habiskan. Huhu~~ cik Fizah , sila donlodkan untuk kakak mu ini supaya beta bisa melihat menonton bila ada masa ye *.*

Drama yang saya tertunggu-tunggu kemunculan nya..


 Ikemen Desu Ne aka Youre beautiful versi Jepun.




dan paling saya tertunngu-tunggu drama ni... Heartstrings aka you've fallen in me. Ya, saya peminat setia Jung Yong Hwa dan Park Shin hye (ala... hero n heroin youre beautiful)


Yang ini tengah airing tapi masih tak sempat nak layan.. dan ya, saya peminat setia Horikita Maki. >_<


Tapi.. persoalannya, ada masa ke saya nak layan cite-cite ini semua? Siang biasa saya selalu bersama Iman dan Muizz. Kalau duo orang tu tidur, saya pun nak tidur jugak. Kalau tak tidur, makanya saya mengantuk tahap kronik sekali pun, saya tak boleh tidur.. Sebabnya sentiasa terjaga-jaga di mana Iman. Ehek.. Waktu malam? aigoo waktu malam sementara tunggu isyak yang sekian lama (masuk jam 1040 malam) saya akan tidurkan Iman dan masuk je isyak, saya solat dan terus.. bing~! tidoooooo...

Dulu bolehla saya layan drama jepun korea bila-bila masa, sekarang masa itu banyak dengan anak-anak.. hehe *ibu mithali, ehukk..amiiin*

Perasan atau tidak, akhir-akhir ni korea sangat melonjak naik di mata dunia, sama ada drama atau artis (penyanyi). Tuh saya masih tak memahami kenapa sampai satu dunia kenal korea, ala... macam hindustan satu ketika dahulu, satu dunia kenal Syah Rukh Khan dan cite Kuch Kuch Hota Hai.. Tapi saya memang suka layan daram korea, jepun, hongkong (drama cina) taiwan waktu kecil-kecil lagi.. Seingat saya drama Jepun pertama saya layan, With Love, GTo. Kalau drama cina, banyak sangat sebab waktu balik skolah petang dulu, kami satu keluarga duk depan tv melayan cite cina. =)) Kalau seumur dengan saya waktu tu sedang bermain congkak ke, hide and seek ke tapi saya dok layan cite . Sebab tula... saya ni apa benda pun tak pandai main ;p


p/s: sape belum tengok drama 1 liTre of tears, sila tengok. Kisah benar dan sangat menyedihkan. Huhuhu Cite lama dah tapi masih saya sedih bila tengok.

p/s: tetiba update pasal cite korea jepun plak..... sekiannnn layan jeeeeee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan